Tuesday, August 02, 2011

Tepat Waktu Itu Perlu

Pengangkutan awam kat Malaysia suck. Pehtu suck tu kekadang bukan sebab pemandu pengangkutan awam juga, kekadang oleh penumpang yang ala-ala lahanat merasa mereka bayar tiket jadi mereka berkuasa. Aduan kat bawah neh aku rasa nak bagi penampar lempeng bulat pada sang pengadu. Mari kita baca pehtu kiah kutuk pengadu lak nanti:


Kecewa pemandu bas Transnasional enggan tunggu penumpang lewat lima minit

GARA-GARA sikap pemandu bas ekspres yang mementingkan diri sendiri, dua pelajar perempuan persediaan jurusan perubatan dari Kolej Shahputra, Kuantan terpaksa membeli tiket lain untuk pulang ke kampus. 

Salah seorang pelajar terbabit ialah adik saya yang juga pemegang tiket bernombor 7A dan 7D yang sepatutnya menaiki bas Transnasional bernombor 605 dari Kuantan ke Kota Bharu di Terminal Makmur, Kuantan pada 29 Julai lalu jam 3 petang tetapi terlewat lima minit.

Tiga kawan mereka yang menaiki teksi berasingan untuk ke terminal bas terbabit sempat menaiki bas itu dan telah meminta pemandu bas menunggu sekejap kerana ada dua lagi kawan mereka dalam perjalanan, namun pemandu bas itu tetap meneruskan perjalanan tepat jam 3 petang.

Selepas itu, adik saya menelefon kawannya dan meminta untuk bercakap sendiri dengan pemandu bas, tetapi pemandu terbabit enggan bercakap dengan adik saya. 

Kawannya turut merayu supaya bas berhenti di tepi jalan kerana pemandu teksi sanggup menghantar adik saya terus ke bas tetapi tetap tidak dihiraukan. 

Sebagai abang, saya amat terkilan dengan sikap ego pemandu bas terbabit kerana semua pelajar itu adalah perempuan dan saya amat bimbangkan keselamatan mereka. Sikap segelintir pemandu bas ini bukan saja boleh merosakkan reputasi syarikat tempat mereka bekerja, tetapi juga reputasi pemandu bas lain secara keseluruhannya. Kalau pun bukan atas dasar profesional, sekurang-kurangnya lakukanlah atas dasar keperihatian sesama manusia.

ABANG KECEWA, 
Kuala Lumpur. 

Wahai Abang Kecewa Kuala Lumpur,

Sikap siapakah yang pentingkan diri sendiri? Pemandu bas atau penumpang bas? Tiket bas bukan dapat 20minit selepas bas berlepas, ianya dibeli in advance. In that case, you already know departure time. Kalau dah tulis pukul 3petang berlepas, haruskah bertolak budget-budget sempat-sempat jer sampai. Tak perlu menunggu kedatangan bas etc? Kalau naik kapal terbang pandai pulak datang dua jam sebelum kapal terbang berlepas? 

Siapa yang lebih pentingkan diri? Adik anda selaku orang yang tahu beliau akan naik bas dan lambat, atau pemandu bas yang memang ada waktu perjalanan yang perlu dipatuhi. Kerana dua penumpang bangang, lagi 28orang penumpang yang pandai telek jam kena menunggu dan menunggu.

Aku yakin 5minit adalah masa setelah cerita disedapkan dan ditambah garam dan gula. Toksah la temberang sangat. Lagi satu kalau bas ke pantai timur contohnya masuk ke Hentian Putra, mana boleh main tunggu-tunggu weh... Suka hati dia je nak tunggu. 

Adik awak tu bakal jururawat. She should know time is gold worth. Dalam wad kecemasan lambat 30saat pun boleh menyebabkan kematian orang. Lima minit konon.

Yes yes, I hate being early and have to wait for people who doesn't consider others. Senang cakap, aku sebagai kakak tak kecewa (yes, because every time my sister nak naik bas, I will make sure we reach Hentian Putra at least 15mins-30mins before departure time). I like the phrase 'biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita'. 

Dalam tiket pun dah tulis, sila berada di platform sekurang-kurangnya 15minit sebelum bas bertolak. Tak baca tiket? Tak faham apa dia tulis? Pehtu meroyan kat suratkhabar bahagian aduan. Tak malu lak ko mengaku ko lambat tapi memburuk-burukkan orang yang on time. Ko dah minta belas ehsan dia, dia tak bagi, you should just go and buy another ticket. Dah salah, salahlah. Kenapa nak salahkan orang yang tak salah pulak? 

Merosakkan reputasi syarikat tempat bekerja, he said. Sorry lah, aku lagi nak naik bas macam neh. Orang lewat pergi naik LEWAT EXPRESS. Ayat paling best dia tulis tak perihatian dan bertimbang rasa pada manusia lain. Hahaha. Geli la hati saya. Beliau rasa tindakan datang lambat dan menyebabkan 30orang yang lain menunggu kita itu adalah satu tindakan paling bertimbang rasa yang beliau pernah lakukan. Sorry for being late, I just try to bertimbang rasa kepada korang semuaaa. Sorry la, aku tokleh terima la kalu orang lewat-lewat neh. Pehtu nak blame orang lain lak. Menyakitkan hati sungguh.

PS: Beberapa bulan yang lepas, aku naik bas dari Hentian Putra ke kampung. Sebaik berlepas dari Hentian Putra, bas berenti isi minyak kat Caltex Jalan Ipoh kalau tak silap. Dua girls turun (ramai la lagi turun, tapi berjaya naik sebelum bas siap isi minyak), this two girls taktau la pergi mana, bas dah siap isi minyak... kena berenti kat bahu jalan 15mins sebelum this two girls terhegeh-hegeh jalan kaki naik bas. Dia dah nampak bas tunggu dia tapi jalan macam itik pulang petang. Oh hot sungguh hati aku. Not even say sorry ke apa dah menyebabkan satu bas menunggu dia. Kalau aku jadi driver bas, dah lama aku tinggalkan. Biar padan muka. Oh sampai dia lintas kerusi aku, aku sound direct jer, 'pesal tak naik esok jer'. Haa amik ko. Lantak la... I hate being punish for being on time. 

1 comments:

Anonymous said...

Tu r..setuju3x..sendiri yang lewat pastu ada hati nak salahkan pemandu.. Sendiri punya salah tak nampak..

moral : "manusia memang suka menunding jari terhadap oranglain."