Wednesday, July 06, 2011

Sekatan Jalan Raya, Wattehell

Ini adalah entry emosi. Aku aneh dengan roadblock on Wednesday when the rally cuma akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Freaking Saturday man!

Aku juga rasa marah, emosi, sentap dan segala rasa benci sebab pihak polis pergi tutup dua lorong dan bagi orang lalu satu jalan sahaja. Jalan lain aku tatau, tapi BESRAYA menghala ke KL itu yang berlaku.

Budak tadika pun tahu, 7pagi hingga 10pagi adalah masa crucial untuk masuk kerja. Yang punch card, punch card, yang thumb print, thumb print. Yang cuma direkod melalui pandangan mata pun sama, Pekejadah pergi buat roadblock time orang semua bersusun nak pergi kerja woi?

Tak roadblock pun jem gile, bila dah roadblock? Massive traffic jam. Macam neh rakyat didahulukan? Didahulukan untuk jem ke. Concern bukan main takut perhimpunan bersih sabtu ini boleh menyebabkan huru hara satu kolompo. Ko ingat sekatan jalan raya seminggu lebih awal tu tak boleh menimbulkan huru hara? Ni kerajaan neh sensitif ke tidak dengan pekerja rakyat marhain yang makan gaji dan ada masa in and out masuk kerja neh? Wa tau la lu kat atas-atas sana, takyah punch card, pukul 10pagi masih boleh belek surat khabar sambil minum kopi dan makan bihun goreng yang disediakan oleh pembantu rumah di meja makan rumah lu. Wa doesn't have that kind of luxury and most typical Malaysian too. So please stop taking stupid action. 

Tak BERSIH kalu, orang demo sebab menyampah polis buat roadblock lak takutnya. 

1 comments:

Anonymous said...

aku lagi menyampah kat polis, akal letak kat kepala lutut