Friday, September 13, 2013

Tak Berapa Nak Faham...

Mungkinkah sebab aku ini selalu menongkah arus so aku agak lembab bila aku jumpa situasi-situasi bengap cam di bawah.

1. Bini orang (berkilogram hampir 80, tak lawa),  asyik kerja mengupload gambar muka sendiri, posing sendiri kat facebook. Pehtu aku super pelik kawan-kawan dia duk puji dia lawa. Kawan-kawan ko tahap sengal apakah, lawa dengan tak lawa pun takleh beza. Rupa macam makcik kiah jual karpet, ko kata nampak cam remaja. Makinla super perasan bini orang tak lawa yang hari-hari kena upload gambar sendiri. Bedak cam tepung gomak, nak bagi effect putih. Kalu dah kulit tu melayu tulin, takyah la nak tepek sekilo bedak, dah macam opera cina baru balik persembahan.)

2. Orang tegur 'akak neh suke bawak kereta laju bla bla bla, can you drive a bit slower next time'. Eh aku confius, adakah aku pinjam kereta orang ke aku bawa kereta aku (walaupun installment orang lain bayarkan), aku gak muskhil neh. Kalau kereta tu aku punye, minyak aku bayar (kadang-kadang), kenapa banyak lak bunyi. Nak naik, naik.. Taknak, sila naik kereta sendiri. 

3. Apabila ujan, kereta-kereta slow merasakan mereka berhak berada di lorong paling kanan sebab ya la hujan, who want to drive fast? Guess what, speed limit remains the same time ujan ka, panas ka, siang ka malam ka. Kalau dah nampak ada kereta laju kat belakang.. bagi jelah laluan. Tak payahla nak bagi pengajaran sivik 'jangan laju time ujan'. Please note kereta-kereta besar (contoh je, Range Rover), setakat langgar lopak air tu.. tak rasa apa. menten jer. So, waktu ujan jangan nak jadi cikgu sivik. Orang laju, bagi jah laluan. Just because you driving car yang waktu langgar air goyang-goyang, jangan assume kereta orang lain pun sama. 

Bunyi cam poyo, tapi aku tak drive kete besar pun, aku bawak kereta pemasangan tempatan CBU gitu.


2 comments:

Kay said...

ye la kete ko besar dari aku... uhuks uhuks...

weh... no 1 tu mcm ulangan komplen je... hahahaha

ezza erisa said...

komen ulangan eh? hahaha ingat belum lagi sebab aku emo tul tengok hari2 nak kena upload gamba perasan lawa (tapi tak lawa tu). kot lawa pun (memang tak lawa) simpan2 jelah gambar posing muka sendiri konon jeling manja tu tuk tontonan laki sendiri.. hahah