Friday, October 07, 2011

Penolak Hudud, I Just Wonder...

aku selalu terfikir, kenapa setiap kali hukum hudud dapat limelight (limelight la sebab kekadang glamour, kekadang orang tak sebut langsung... pehtu popular balik), menyebabkan parti politik bercakaran,  menyebabkan orang ramai gelisah, menyebabkan seolah-olah tatau nak cakap. Apa sebenarnya yang orang tak faham mengenai hudud sampai takut benar dengan perlaksanaannya.

Aku curious sebab

Hukuman hudud ni kalaupun dilaksanakan, bukanlah ke atas random people on street. Jumpa orang tengah tunggu bas tepi jalan, seret masuk black maria. pergi kerat kaki tangan. 

Bukankah hukuman huduh ini dikenakan kepada pesalah-pesalah, penzina, penfitnah zina, pencuri, perompak, peragut, murtad. So kenapa yang kononnya orang baik-baik, insan terpilih neh begitu nak membangkang perlaksanaan hudud? Ke ada niat nak berzina? Ada niat nak pencuri? Maka takut nanti tertangkap maka takut kena rejam sampai mati atau kena kerat kaki tangan?

Serious aku tak faham. Peragut sekarang curi begi wanita siap bawak parang, orang struggle sikit tetak tangan, libas kepala. Tu wanita tepi jalan tu, kalau ada hukum hudud, dah selamat dah dia. Or dah terbela nasib dia. Yang orang kena ragut dek peragut tu, ada human rights pergi bela? Yang sebok kata kerat tangan, kaki peragut tu takde human rights tu apa? Sapa yang jahat? Adakah dasar manusia sekarang, 'sapa suh dia bawak beg kat bahu? Maka  serve her right la, beliau diragut dan diseret dengan motosikal peragut?. Peragut tersebut cuma mencari rezeki. 

Begitu jugak dengan zina, kalau la hukuman rejam atau rotan tu dikenakan, sekali kena tangkap... dah sure insaf punya. Ini setakat naik turun mahkamah bayar denda je. Ada apa kes? Kos sewa hotel nak berzina pun kekadang lagi mahal dari bayaran denda. Lepas berzina (yang tak mampu berzina dalam kereta atau kebun kelapa sawit tinggal je), campak anak dari tingkat 2, campak anak dalam laut, campak anak ke dalam perigi. Itu takpe. Yang penting sapa nak berzina, kalau kena tangkap kita suh bayar denda je. Nanti kalau rejam takde perikemanusiaan. Yang budak umur 2hari tali pusat lum tercabut tu, kalau dibuang tepi tong sampah kena golek dengan kereta lalu lalang takpe... 

Aku lagi terkilan apabila   ustaz yang famous pun kuarkan statement, Malaysia tak sesuai laksanakan hukuman hudud. OMG. Abeh kat mana yang sesuai ustaz? Uganda? Dengan keterukan kadar jenayah sekarang neh, ini lah masa yang sesuai. Sebab tu orang tak serik buat jahat, paling kuat pun kena denda. Paling kuat penjara 1-2tahun, lepas tu kuar masih cukup anggota badan untuk kembali "bekerja" macam dulu.

Sebagai selingan, nah hukuman mat rempit lum cukup umur lepas kena cekup duk balai. :)


0 comments: