Wednesday, October 05, 2011

Bila Mak Bapak Terlebih Manja...

Aku dah jarang tulis blog sekarang bukan sebab aku dah takde bahan nak tulis. Aku ada banyak mende berlegar dalam kepala tapi to put into words memerlukan masa untuk konsentrasi.. which is the luxury i dun't have right now. Bukanlah sebab aku sebok, heh, aku sebok apa la sangat... cuma my attention divided to several things and places and ia membuatkan aku rasa susah nak kekalkan idea dari lari dari dalam pala otak spongebob aku neh. Hehehe. 

Ini aku nak cerita neh, semalam aku terbaca paper, aku rasa meluat tahap nak die. Aku rasa kalau aku jumpa mak ayah yang poyo gile neh, aku nak tarbiah kan cukup-cukup sampai tak berani pergi jumpa wartawan lagi. Neh ha beritanya...

Ini gambar lebam tak seberapa yang sampai menyebabkan mak dia sebok cari wartawan, nak cerita anak dia kena cubit kat kat cikgu.

KOTA BHARU – Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.
Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.
Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.
“Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.
“Dia mencubit lengan kanan saya dan kepala saya ditonyoh sebelum hidung ditarik menyebabkan saya menangis kerana sakit dan malu dengan rakan-rakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jaafar di sini semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Rosmawati Shaari, 32, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas anaknya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.
Jelasnya, abang iparnya, Muhammad Faisal Abdullah, 37, yang mengambil Sarifah Amirah memberitahu anaknya menangis kerana dicubit oleh ustazah..
Susah jadi tenaga pengajar zaman sekarang neh, cubit sikit mengadu kat wartawan. Zaman aku sekolah rendah dulu, hari first pergi sekolah.. abah aku bawak masuk kelas, kemudian jumpa cikgu siap cakap, kalau anak saya neh degil dan nakal. pukul je cikgu. Dan sampai habis sekolah rendah, jari aku berbirat2 kena libas dengan pembaris, perut kena pulas, telinga pun kena pulas, kena luku pala, kena tarik tali bra (sakit neh wooo), kena ketuk ketampi, kena berdiri atas kerusi sampai habis masa cikgu ngajar, tahla apa lagi, lupa dah aku. Nak ngadu dengan mak ayah? Jangan harap la.. Kalau mengadu, sesilap kena lagi ha satu dua das. Kalau tak kena sedas dua pun, kena bebel. Badan sakit, telinga sakit. Mana boleh tahan. Tapi sakit ke? Sakit skit je kot. Main bola jaring terseliuh jari kena hantaran bola lagi sakit kot dari tu. (eceh, nak promote wa pemain bola jaring kat sekolah dulu).
Kemudian kita sebok bertanya kenapa anak zaman sekarang rosak akhlak? Umur baru setahun jagung sebok pergi derma dara. Sebok buat kerja-kerja tak senonoh. Heh, kalau cikgu pukul sikit... mak bapak buat drama macam drama swasta kat tv1 zaman dulu kala. Itu menyebabkan anak-anak tak takut cikgu sebab mak bapak dah ajar.. cikgu tu semua bodoh-bodoh jer. Tak respek cikgu sebab cikgu tak boleh buat apa kat mereka sebab mereka ada backup mak ayah. Tak kira la mak ayah kerja manager ke. CEO ke, kalau setakat kulikutif pun merasa mereka lebih baik dari orang yang mengajar anak mereka. 
Dari cerita di atas tu, nampak sangat yang bersalah anak dia. Sapa suh tak siapkan kerja sekolah? Zaman aku dulu kalau tak siap kerja sekolah, siap kena berdiri tengah panas terik tau kat padang sana nuh. Dan aku boleh assure la, setakat lebam camtu.. tak sakit pun. sakit time kena cubit jer. Toksahla berdrama sangat la mokcik Rosmawati Saari.
Nanti ada la neh ibu ayah2 datang serang cakap, ko takde anak tak tau apa rasa anak kena camneh. Betul. aku tak tau sebab aku takde anak. Tapi mak bapak aku ada anak, orang dulu-dulu ada anak.... korang anak-anak mereka. Ada pernah mak bapak korang pergi tulis dalam surat khabar sebab cikgu sekolah cubit lengan tak? 
Cikgu zaman dulu, kita respek sampai mati. Sebab mak bapak kita ajar, cikgu kita kena hormat. Tapi sekarang, kita pandang cikgu tu... loser. Sebab tak dapat kerja lain beliau daftar diri untuk jadi cikgu. That might be also true kot? entahlah. tapi aku tetap emosi ini berita keluar suratkhabar. 
Come on laaa...

4 comments:

Kehelan said...

aku pernah kena denda berdiri kat badminton court sbb terlupa bawak buku latihan hari rabu, yg aku bawak buku latihan hari selasa... padahal itulah kesalahan pertama yg aku buat... selama ni rajin hantar kerja sekolah tak kena puji pun kan?

sampai skrg mak aku tatau sbb aku takut aku kena bebel ngn mak aku plak...

DD said...

Ni la dia mak pak over. Kena sikit mcm kena dera teruk. Biar lah cikgu tu nak mengajar. Bagi anak tu reti dengar cakap sikit. Aku dulu kena teruk gak. Kalau mengadu, mak aku tambah perisa lagi.... kehkeh.

whooz said...

"..Sebab tak dapat kerja lain beliau daftar diri untuk jadi cikgu. That might be also true kot?.. "

aku pun rasa ini salah satu sebab kenapa sekarang budak2 dah tak hormat cikgu sangat. Tapi tak yahla kurang ajar macam tu. bab x de keje lain pastu jadi cikgu ke apa ke, itu cikgu punya pasal. yang student nih, ko buatla tanggungjawab ko sebagai student

aku pun tak berani ngadu kat mak pak kene denda dgn cikgu dulu.

gerbera said...

Ayah aku siap supply rotan bagi kat cikgu. Cheese cake betul.