Thursday, March 28, 2013

Najib: What You Waiting For?

Sesungguhnya aku (bukan aku sahaja, seluruh rakyat Malaysia) duk tertanya-tanya, bukan tanya bila tarikh pilihanraya, tapi duk tertanya Najib neh sebenarnye apa kes, tunggu apa lagi? Takkan kemaruk kuasa sampai saat-saat akhir pun masih duk sebok lancar 1Malaysia sana, 1Malaysia sini. Harimau mati tinggalkan belang, BN mati tinggalkan 1Malaysia?

Aku tak faham permainan politik beliau (or memang takde permainan, cuma tak berani bubar sebab takut kalah teruk). Kotya pun takut, cuba la jadi pemimpin yang berani sikit. Sekarang semua kartun duk mainkan awak tau Dato Seri. Tak ke malu? Saya fahamla Dato terlalu takut nak turun tampuk, sebab confirm kalau BN menang pun takkan dapatnya majoriti 2/3. Paling kuat pun 51-49 jah guwe rasa. 

Semalam kerajaan negeri sembilan terbubar automatik, tv3 langsung tak dapat komen dari awak Pakjib. Kenapa? Awak refuse to talk to the reporter ke? Kalau isu besar kuman hak parti sebelah lagi, bukan main awak komen itu ini. Awak sebenarnya kenapa Pak Jib? cer harap masalah sikit. 

Saya tak kata Pak Jib tak kuat kerja, woo Pak Jib kuat kerja kot. Tapi kanser dalam BN tu dah merebak ke peringkat tinggi. Semua pemimpin tak ingat dunia punya tahap poyo macam beliau adalah pemerintah ulung kelahiran bumi Ambiya' takleh diundi keluar. Dengan masalah sosial nya, dengan masalah jenayah, bunuh etc, awak memang tak capable, masalah bini lebih sudu dari kuah juga, maka rakyat rasa awok tak mampu jadi ketua negara. Iya lah, kalau ketua rumah tangga pun agak failed dimana bini lebih impact dan jadi bahan bualan lebih dari Perdana Menteri sendiri, rasanya baiklah awak undur diri, muhasabah kenapa orang menyampah dengan awak.

Tun Mahathir kata rakyat PERNAH tawar hati dengan BN. Tun Mahathir, saya hormat awak, tapi awak neh dah tua mungkin sedikit nyanyuk bila berkata-kata, the correct word to use bukan PERNAH tau. Tapi DAH. RAKYAT DAH TAWAR HATI. We hate BN for having arrogant people as leaders, poyo. COntoh round PAVILLION parking dengan wartawan dan berorang-orang polis, terus announce Malaysia selamat. Oh My God. Malaysia dun deserve stupid leader, Tun. 

Tak masuk lagi seorang menteri dijabatan Perdana Menteri  yang super arrogant itu juga bila berkata-kata tak pandang kiri kanan belakang depan. Kami benci BN woo. 

PS: Golongan macam saya neh ramai Tun, PakJib. Kami bukan penyokong parti lawan, kami cuma tak boleh terima golongan pemimpim yang ada dalam BN. Golongan macam kami neh bahaya, vote kami penentu segalanya. 

Eh apa kes, tadi aku rasa cerita Pak Jib yang masih lena diulit mimpi ingat ini tahun 2008 masa baru lepas dapat jadi PM, ini cerita pasal undi katak pulak. Isk isk isk. Guwe pun dah agak nyanyuk jugak gamaknya. 

Wassap............

1 comments:

Kay said...

pemimpim...

saya pilih Malaysia tau~!