Tuesday, October 11, 2011

Baguslah Elaun Ahli Parlimen Tak Naik

Mula-mula baca dulu link neh. Pasal aku nak quote ayat-ayat dalam utusan neh sikit. kan jumaat lepas ada belanjawan dan katanya bagi menghargai jasa ahli parlimen yang bekerja keras (ek. ke tido keras dalam dewan), kerajaan nak naikkan elaun ahli parlimen. Hehehe 

Nazri berkata, cadangan menaikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen adalah tepat pada masanya memandangkan gaji wakil rakyat di negara ini jauh lebih rendah jika dibanding dengan negara jiran lain. Ahli Parlimen negara ini memperoleh RM6,500 sebulan dan paling rendah berbanding Singapura (RM33,589), Indonesia (RM18,111) dan Thailand (RM11,534). 

Sebenarnya aku nak cakap, apa nak heran elaun basic ahli parlimen RM6,500. Elaun tambahan lain takde sebut pulak. Pehtu Nazri sebok kata PALING RENDAH berbanding dengan negara sekitar. Eh apa masalahnya, minyak kita pun paling rendah dirantau asia berbanding negara yang tersebut kan? Elaun rendah untuk minyak murah. Apa salahnye kan? Dah belanja kecik, elaun sikit pun ada apa kes? 


Tak makan nasi ke depa sejak elaun RM6500 tu? Mungkin shopping kena kurangkan tapi aku tak dengar lagi ada ahli parlimen mati kelaparan sebab tak cukup makan sebab elaun PALING RENDAH berbanding negara lain. 

 Bukan banyak kali sangat pun ahli parlimen turun padang bagi bantuan kat parlimen yang diwakilinya. Sapa pernah tengok ahli parlimen kawasan masing-masing turun padang setiap minggu tinjau kawasan sila angkat keyboard.

0 comments: