Monday, March 04, 2013

Penceroboh ka Pengganas ka dan Orang Yang Suka Populariti

Salam pagi senin. 4 March 2013.

Aku taknak cerita pasal Lahad Datu, pasal Semporna dan sebagainya. Tapi aku nak komen banyak pasal orang kat internet yang tak reti nak tapis apa mende patut tekan butang share, apa patut delete dan takyah sebok nak capai populariti murahan dengan sharing benda tak sepatutnya.

1. Strategy negara.
Malaysia hantar ATM, ko kecoh berkilo-kilo dalam facebook. dalam suratkhabar. Of course strategi memihak kepada pihak lawan. Element of suprise everyone! Kalau dah gebang berkilo, share sana sini of course belah sana tau. Apa pula kita tau pasal depa? Selain orang tu nama Kiram dan ada m-16??? Apa? 

2. Gambar-gambar tak sepatutnya
Tatkala sebok diberitakan dua anggota VAT69 dan 6 anggota polis meninggal, ada pulak yang share gambar orang pegang kepala dua. (Seolah-olah ini lah yang berlaku, even sekor haram pun takleh confirm gambar tu dari mana). Baik yang memula posting, kepada yang share, korang semua memang lahanat. Takde sensitiviti, takde jiwa. Korang nak gain apa dengan share gambar 'inilah kekejaman orang Sulu, penggal pala polis?

Dahla terbukti itu gambar berita di Thailand (gambar tkade mengena), pehtu korang claim dapat latest dan pegawai polis yang share. Hoi tahik! 

Fikirla kalau bapak korang, laki korang yang tengah bertempur kat sana tu, korang tak rasa ke dengan tengok gambar tu, apa feeling keluarga depa? Apatah lagi yang bapak dan laki depa dah meninggal kat sana tu tengo kgambar tu? Apa perasaan diaorang? Hancur luluh tau dak? 

Tapi apa kesah feeling keluarga 8 orang anggota penyelamat yang mati tu tak? Yang penting aku dapat gambar ngeri leh share ramai2 sambil kutuk orang yang penggal pala orang tu, tak sedar ko sendiri berlaku kejam kat orang jugak. Popular beb, dapat gambar fresh dari lokasi kejadian. Feeling-feeling orang, apa nak kesah?


0 comments: