Friday, June 28, 2013

Apabila Samseng Gemok Nak Jadi Juara Jalan Raya...

Okay, aku macam biasalah... kalau tak sebab nak mengutuk, aku takkan update blog. Motto hidup adalah no news is good news. Well, no tv station nak siarkan berita yang best-best sebagai intipati utama kan?

Okay, cik kiah forte nak cerita neh, minggu lepas hari ahad pagi berangkatlah kami sekeluarga nak pergi kenduri orang akikah kat Rembau. Lalulah highway PLUS tu. Dari Serdang menuju ke Seremban. Aceh.

Cerita bermula dengan sebuah kereta kekonon memecut laju di lorong kanan, kita gelar kereta ini sebagai Satria WDU Kaler Merah BerSticke Isele (karaktor SEBENAR kereta, tidak berniat nak sembunyikan apa-apa), kemudian beliau macam nak ke kiri tapi tak jadi terus stay di lorong kanan. Satria tersebut kalau ikut plat neh dah dekat usia 20tahun la juga. Tak mau dia bagi jalan kat cik kiah forte yang usia dia 2tahun neh. 

Laki guwe memecut la konon. Cucuk-cucuk skit bagi Satria tersebut reti bahasa, ke lorong kiri lah kalau lembab. Bukan ada kereta pun. Ko nak pertahan lorong kanan macam ko sepupu Menteri Pengangkutan Uganda ni kenapa, eh, beliau bukan ke kiri, beliau tambah speed (konon tambah speed, paling laju pun leh pergi sama laju dengan kancil 10tahun guwe tuh), laki guwe membuat cubaan potong kiri, Dah ko takmo mengalah, masuk kiri, takpe la.. kami mengalah la.

Satria bersticker Isle dengan pantas masuk ke kiri sambil keluarkan COTA / BATON Like this


Daripada cermin kereta beliau. Laki guwe dah masuk lorong kanan balik la sebab ko dah ke kiri. Waktu laki guwe potong beliau, leh nampak la pemandu Satria bersticker Isle itu duk maroh-maroh kami, Guwe dah agak takut iya la... ko gile meroyan ke gile sawan babi tiba-tiba bawa kuar kayu. Kurang kasih sayang ke bini tengah period tiba-tiba emo kat jalan raya pasal ko lembab duk lorong kanan pehtu rasa takleh keep up dengan speed 120KMJ kereta ko tuh sebab kereta belakang masih rapat, ko kuarkan menatang tu pulak.

Guwe bukan nak kutuk lebih-lebih, tapi bai... lu neh buruk perangai, dahla gemok obesiti ada hati nak belasah orang. (Laki guwe kata muka dia comei jah, ya ampun pipi tembam cam kuih apam pun laki kata comei, abang jangan nak berjiwa gay sangat boleh tak??) Gile sawan eh. Lagi satu guwe nak tanya lu. Sticker ISLAM kat belakang kereta tu ada orang sponsor kan, sebab kalu bebetul mengaku Islam takde la sebok kuarkan cota nak pukul orang sebab lu lembab terhegeh2 cam siput sedut tapi nak merasa duk lorong kanan takmo mengalah.  Nasihat guwe, sticker ISLAM tu lu cabut letak kat rumah je, memalukan apabila seorang umah yang mengaku Islam (siap tepek sticker) tak boleh take a bit of heat. 

Nasib baik lu nya plat wa tak sempat ingat dan tak sempat snap gambar time lu duk maki guwe sekeluarga dari dalam kereta sambil pegang cota. Kalu tak, confirm gambar lu guwe forward ke facebook POLIS DIRAJA MALAYSIA. 

Lain kali, kalu  kurang belaian kasih sayang, lu suh cota lu belai. And kalu ada orang lagi laju duk kat lorong kanan, lu bagi jelah jalan. Takyah nak bagi cota. 

BTW, Cerita berakhir tanpa ending, cik kiah forte memecut selepas laki guwe pun sound2 dia, dan beliau tak kejar balik pun. Cuma sampai sudah wa confius, motif lu simpan cota dalam kereta, lu pak guard kan? Baru balik kerja. Eksen dengan cota tu kan? Payah nak faham jiwa samseng jalanraya neh. Jiwa kacau kalah perempuan first day perioddddd......

4 comments:

Kujie said...

belum baca habis lagi......... nak komen perenggan pertama tu.

betul...betul... sebetul bsetulnya. Nak nampak feed blog naik memang payah..kecuali tajuk mcm ni

hehehe...

M. Haarz said...

kt fb dah ade sum1 dapat snap gemok satria merah tu,,,

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152063197688558&set=a.428168528557.208958.323889703557&type=1&theater

Jiwa Relax said...

satria merah tu plat WDU3122
mmg kurang ajar ini gemuk...baru td aku pun kena...kereta tu slalu area cheras and kajang

ezza erisa said...

ha ah. betul la dia neh. tak insaf lagi eh selepas viral. kesian betul dia... sekali kena henyak dek orang, baru la tau langit tinggi / rendah.