Friday, October 28, 2011

Komuter: Bungkuskan dan Tanamkan ke Dasar Laut

Ini adalah entry mangsa lemas dalam gerabak komuter. Jadi kepada pentadbiran KTMB sila jangan baca. Iyalah, ini bukan komplen pertama kau terima, tapi tutup mata, isap rokok. Kemudian flush the complaint into the toilet. 

Aku rasa orang KTMB komuter semua jenis bodoh bengap dan bongok. Ya, aku ulangi, bodoh, bengap dan bongok. Nak aku ulang lagi sekali? Alamak, sampai tiga kali kena ulang. Sah bodoh, bengap dan bongok lah. 

Aku bukan penumpang komuter tegar, Sepanjang 8tahun duk kolumpo, adalah sekali dua naik komuter. Apapun, pelbagai keluh kesah pengguna komuter selalu kedengaran. Tidak habis-habis. Train lambat? Alamak, itu sudah jadi darah daging. Cuma apabila Perdana Menteri naik je dia jadi on time. Konon tepat masa la. Tapi ptuih..... itu jelah sekali dia tepat masa. Sudah jadi budaya train komuter lewat tiba. Seolah-olah ia satu perkara yang memang patut berlaku. Begitulah teruknya servis komuter. 

Kalaulah setiap kali komuter lambat, syarikat KTMB boleh didenda, aku rasa syarikat berkenaan sudah bangkrap dan dibungkus ke laut. Tapi heh, apalah keluh kesah rakyat marhain selagi bukan orang besar-besar menegur, kelewatan adalah satu kebiasaan. Kalau komuter tepat masa tu, kira macam satu anugerah lah.

Hari ini aku naik komuter. Setelah membuat pilihan bodoh memilih komuter sebagai pengangkutan hari ini balik ke serdang, aku turun platform. The board display that the train will arrive at 17.42 at KL Sentral. Aku turun platform jam 5:36 petang. Okaylah. tunggu seketika sahaja. Kemudian kedengaran pengumuman train ke Bangi akan tiba 10minit lagi. Okaylah. BIASALAH Komuter memang biasa lambat. (Mentaliti rakyat Malaysia yang sudah ditrain dengan pelbagai cerita buruk komuter)

Setelah 15minit, datanglah komuter. Maka berpusu-pusu macam kambinglah kami semua memasuki train 6gerabak itu. Wah, train baru (bisik hati aku). Setelah dipaksa-paksa masuk oleh polis KL Sentral, dan bersesak-sesak macam kambing, pintu ditutup. Apa corporate info KTM Komuter tadi? Nah aku copy paste: Passengers of the KTM Komuter can rest in the comfort coaches while being taken to their destinations. (Tahi lembu laaaa comfort). Lembu pun naik lori tak bersesak macam orang naik komuter okey.

Kemudian train bergerak, melepasi Midvalley, Seputeh dan kemudian Salak Selatan. Selepas Salak Selatan, tiba-tiba train mula perlahan dan kemudian pengumuman dibuat. 'Train mengalami sedikit masalah teknikal, akan diatasi dalam masa terdekat, sila jangan panik' (something like that la). Aku tengok penumpang lain rilek jer. Aku dah mula menyumpah dalam hati. Lahanat kau Komuter. Kat tengah-tengah hutan neh lah ko berenti. Aku berkata dalam hati, aik penumpang lain rilek je. Biasa je kot.

Setelah setengah jam, lampu telah lama dipadamkan sepenuhnya, tiada aircond sejuk, tiada air circulation hanya ada window sebesar lengan dibuka oleh penumpang yang mula rasa kekurangan oksigen, maka datanglah terhegeh-hegeh pihak KTMB mengumumkan ada masalah dengan train yakni tiada bekalan eletrik sepenuhnya dan sedang menunggu pasukan bantuan untuk menolak train kembali ke Salak Selatan. Yeh. that same new train yang kononnye canggih boleh ketiadaan bekalan letrik (takde backup ke?) dan tiada tingkap untuk dibuka untuk aliran udara.

Tahniah KTMB, memang bijok gile ah sapa yang beli train neh. Takde tingkap, pintu takleh buka semua tak boleh. Semua orang kekurangan oksigen. Ya ya, sekarang kandang kambing yang sesak dengan penumpang (yala tadi kat KL Sentral dah dipaksa masuk serapat-rapatnya kan). 

Kami menunggu sehingga jam 7 lebih barulah datang team bantuan (Mungkin diterbangkan dari Uganda sebab mengambil masa 1jam untuk sampai ke tempat kejadian. There are people who passed out because of the bad air circulation. Tapi apa pihak KTM buat? Takde apa. Kalau mati sesak napas kat situ pun rasanya takde apa. Someone made a scene, try to break the glass but couldn't. There is tingkap kecemasan tapi aku rasa macam takde fungsi. Ia bukan boleh dibuka pun. Tak cukup cemas lagikah apabila beratus passengers terperangkap didalam gerabak penuh manusia tanpa udara yang cukup? What if kalau ada passenger kena heart attack during that technical glitch? No medical backup, nothing. Or one or two people need to die first to teach the pentadbiran Komuter the lesson??

Sebab tu aku cakap pentadbiran KTMB Komuter bodoh, bengap dan bongok. Masa beli coach dulu tak fikirkah yang mungkin train tu nak mampos tengah-tengah landasan, mana nak dapat oksigen atau dalam otak dah fikir 'ala penumpang Komuter dah biasa dah sesak-sesak nafas neh'.

Train ditolak ke Salak Selatan dan we reached there at 7.30pm. They won't open the door. Dia ingat semua orang suka duduk dalam komuter sesak tu gamaknya. And there is one kakitangan cakap, dah boleh jalan letrik dah ada, tapi ada masalah pintu sebab ada yang force open the door time blackout. BODOHHHHHH. Orang nak udara kot. Ko beli coach yang tak boleh buka pintu time blackout sapa suruh? Dua kali bodoh, bebal. Memang aku nak maki la kakitangan komuter hari neh. 

Siap cari pintu, dan aku dah turut made scene in front of him, dia cakap nak gerak dah neh. Heh, setelah 1jam 30mins berdiri sampai terketar-ketar lutut aku, i just want one thing. Get the hell out of the train. At first they want to go a head to Bandar Tasik Selatan station,. hoi bodoh... even you have passed by the Salak Selatan station 2 hours ago, there are people who not willing to go on with the train la. Ada la aku maki maki dia lagi, time tu  tah dari mana tah keberanian aku datang, yang sure aku dah panas gile. baju dah mandi peluh, lutut dah lama shaking..pehtu dia cakap, 'akak nak turun sini... nanti saya hanto kat platform'. Sebab dia berenti kat tengah-tengah landasan. Rupanya laki akak kiah pun dah buat scene gak kat luar sana suh buka pintu. 

Baru la nak buka, after almost 2 hours, kami dilepaskan seperti anak kambing dengan ucapan ribuan kemaafan. Maaf bullshit la. there are people yang pengsan, ada yang pregnant dan kena berdiri berjam-jam, sorry la nak maafkan, yang orang biasa pun kalau dah berdiri takleh gerak-gerak (sebab ramai orang) haruslah lenguh nak mampos jugak. Coach baru kalau macam tu kaedahnya, baik takyah ada servis langsung. Better bungkus this KTM Komuter servis dan tanam ke dasar laut macam megatron dalam citer transformers tu. Ada gak gunanya jadi tukun tiruan untuk pembiakan ikan-ikan. 

As to show my angry, i didn't pay the fare. I just walking through the manual exit and aku memang dah berniat, kalau dia tahan, memang aku nak maki kat situ jer. They didn't stop me. After all you did promise perkhidmatan yang selesa (bullshit), cepat (bullshit), relaxing way (bullshit gak) and what I got is kaki cramp, my both knees shaking and perut cramp.

Aku rasa esok aku nak tulis email dan alamatkan kepada Perdana Menteri Malaysia, dan semua surat khabar utama. Bukan surat komplen, surat pujian atas kecemerlangan KTM Komuter mengekalkan rekod buruknya bertahun-tahun. Susah tu nak menten track rekod yang sama. 

By the way, did i mention I am 3 and half month pregnant and both legs shaking like hell because no one willing to trade the seat with me since I still not showing any baby bump? KOMUTER suck!
copy from about us: KTM Komuter
http://www.ktmkomuter.com.my/about_us/corp_info.php#here

4 comments:

Kehelan said...

kih kih kih... baru kali ketiga ka naik? ekekeke...

aku tiga tahun mek! tiga tahun!

tak terserempak plak kita kat bawah tu eh...

hari jumaat tu, aku balik cukup punya awal nak naik tren, tiba2 tren berlalu pergi, dlm hati aku, awal plak tren ari ni... kendian, ada tak ada tren, kul 7... tren tertahan di stesen sentul!!!! sbbnya, bekalan kuasa mampus antara stesen segambut & bank negara... dah aku duduk bersila kat line kuning tu...

eh, ko guna touch n go ke tak bayar tambang komuter?

ezza erisa said...

hehe, aku memang takde persabahatan dengan komuter dari awal lagi sbb laluan aku nak gi memang tak perlu naik komuter.

hoh ko kul 7. at least ko kat stesen dapat udara segar. baik sikit nasib dari aku. aku berjemaah dalam train crowded dengan pintu tutup, aircon tutup, lampu tutup. aku rasa keretapi kat india pun lagi bagus kot.. hahaha...

ha ah, aku pakai tng. kalu tak touch kuar, lepas 24 hours.. sistem akan auto clearkan.. kalu ko touch kat tempat lain sebelum 24jam, kad akan problem kena pergi centre clearkan. huhuhu

Raffdiha said...

Setuju dgn entry ni!!

Raffdiha said...

Setuju dgn entry ni!!