Friday, November 22, 2013

What I Heard Today

Hari ni pergi Cyberjaya dengar radio berbahasa Melayu. Sejak pregnant anak ke dua neh, selera bertukar radio melayu neh apa kes? Gigirl gamaknya, nak feeling lagu jiwang ke apa.
Aku neh jarang dengar radio melayu, radio melayu yang katanya no 1. kito menang kita menang tu pun aku setting sejak pregnant anak no 2 neh je. (Aneh neh aneh neh... aku kan jiwa radio mat salleh feeling urban tak layan tv3 dan tv9, motif sangat pasang radio melayu)

Aku nak cerita terkejutnya aku apabila terdengar dj radio buat lawak masing-masing nak menunjuk kebodohan diri sendiri. Aku neh English dan BM tak perfect, aku akui,,, kalu orang check grammar dan tatabahasa aku, memang boleh di agak tahap ke lautnya. Tapi setiap masa aku akan berusaha tambah vocab, betulkan grammar yang salah sebelum ini, tatabahasa pun sama gak. Jelek aku dengar orang pasaraya buat pengumuman 'Jualan murah sehingga stok masih ada' Apa kes ko nak kena guna sehingga? Sehingga bila ko tau ada ending date, sepatutnya selagi. Contoh ayat BM yang aku rasa, ko neh... apa kes???

Okay berbalik pada topik semasa pasal radio dan dj yang rasa mereka bijak bila buat lawak bodoh.

DJ jemputan  tanya soalan
Pemanggil menjawab
DJ Jemputan tiba-tiba speaking English, katanya sila jawab in english.
Pemanggil menjawab - alamak saya tatau la apa kecuaian dalam bahasa inggeris. (Tak salah pun dia tatau, dia pun call radio Melayu bukan radio English
DJ Tetap: Alamak, apa ya.... 
DJ Tetap Ke dua: Aku tau aku tau... Careless whisper. (jawapan sepatutnya; negligent, tapi aku rasa dia nak maksudkan careless - boleh jugak tengok pada keadaan tapi careless whisper memang jahanam)
Semua DJ gelak beramai2 tahap gaban

Apa kah ini? Kalu camneh lah standard DJ, ko balik tanam sayur boleh ke? Takleh fikir ke seme mende yang keluar dari mulut korang neh ada orang dengar. Mendidik secara tak langsung. Kalau ko bodo tatau English, takyah nak buat lawak gampang yang tak berkenaan, begitu juga sebaliknya.

Terima kasih. Akhir kata, Semua radio asyik nak suh dengar iklan jah.