Friday, February 01, 2013

Senjata Di Dalam Kenderaan

Salam Jumaat. Orang Kolumpo tengah shopping sesakkan jalan, orang Selangor (first time in 10years for guwe), masih ketuk2 keyboard di Pejabat.

Aku ada muskil nak tanya neh, kenapa bawak senjata (benda tajam dalam kereta) tidak dibenarkan? Aku sungguh tatau. Aku rasa rule neh kena ubah. Semua orang boleh bawa senjata tuk pertahanan diri didalam kereta masing-masing. 

Banyak pula tu tengok video-video orang pecahkan cermin kereta kat traffic light la, orang curi masuk dalam kereta kat petrol station la. Kalau boleh bawak pedang samurai (sebagai contoh), time orang bermotorsikal pecahkan cermin kat traffic light tuk copek barang tu, boleh tarik kuar pedang samurai libas-libas skit. (Bukan nak cederakan orang pun, nak pertahankan diri dan hak barangan sendiri je).

Tak gitu? Kot fikir nanti jadi abuse oleh samseng jalanan, aku rasa samseng2 jalanan neh, takde pedang samurai, dengan stereng lock pun buleh bergaduh kot?