Tuesday, December 16, 2014

Malaysia Airlines New Leaf

Aku misteri betul, ramai betul yang sensitif, inovatif kretif apabila talent asing di angkat jadi CEO baru MH. Serious aku misteri. Berikut ialah point kemisterian aku


  1. Ko keje dengan MH? 
  2. Apa effect ko sapa dilantik jadi CEO dia kalau intention nya adalah memulihkan MH?
  3. Dah selidik background dia? Kalau dah sure ko tau dia sekarang CEO Aer Lingus. Dia selamatkan Aer Lingus dari bungkus. He has strong background of aviation, shouldnt he be the most right person to save our national carrier yang almost bungkus tiap-tiap tahun catat kerugian berbillion?
  4. Kalau bukan orang expert bidang aviation, ko harapkan selamatkan kebanggaan kita, nak harapkan siapa? Mahathir? Dia tau sembang ja, proton nak bungkus, (Petronas mujur tak bungkus), Paklah? Cukup paklah tempatkan adik beradik dia catering makanan sampai kita meninggal. Nak harapkan pembangkang? Well, Selangor pun goncang, nak manage aviation? kahkahkah, what a joke
  5. The truth is, no one i repeat no one among ourselves can be the CEO of MH (at the moment). See the current CEO? Apa profile dia?
  6. Ahmad Jauhari Yahaya - > Sebelum menyertai Penerbangan Malaysia beliau merupakan pengarah urusan Premium Renewable Energy (M) Sdn Bhd. Karier beliau bermula dengan ESSO Malaysia Berhad kemudiannya menyertai The New Straits Times Press (M) Berhad dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar Kanan Kumpulan, Pengeluaran dan Pengedaran pada tahun 1990 (info dari wikipedia). 
  7. Yes, he did a good job but turning it half new leaf tapi would it be better to get someone with aviation industry background rather than Energy background? 
  8. How many local need to be appointed and sacked before we all could admit that local hands are and always be tight by certain hidden hand and cant work at their best because always gonna be interfering by someone at all the level
Okay itu je aku nak sembang, 

PS: Warga kerja HARAKAH mohon diam. Semua nak politikkan nak bagi rakyat emo. Jangan sembang pasal aviation dalam surat khabar korang. Geli bijik mata aku nak membacanya. At least do some homework dun just blindly writing without fact on why and how and who. 

Thank you.




Tuesday, October 28, 2014

40 years: From UM to Prison

Mula-mula sekali guwe nak tegaskan, sesapa yang kenal guwe tau guwe memang tak suka sama ini sorang politician. Put aside kes-kes mahkamah, kes liwat ka. kes amoi cina ka apa ka.. nope. I just dun like him for who it is. I think he is arrogant, think law is above him (ahaha!) and can do whatever he want and yet get away with it (somehow). 

Ini adalah fakta yang aku nak cakapkan.. I simple cant stand the guy. Whatever my feeling is, dia tak timbul baru-baru neh sahaja. Dah lama. Aku rasa laki aku masak betul dengan ketaksukaan aku kepada ini orang. Tapi lately, aku rasa beliau is too much. 

Too much of attention seeker, too much of demanding that everything must go his way (it is not!) together with that political adviser pencatur (konon) En Rafizi yang konon ex Petronas bijak pandai tapi nak manipulate kelentongan cara sack Khalid Ibrahim sehabis najis caranya. That the turning point rakyat start menyampah dengan korang la oi.

Now that he is going to prison again, so much attention needed to be focused on him. Like his life matter most, above all the other. Ko nak buat ceramah nak explain, nak cakap dengan cucu lepas neh takleh jumpa atuk lagi la... ko nak cakap dengan bini ko lepas neh takleh berkipas sebelah laki cam selalu la. (Well not bad what, Azizah got Kajang now!). Kenapa nak cerita kat satu Malaysia? Orang lain ada citer sedih famili airing to public? Melainkan masuk  Bersamamu, nobody want public to know how broken their family are! 

Like we dun have enough problem of ourselves to think about. Masa ko berkajang move, masa ko berdrama MB ada ko fikir pasal rakyat? Takde lak ko cakap kita kena tukar MB sebab Khalid sekarang sudah jadi peragut, sudah jadi orang yang menyusahkan rakyat, ko sack dia sebab dia tak menyenangkan ko.. he worked for rakyat not for party that why he got sack, And now that the table is on  you, tiba2 nak main feeling rakyat. Up gambar dukung cucu la apa la, eh dulu kata sakit belakang (masa menafikan kes meliwat, kononnya saya orang tua sakit belakang mana lehh meliwat) now angkat budak tu tak sakit belakang pulak? Ke tak sempat buat skrip???

Also that penganjur student UM tu, dare mati ko dik.... reformasi pengajian di Malaysia katanya, orang tak bagi anjur nak gak anjur. Pehtu tak kesah ko kena buang UM bagai. Takpe la.. politik la katakan. Apa reformasi pengajian Malaysia yang perlu repair? Lepas sekolah ko nak berparti politik, parti beer, beach party PD pun pergi la... masa study tu tumpukan kat study cukup. Mak bapak ko kembang kuncup kat kampung, anak dapat masuk UM, eh ko tak kesah kena buang lak. Dia masuk penjara takpe la duit berkepuk, ko tak abih belajar nak mintak kerja dengan dia pun mungkin tak dapat. Pehtu sapa nak tolong mak bapak ko kat kampung tu? PKR? kahkahkah

Boring la politic Malaysia neh. Nak harapkan pembangkang membela nasib sebok dengan drama kiss-kiss pipi curang sana sini la, sibuk dengan drama sack2 MB sendiri la... terpaksa la pejam2 mata tengok BN naikkan harga minyak. Sekor pun orang pembangkang takleh bersuara, sebok berpolitik kaedahnya. 

Btw, nama tak komersial tajuk program, From UM to Prison, it suppose to say From Kajang to Penjara (instead of to Putrajaya)

Monday, October 20, 2014

Mari Menyentuh Anjing.

Aku sebenarnya sudah tak wujud di alam internet ke apa? Kenapa aku baru tau pasal isu umah2 Islam Malaysia yang sibuk nak memegang anjing neh sampai ada program mari memegang anjing kat Selangor. Lulus pulak tu dek Majlis Agama Islam. Kesialan apa kah ini?

Kenapa ramai betul orang Islam Malaysia sekarang feeling urban nak pegang najis berat tu? Sebab comel? Sebab cuteee sangat, sebab bulu2 gebu? Behtu kenapa kucing tepi jalan tu ko menjerit cam orang gile kalu dia datang gesel? Tak berbulu? Tak najis lak tu... Taknak lak pegang-pegang.

Pehtu ada lak yang bijok pandai cakap this is like killing two birds with one stone. Boleh pegang anjing then leh belajar cara buat samak. Yenadeiii.. kalau tak pegang binatang najis berat tu, tak boleh ke belajar samak? Guwe dulu setazah suruh bawak tanah liat dari rumah dek nak belajar cara samak, takde lak setazah guwe suh bawak anjing sekor sorang tuk belajar cara-cara menyentuh supaya terkena (keyword TER!!! bukan sengaja nak Kenakan) najis mughallazoh. 

Dalam banyak-banyak binatang, kenapa yang Allah swt cakap najis berat tu jugak yang feeling umah Islam nak sentuh. Tu lembu kerbau tu berapa ramai nak gi feeling sentuh? Rimau? Singa? Ular? Eh ular tau lak geli la apa la.. Pegang ular tak kena samak tauuu..

Tapi depa neh kalu orang argue, mesti nak counter balik, anjing pun binatang ciptaan Allah swt jugak. Walaweh, nyamuk aedes pun binatang ciptaan Allah gak, adakah dia suh kita bela buat zoo tuk nyamuk aedes? Idok kan? 

Counter balik, tak haram pegang, haram lagi pegang bukan muhrim. Payah weh kalau layan golongan urban neh. Bila depa rasa logik akal depa ada semua jawapan berbanding apa yang telah ditetapkan oleh agama, maka inilah jadinya. Program Menyentuh Anjing. Kalau kering takpe katanya, saliva anjing tu yang najis mugholazoh. Ya lah sebab Anjing kan mandi pakai shampoo lepastu blow dry pakai hair dryer kan..... gitulah kita...

PS: Banyak kali aku tertypo Najis as Najib. Mana-mana Najib aku mohon maaf sekiranya ada lagi yang aku lum betulkan. Sekian. 

Friday, October 03, 2014

Mailakat - Hazama. Apala Masalah Lagu Neh!

Aku neh sejak era naik kancil_buruk pergi kerja neh, dah jarang sangat dapat dengar Radio. Sesekali pergi kerja naik kete_bukan_kancil jakun sikit dapat dengar lagu-lagu kat radio. Almaklumlah, kancil_buruk, radio pun dah rosak maleh nak repair. 

So dua tiga hari neh, pergi kerja dengan kete_bukan_kancil neh dapatlah aku dengar lagu Malaikat. Sedap gak lagu neh. Ahaha. Tak nafi la sedap. Melodi dia cepat je melekat. Tapi aku tak berkenan sungguh dengan lirik dia. 


Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


What is this? Seriously, kalau tak cukup fahaman agama nak tulis lirik ala2 cinta Tuhan, jangan sembarangan boleh? Malaikat is not sang pari-pari comel datang bak cupid memanah cinta. Minta doa supaya Allah jaga lain la. Ini minta Tuhan hantar malaikat untuk jaga? aaaa Sedih tengok lirik macam neh boleh lepas bebas. 

Thursday, February 06, 2014

Toll Tak Naik,.. Syukur Malaysia Masih Aman

Dari semalam hingga ari neh berita sebok canang atas keperihatinan kerajaan Malaysia, toll tak jadi naik tahun ini maka kerajaan Malaysia akan membayar ganti rugi kepada perjanjian konsesi kepada mana-mana pengusaha lebuhraya yang terbabit. Angka sembang kencang, ratus-ratus juta mesti sebuk.

Aku tak faham seme neh, 
1. Kerajaan juga yang gebang (lengkap dengan jadual) berapa ringgit kenaikan baru (tadak sapa tanya pun..)
2. Kerajaan juga yang sebok kata tak jadi naik sebab prihatin dengan kos sara hidup rakyat yang makin meningkat.

Ketahian apakah ini... ko nak orang nampak ko sebagai hero gaban angkasalepas kan? Konon penyelamat. Tollman gitu kaedahnya. Kalau dah tau tak akan dinaikkan, toksah la berdrama bagi rakyat emo sakit otak fikir mana nak fork out the additional RM50-RM200 per month for tolls. (Macam guwe)

Satu lagi guwe tak faham neh;

Sapa dalam pihak kerajaan yang cerdik bijok bistari asyik approved dan signed perjanjian konsesi yang balik-balik merugikan pihak kerajaan neh? Asyik2 kena bayar ganti rugi kat syarikat konsesi.. Siapa sebenarnya yang berkuasa kat Malaysia neh, kerajaan kah, orang highway kah? Masa nak draft perjanjian tu, apa yang diambil kira?

Pertambahan jumlah kereta yang bakal lalu setiap highway tu setiap tahun amik kira tak? 
Jumlah dijangka dapat dalam setahun, vs actual income kira tak?

Bukan apa, contoh LDP, BESRAYA, NKVE seme tu.. jam nak mampos kot tiap-tiap pagi petang. Bohong la kalu kata tak untung. Kalau macam LEKAS tu aku terima la kalau dia nak naikkan, memang sepi suram jah. Time PLUS SEMBAN KL jem nak mampos pun dia tenang je lagi. Ini Highway2 dalam kolumpo yang tak macam highway time pergi dan balik keje neh memang aku doubt la tak dapat untung. Ko buat jalan 3 lanes, ko dah expect berapa banyak kete masuk.... so kalau sampai jem tu bukan ke menandakan more than the capacity which equal to more income?

So jadahnya orang buta signed perjanjian konsesi tu pejam mata je sign? Menyampeh..