Monday, November 14, 2011

Pembangkang Yang Kerjanya Membangkang...

kami tak banyak kerja lain.
Aku rasa menyampah tahap polis angkasa gaban dengan Tony Pua, Nurul Izzah secara khususnya dan pembangkang secara generalnya untuk beberapa hari ini. Serious shit aku menyampah. 

Mula-mula beliau pergi membeli barang kat kedai 1Malaysia, kemudian hantar ke makmal untuk ujikaji. Pehtu claim barang tersebut membahayakan kesihatan, tidak menepati peraturan makanan bla bla bla, TAPI ENGGAN PULAK REVEAL NAMA MAKMAL. Itu satu hal

Hal yang lain ialah, kenapa ko tuju kedai 1malaysia jer? Ko ingat brand-brand murahan macam tesco, giant brand semua yang lain tu bermutu tinggi ke? Kenapa mesti tuju satu kedai sahaja nak bagitau barangan kedai tersebut busuk, bahaya etc? Kalau betul niat suci ikhlas, putih tulus dan baik, bawak semua brand lain pergi uji sekali. Brand-brand terkenal tu, taknak lak ke uji?

Kenapa perlu spesifik tembak satu brand sahaja? Atau disebabkan ko adalah pembangkang, maka semua benda atas muka dunia neh yang bagus-bagus hasil parti yang kau bangkang pun, kena bangkang.

Barangan kat kedai 1Malaysia are optional. Tak ada siapa paksa orang pergi beli kat situ. Yes, they claimed they are the cheapest. Weh, econsave pun claim barang mereka paling rendah. Giant nye slogan peneraju harga rendah. Takde pulak ko pergi siasat harga kokocrunch giant compare dengan tesco dan semua kedai lain pulak?

You are politician, act like one. Sejak bila ko sebok bercita-cita nak jadi badan kesihatan pulak neh? Nurul Izzah neh aku anto email aduan rakyat pasal parking kat Bangsar (which is in her territory) 2 years ago, takde lak respond. ingatkan sebok sangat. Tapi pasal kuceng kena dera dengan rege pencuci lantai ada lak masa nak publisiti.


Selain itu, Tony Pua seharusnya selidik dan buat research, harga barang yang didakwa lebih murah tu, sejak sebelum kedai 1malaysia ditubuhkan or sebelum. The competitor might lower down their prices to compete with kedai 1Malaysia dan dengan itu tercapailah matlamat kedai 1malaysia, untuk bagi harga barang murah. Kajian pun sekerat jalan, jangan sebok buat sidang akhbar sengih-sengih la.

PS: I tak suka pun kedai 1Malaysia, tapi aku lagi tak suka orang yang sebok nak jadi hero pergi telanjangkan perniagaan tersebut lak. Kalau rasa ko bagus, ko buka la satu kedai 2Malaysia. Jual semua barang bermutu tinggi, sos tiram yang ada 18ekor tiram dalam satu botol dengan harga kedai 1Malaysia. Amacam, bran?

8 comments:

Kujie said...

geli le pula terbayang tiram dlm botol adabi tu..hehehe

ReTweet

whooz said...

ye lah ezza, tak mau aku beli sos tiram yg ada 18 biji tiram di dalam nye :p

Anonymous said...

the thing is tesco punya modal, giant punya modal,econsave punya moal hatta mydin punya modal, duit mereka sendiri. ynag kedai 1Malaysia punya modal guna duit rakyat. DUIT KITA! Kalau dah kroni tu, nak hidupkan kroni mereka lah. tesco beli kokocrunh sekilo harga RM1, 1Malaysia beli RM5 (maybe more). Remember, kita rugi RM 4. Rakyat juga yang rugi, kroni yang kaya raya. Tesco, Giant, dan seangkatan tu, klu dia nak beli RM 10 sekilo pun, lantak dia lah, duit dia. tak sangkut paut dgn duit kita. Thats why Pembangkang care.

Anonymous said...

keji betul la ko ni, aku punye komen pun ko delete... kalu takut dilamun ombak, usah la berumah ditepian pantai.. sembang pum pang pum pang.... hapah pun tarak! apa pun tak buleeyy... kecut! buduss!

ezza erisa said...

aku rasa ko lebih keji kot cik anon.
sebab orang yang berani, dia akan tulis nama dia, waktu mengutuk orang... orang yg pengekut, chicken out even before tekan butang publish comment. hahaha.

Anonymous said...

aku penakut sbb tak tulis nama, abis tu yg ko tu nape delete komen aku? bangang la ko ni...

ezza erisa said...

lu kencing sepah kat rumah orang beb, tu pasal wa kena lap bekas najis lu.

takpe, guwe faham spesis kencing merata nak flame guwe pakai nickname "guwe-penakut-cuma-reti-pakai-nickname-anon" neh. hahaha

princessandpirates said...
This comment has been removed by the author.