Monday, August 08, 2011

Lagi Meroyan Tak Tepat Waktu

Last entry kak kiah kutuk orang meroyan pasal kena tinggal bas transnasional. Eh ado lagi yang meroyan kena tinggal rupanya. Kali neh kek kapal terbang pulak. Meh kita baca surat peminat opss surat royanan beliau.

Mengapa AirAsia tiada tolak ansur?

ISTERI saya Puan Utami Fajar Sari telah membuat tempahan tiket pesawat AirAsia melalui Internet untuk penerbangan Langkawi/LCCT/Langkawi (H1VPKL) dan LCCT/Jakarta/LCCT(F84UPW).

Pada 16 Julai, saya bersama anak-anak telah menghantar isteri ke Lapangan Terbang Langkawi pada jam 12.20 tengah hari bagi pesawat ke LCCT dengan nombor penerbangan AK5325 yang akan berlepas pada jam 1.25 petang.


Selepas mendapatkan pas berlepas kami sekeluarga pergi ke kafeteria untuk makan tengah hari.

Saya terdengar pengumuman bahawa pesawat AirAsia dijangka berlepas ke LCCT pada pukul 1.50 petang dan saya beranggapan bahawa itu adalah pesawat yang akan dinaiki oleh isteri saya kerana kebiasaannya pesawat AirAsia ke LCCT sebelum jam 1.25 petang adalah pada pukul 11.45 pagi.

Semasa makan tengah hari bersama keluarga dalam pukul 1.15 petang, saya terdengar pengumuman memanggil isteri saya ke balai berlepas kerana pesawat telah bersedia untuk ke LCCT.

Isteri saya terus bergegas pergi ke pintu berlepas yang cuma mengambil masa kurang dari 10 minit dari kafeteria.
Isteri saya dimaklumkan bahawa pesawat telah berlepas dan beliau hendaklah merujuk kepada kaunter tiket untuk urusan selanjutnya.

Saya telah memberi penjelasan mengapa isteri saya terlepas pesawat dan meminta jasa baik penyelia di kaunter tiket untuk membenarkan isteri saya menaiki pesawat pada pukul 1.50 petang yang sebenarnya adalah merupakan pesawat yang telah 'delay' dari jam 11.45 pagi.

Petugas AirAsia memaklumkan bahawa saya terpaksa membayar harga tiket baru RM462 jika ingin menaiki pesawat tersebut.

Saya menjelaskan dan merayu agar isteri saya dibenarkan menaiki pesawat tersebut dengan menggunakan tiket yang lama dan sanggup membayar penalti ataupun caj perkhidmatan bagi kecuaian saya.

Penjelasan saya tidak diterima dan saya tiada pilihan lain kerana isteri saya akan menaiki pesawat ke Jakarta pada jam 5.30 petang pada hari tersebut.

Setelah membayar harga tiket baru tersebut, isteri saya terpaksa bergegas ke pintu berlepas kerana pesawat telah menunggu beliau.

Saya ingin meminta penjelasan AirAsia mengenai perkara ini kerana:

Isteri saya telah berada di lapangan Terbang Langkawi 1 jam sebelum pesawat berlepas dan nama beliau telah tercatat di dalam senarai penumpang.

Setelah nama beliau dipanggil, beliau terus bergegas ke pintu berlepas yang mengambil masa kurang 10 minit. 

Kenapa pihak AirAsia tidak boleh menunggu sekejap sedangkan pesawat yang sepatutnya berlepas pada jam 11:45 pagi lewat hingga jam 1:50 petang dan Air Asia hanya memohon maaf di atas kelewatan tersebut yang telah menjadi kelaziman mereka. Jika penumpang terlewat sedikit dengan alasan yang munasabah pun ditinggalkan.

Petugas AirAsia seharusnya mesra pelanggan dan tidak terlalu berkeras dengan pelanggan.

Kepada En Norazman Yusof, 
Taman Medan Berjaya, Langkawi

Cik kiah selaku bukan pihak pentadbiran Air Asia mo kutuk ko lah neh ya.

Ko sampai LCCT pukul 12.20. Which mean gaps only one hour from departure time. Seharusnya, selepas check in, kena masuk tunggu kat pintu berlepas setengah jam sebelum kapal terbang berlepas. Tapi ko dan keluarga dengan penuh nikmatnya menuju ke kafeteria untuk makan-makan. Apo ekau ingat kapal terbang tu macam teksi sapu? Dia ado la procedur dia. Ekau bayar tiket murah-murah kekadang sibuk kejar RM0 ado hati mo komplen macam-macam kah?

Sebelum ekau pergi makan dengan kafeteria, itu board besar departure time tu, jenguk ke idak?

Setelah ko duduk makan sambil kunyah-kunyah makanan, ko terdengar announcement kata flight nak gerak jam 1.50pm. Haruskah ko TERUS BERANGGAPAN itu adalah flight yang baru ko check in tadi? That why ada perkataan 'double confirm'. Mean even if you know something, just to make sure, just double confirm. Terutama mende-mende main dengan airlines neh. 

Jangan meroyan dengan Air Asia buleh tak? You pay peanut, you get air asia tiket lah. Dah tulis dah masa ko submit online tu, No Refund. Apa neh nak bayar denda je kalu terlepas flight? Tak baca terms and conditions? Wa bukan ada alliances pun dengan Air Asia, naik sekali pun wa tak pernah. Wa terbang pakai burung je. Tapi ko kalau tak berapa baca tnc, tolong jangan meraban dalam surat khabar.

Eh, point last, Isteri beliau mengambil masa KURANG DARI 10minit untuk ke pintu pelepasan. Tak habis-habis nak argue lebih kurang lebih kurang neh. 10minit tu lama duh. Tolonglah jangan jadi super bengap sangat. Pehtu lagi mo cakap, sebaik nama dipanggil beliau terus bergegas. Hahaha. Perenggan pertama tadi apa, ko datang bersama ANAK-ANAK kan. Realitinya, adakah tengah-tengah makan, terus boleh stop dan berlari ke gate? Haruslah tidak. Mana nak kemaskan anak-anak lagi. Amik beg lagi. 10 minit la sangat.

Appreciate the clock, and it will appreciate you back.

2 comments:

Kazaztan Team said...

ehehehee...setuju...ppandai bawa diri...

Anonymous said...

ye..sangat setuju..kalau berkaitan dengan penerbangan nih mestilah awal..kalau naik bas lainlah..pastu nak komplen2..hishh..