Thursday, September 26, 2013

Malaysia vs Bini Mat Yo

Ceritanya kelakar, bertekak pasal parking. Tapi macam keganasan rumah tangga sebab main sepak terajang. Sekarang nak menyaman nyaman pulak. Pasal parking je kot. Adoi la. ego lak melangit tinggi.(sebelah pihak la), mementang dia kaya. Allah kalau nak tarik kaya tu, dapat kecederaan buku lali jah laki ko tu cik jah... makan la duit RM80k gaji sebulan tu selama mana boleh...lepas tu pendapatan mungkin tak berapa kencang sangat dah. 

Industri bola sepak negara neh bukan la mewah besar sangat, kalau hebat sangat... takkanla sampai ada 30permohonan nak jadi jurulatih Malaysia ganti Rajagobal (bila usia sudah tak boleh berlari kejar bola atas padang). 

Sekarang benda neh dah jadi Malaysia vs Bini Matyo. Kalau ko bawak pergi mahkamah pun, ko sebenarnya bukan lawan pakguard tu sorang ja, ko lawan satu Malaysia. Kalah menang belakang kira, public opinion kat ko dah tahap ke laut dalam. 

Macam Najib vs Antatuya. Orang lain kena tahan, orang lain yang kena bicara tapi public opinion  menten sama. So tak kesahla cik jah, ko bawak ke mahkamah mana pun, menang ka kalah ka. buruk tetap dah nampak buruk. Kalau ko punye lawyer ada educated sikit, dia akan nasihat ko suh pergi salam cium tangan pak guard tu ja (walau pun tak ikhlas) tapi toksah la nak panjangkan menda simple. Ko park tempat salah, orang suh blah ko provoke, pehtu ko rakam, pehtu ko kata video tu dah kena edit. Eh bukan handphone ko ke jah? Edit yang mana, tang orang ramai tak nampak ko pergi sepak celah kangkang pakcik tu ke?

Hahahaha. Lawak la. Ego nak ke langit, otak letak kat lutut. 

Tuesday, September 17, 2013

Kucing Dan Pregnancy

Salam...

Hari ni aku nak membebel cam joyah pasal pasangan yang belum dapat anak, kemudian ada bela kucing, kemudian orang (atau masyarakat), sebok mengata kononnya sebab kucinglah sekian-sekian orang belum mengandung lagi. 

Dakyah sangat tau, mengandung tak mengandung tu kuasa kucing ke kuasa Allah. Masa-masa macam tu la, kucing jadi mangsa. Kalau dah belum rezeki, bela lalat pun tak dapat pregnant. Sedih sangat bila ada pasangan yang termakan cakap-cakap orang lantas buang kucing semata-mata sebab nak pregnant. Ada yang kebetulan terus pregnant, terus menyebarkan kabar, lepas buang kucing.. terus melekat. Maka bertambahlah golongan percaya kucing menyebabkan tak dapat pregnant. 

Aku nih dah lama bela kucing, dari belum kawen memang duk peluk-peluk tidur dengan kucing. Kekadang bangun pagi, dia duk terkroh kat ujung kaki. Apabila dah kawen jah dia takleh kroh sekali. Mana boleh oii... :)

Alhamdulillah, rezeki pregnant tu cepat... kucing ke apa ke... takde menjadi alasan. Masa first pregnancy tu ada risau gak la nak basuh tahi ayu dalam toilet sebab katanya najis dia leh menyebabkan keguguran sebab ada toxoplasma ke apa tah... Suami guwe yang selalu basuh tapi ada gak la masa kena basuh sendiri (ini semua pasal duk percaya kucing ada kuasa pada kandungan la neh!. Alhamdulillah, sepanjang mengandung, takde masalah apa. Sihat sampai 40minggu 3hari.

Masuk second pregnancy, alhamdulillah juga..kucing ke apa ke... kalau dah nak dapat rezeki... dapat gak walaupun ayu masih jadi kuceng kesayangan guwe, (gangster taman lak tu). 

Moral guwe nak cakap, tolonglah janganla salahkan kucing kalau belum pregnant, sebenarnya Allah belum nak bagi, itu sahaja. Mak guwe dulu tak bela kucing pun... kawen 4tahun baru dapat guwe, lepas guwe umur 8 tahun baru dapat adik sorang. Kucing neh kalau kita sayang depa, depa pun sayang kita, dia pun duk berdoa untuk kesihatan dan kebahagiaan hidup kita (yang neh orang kata, aku bukan kucing,, mana aku tau betul ke idak - time neh lah nak lak dengar cakap orang, ye dak? hahaha) 

Kita kena yakin, banyakkan doa... bela naga pun takper. Yang nak bagi pregnant tu bukan kuasa binatang-binatang, kuasa Allah. Sila yakin dan pegang... 

Comelnya benda alah neh!


Friday, September 13, 2013

Tak Berapa Nak Faham...

Mungkinkah sebab aku ini selalu menongkah arus so aku agak lembab bila aku jumpa situasi-situasi bengap cam di bawah.

1. Bini orang (berkilogram hampir 80, tak lawa),  asyik kerja mengupload gambar muka sendiri, posing sendiri kat facebook. Pehtu aku super pelik kawan-kawan dia duk puji dia lawa. Kawan-kawan ko tahap sengal apakah, lawa dengan tak lawa pun takleh beza. Rupa macam makcik kiah jual karpet, ko kata nampak cam remaja. Makinla super perasan bini orang tak lawa yang hari-hari kena upload gambar sendiri. Bedak cam tepung gomak, nak bagi effect putih. Kalu dah kulit tu melayu tulin, takyah la nak tepek sekilo bedak, dah macam opera cina baru balik persembahan.)

2. Orang tegur 'akak neh suke bawak kereta laju bla bla bla, can you drive a bit slower next time'. Eh aku confius, adakah aku pinjam kereta orang ke aku bawa kereta aku (walaupun installment orang lain bayarkan), aku gak muskhil neh. Kalau kereta tu aku punye, minyak aku bayar (kadang-kadang), kenapa banyak lak bunyi. Nak naik, naik.. Taknak, sila naik kereta sendiri. 

3. Apabila ujan, kereta-kereta slow merasakan mereka berhak berada di lorong paling kanan sebab ya la hujan, who want to drive fast? Guess what, speed limit remains the same time ujan ka, panas ka, siang ka malam ka. Kalau dah nampak ada kereta laju kat belakang.. bagi jelah laluan. Tak payahla nak bagi pengajaran sivik 'jangan laju time ujan'. Please note kereta-kereta besar (contoh je, Range Rover), setakat langgar lopak air tu.. tak rasa apa. menten jer. So, waktu ujan jangan nak jadi cikgu sivik. Orang laju, bagi jah laluan. Just because you driving car yang waktu langgar air goyang-goyang, jangan assume kereta orang lain pun sama. 

Bunyi cam poyo, tapi aku tak drive kete besar pun, aku bawak kereta pemasangan tempatan CBU gitu.