Friday, January 18, 2013

Nasihat Apabila Diminta, Boleh?

Don't you think I want to give my son the best? Nak cakap camneh la, just because you have kids on your own, doesn't mean that you qualify to judge other's parenting method. You methods might be the wrong one, who knows? 


Thursday, January 17, 2013

Istimewa: Kami Mendengar

Post ini ditujukan khas kepada cik yang mintak word verification supaya di disable. Eleh, cik tu buat-buat tak kenal lak. Saya cuma ada dua patah je nak cakap kat cik 'Kami Mendengar'


Hehehe. Selepas kakmah, PM pun nak jadi sasaran idola jugak la.. 

Kenyataan Lawak Ark Ark


Mengulas mengenai peranannya sebagai pelajar bersama Rita dalam drama tersebut, ungkap Adi, ia tidak menjadi masalah buat mereka. 

"Usia tidak tertakluk kepada watak yang kita bawa. Asalkan ia boleh meyakinkan penonton. Jika beri watak itu kepada orang muda, kalau dia tidak dapat warnakan watak itu pun tiada guna. Disebabkan itu Rita dipilih sebab dia berpengalaman. - Adi Putra on Sehangat Asmara drama


Kahkahkahkahkah. Aku dapat serangan hyperlawak tahap keramat oi... Watak pelajar kepada orang tua umur dekat 40tahun, takpe lagi. Kenyataan Adi tu yang aku rasa kalah lawak listen listen ark ark ark tuh. Kalau bagi watak pelajar kepada orang muda pun takde guna kalau tak dapat warnakan. Kahkahkahkah. Kecuali ko nak amik master phd, takde orang umur 40tahun sekolah menengah tingkatan 5 okey. Takyah la nak buat kelakar hazabedoh oi semata-mata nak pertahan ko dapat watak spastik jadi pelajar diusia sebegitu.

Monday, January 07, 2013

Iklan Radio AES

Salam 7hari seminggu minimum 28hari sebulan!

Ini guwe nak cerita perasaan lawak guwe yang tergeletek ulu hati waktu datang kerja tadi. Umum tahu malam tadi final AJL dan umum tau radio rasminya hotfm. Walaupun guwe bukan peminat lagu melayu apatah lagi radio melayu, hari ini guwe jadi orang melayu bandar kuala lumpur sejati dengan menekan channel radio hotfm di dalam kereta 8 tayar (campur bayang-bayang). Aku suka jugak Yuna menang tapi aku tak suka la cara aizat nyanyi lagu tu. Yuna sorang je leh nyanyi lagu tu eh. Aku rasa Aizat menang pun sebab dia pegang mug merah. Mug merah tu lah sebenarnye pemenang. Oi. Ezza, lu mo citer AES ke AJL? Jangan nak over la oi.

Okay, guwe tekan channel melayu dalam kereta 8 tayar guwe sebab guwe nak dengar balik lagu malam tadi la kan. Kalu tak haroom la guwe nak dengar farah fauzana, faizal ismail dengan sapa tah sorang lagi menjadi deejay buat lawak sumpah tak kelakar pehtu gelak cam tak hengat dunia tuh. 

Kemudian tiba lah saat indah itu, sangat iklan AES lebih kurang bunyi macam neh.

Sang bapak menangis tersedu-sedu teringat anak dia yang mati kemalangan setahun lalu. Sang ibu dalam iklan tersebut nak memujuk kemudian dibantah oleh sang bapak dek kerana kemalangan tersebut turut menyebabkan kaki isteri beliau lumpuh. 

Sang isteri berkata, bukan salah awak bang.... salah kereta yang langgar lampu isyarat merah tu. Kita yang terpaksa menanggungnya. Dengan adanya AES, saya harap bnda ini dapat diselesaikan.

AES penyelamat kehidupan. (lebih kurang, sebab aku dengar sekali je. try cari kat net takde pulok)

And I just speechless, what??????????????????????????????????????????????????????

AES, saya bergantung kepada kamu sayang. Kamulah penyelamat (Saman AES guwe ada 3 dah neh according to surat sampai kat permanent address). 

Gilela. AES pun ada iklan woo. Ko ade???



Thursday, January 03, 2013

Selamat Tahun 2013

Selamat pagi, tengahari dan malam kepada semua. (sila amik waktu yang sesuai dengan waktu korang baca lah ya).

Dah lama guwe tak menulis. Last posting pun setahun lepas. Alhamdulillah, guwe hidup bernyawa lagi. Life is changing fast tapi guwe masih begini. Pasrah dengan kehidupan. Eceh.. lu jangan ejek guwe la. Guwe tengah mood sentimental teringat bantal kecik guwe tuk dipeluk neh.

Sejak wa kerja jauh dari Kuala Lumpur neh, wa memang banyak berangan time pergi balik kerja. Almaklumla ari-ari lalu NPE sumpah tak jem tuh. Heaven woo tak kerja kolumpo (walaupun kena bayar tol berketul-ketul). Banyak je idea wa datang nak menulis. Tapi tak sempat nak menulis pulak. Sempat fikir je camne tu?

Okaylah guwe rasa guwe dah habis cerita update pasal life guwe. Guwe bukan artis nak tepek gambar kuceng guwe sentiasa. Cukup guwe tulis sudahlah. Nanti guwe sambung pasal hidup guwe yang best. Sekarang guwe duk di rumah 4tingkat (campur bayang-bayang) dengan 4 buah kereta (campur bayang-bayang), dengan 2 ekor kuceng (campur bayang-bayang). Anak guwe dah ada 4 kaki (merangkak la oi), dan laki guwe menten 1 (yang neh takde bayang)

Guwe ada nak melezer skit sebenarnya. Sejak tua neh guwe menyampah dengan beberapa perkata dalam social network yang guwe rasa nak muntoh pelangi. The top two list guwe so far. (guwe tulis dua, padahal 3, tapi sebenarnya banyak lagi).

1. Pompuan gomok rupa nan ado umur 30 an (tapi rupa cam dekat 40-an) sebok upload gambo snap sendiri (super camwhore) pehtu caption dia lawa. Wehhh lu tertukar antara mende nama tepon dengan cermin ke atau cermin semua pecah retak sebab tak sanggup layan lu punya super perasaan? Seminggu sekali okay la, guwe pasrah la. Kalau hari-hari (3-4kali sehari) tambah dengan status lu memang cun jelita, memang guwe muskil la. Tambah lak bila lu up ramai orang like. Orang tu semua sama level low IQ macam lu gak ke? Muskil weh muskil

2. Orang yang obses dengan anak. Wei orang lain pun ada anak gak. Berapa keping sehari lu nak post gamba kat facebook gambo anak lu tengok tv, gamba anak lu tido, gamba anak lu gigit jari, gambar anak lu tido lagi, gambar anak lu tengok lu. Memang orang kata, each moment is priceless, tapi bukan kato each moment yang ko snap ko kena letak kat internet. Lu tak takut ke orang target anak lu tuk kipnap? Tak terfikir? Pehtu lu bangga sangat la orang kata anak lu kiut la comei la apa la. Lu rasa tak orang yang puji tu sekadar nak jaga feeling you sebab diaorang pun tau bestnye feeling orang puji anak diaorang cute, lawa comei cam kuceng parsi? Kira cam comment-comment tu sebenarnya silent punye suruhan, sekarang aku puji gambar anak lu, jap lagi meh datang tengok album anak aku yang ada 800keping gak tu, pehtu comment anak aku comei tau. Kalau taknak datang tengok, ko reply comment aku neh cakap anak aku comel dan bam bam pun tak per.... aku terimaaa...

3. Spesis ke mana sahaja kena bergambo lepas tu up kat internet. Contoh pergi outing dengan kawan-kawan dekat mesjid putrajaya. Sessi photography contohnya, Lu update berkilo-kilo buat habis bandwidth guwe je duk tertengok gambar lu. Sorang-sorang badan saiz cam bukan model tapi feeling ya Ampun.. hazabedoh. Sekeping dua dimaafkan. Ini 50keping gambar posing berlatar belakang tempat sama. Wa muskil. Wa suspek lu and the geng nak jadi model geng surau la agaknya. Wa tau lu ada camera canggih stok campak dalam air reti menyelam punya, tapi skit-skit sudahnya. 

Itu sahaja. Nanti guwe tulis lagi

PS: Guwe ingat tahun baru nak kurang melaser skit tapi tahun lepas dah tak melaser langsung, tahun neh sambung balik la perangai lama. Wahahaha