Thursday, February 09, 2012

Ayam Punya Pasal...

Wa ingat ayam adalah satu bahan makanan paling cikai di Malaysia. Hari-hari kita jumpa ayam. Tapi tiba-tiba KFC i-City kurang ayam, ada manusia sanggup bertekak-tekak sampai mencabar emoticon sang penjaga kaunter. Wa terfikir, menatang ayam KFC tu, addicted macam dadah kah? 

Sebab ayam tak berapa ketul, nilai pun tak seberapa ada, satu Malaysia kecoh. Wa nak gelak sahaja. Terutama apabila sang wakil rakyat parti politik pun turut serta dalam adegan badut eh adegan ayam tak cukup neh. Parti pembangkang nye wakil neh memang suka tau turut serta dalam isu-isu lawak macam neh. 

Wei, lu tak pernah jumpa ayam ka? Lu nak bertumbuk pasal ayam ka? Lu ingat cerita lu dalam MalaysiaKini nye news tu boleh buat wa simpati sama lu ke? Tak de ari lain ke lu nak makan ayam? Ada satu je ke branch KFC kat Shah Alam tuh?

Wa bukan supporter KFC, tapi lu beriya-iya nak sidang akhbar pasal kfc sebab tak cukup ayam neh pehal? Lu nak apa? Bekalan ayam goreng KFC sepanjang hayat ke? Wa muskhil la. Seyes, wa rasa lawak sungguh. Wa rasa lu kalu masuk Maharaja Lawak Mega tu rasenye kalah teruk OSBON. 

Janganla nak buat gaya innocence, surely you did provoked them. Takkanla kalu lu duduk diam-diam, orang cashier tu nak datang emoticon. Yang lain ramai lagi kat situ, kenapa depa tuju lu jer? Dalam sidang akhbar buleh la buat muka teraniaya, tapi wa memang respek la lu. Respek pasal ayam 2-3ketul, lu hire peguam bagai. Fuh, maka tahulah wa, ayam banyak kegunaan. Peguam leh join cerita. Ahli Politik pun boleh tumpang sekaki. Lu ahli politik, sebok campur pehal? Lu wakil bahagian Seksyen 7 Shah Alam ke? Bukan pun, lu wakil segambut. Jadi wa tak faham kenapa lu kena ada disebelah orang meroyan tak cukup ayam dalam sidang akhbar.