Monday, April 29, 2013

Soalan Agak Biadap Yang Dianggap Okay Oleh Kebanyakan Orang

Salam 7 hari sebelum mengundi. 

Aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal mende neh tapi rasa macam seram seram sejuk. Tapi kena jugak kot highlight supaya lebih ramai orang sedar soalan mereka sebenarnya biadap.

1. Soalan 'Bila Nak Kahwin' Diajukan kepada Wanita Single Usia 28 Tahun Ke atas

Seriously aku rasa ini sangat biadap, apapun sebab kenapa pompuan tu tak kawen lagi adalah belakang kira. Asal kena je suasana mesti nak kena tanya. Ko bila nak kawen? Weeeiii banyak banyak isu semasa, motif ko nak tanya orang bila nak kawen apasal? Aku perasan mende neh banyak orang tanya terutama time kenduri kawen. Ingat best ke attend kenduri kahwin tengok member bersanding sampai lupa sembahyang Zuhur lepas tu kena tanya soalan, bila nak kawen? 

Terutama kalu single, lum ada boypren. Muka yang kawen lak fooo poyo, sebab aku dah kawen aku ada hak tnya soalan bila nak kawen kepada kawan-kawan aku yang aku tahu lum ada teman lelaki lagi. Saja, nak bagitau, aku dah kawen oi....Apa kes? 

Pehtu komen lain, bila sang pompuan single jawab dengan nada biasa, haaa belum jumpa yang sesuai, ko lebih lagi la komen cam cik joyah naik tocang... tu la memilih sangat... tu yang lum kawen-kawen lagi tu. Eh sukahati pompuan single tu la nak pilih-pilih pun, nak jadi laki dia kot. Kang dia pilih laki ko, berdarah hidung tu. TOlong la. aku paling tak suka orang yang suka tanya orang bila nak kawen. Sama biadapnya bila tanya makcik umur 90tahun, 'makcik...bila nak mati?' Contoh okay. 

Serious aku tak faham tata susila orang bila bab tanya soalan bila nak kawen neh. Sebab tu la pompuan single malas nak pergi kenduri kawen... Orang single takde la duk sedih melalak tepi telaga kot. Fun jugak life diorang. Yang dah kawen ni rasa gamaknya tak kawen, tak fun ke apa? Come on la.. this is General Election 13 on 2013 la weiii. 

2. Soalan 'Bila Nak dapat Anak? Kepada Pasangan yang dah kawen 4-5tahun tapi belum dapat cahayamata

Aku tau la ko anak berderet leh naik starex, tapi tolonglah jangan poyo dengan bertanya kepada pasangan yang belum dapat anak, bila nak dapat anak. Its hurt okay! Apatah lagi kalu tengok adik / kawan yang baru 2 bulan kawen dah announce pregnant 3bulan. Eh eh! Dah berisi bunting pelamin (atau sebelum pelamin, apa2 jerlah). 

Soalan di atas sangat biadap, tapi bagi kebanayakkan orang, dah tak kesah. Dah jadi pembuka bicara terutama kalau dah lama tak jumpa. Isk isk isk