Monday, July 11, 2011

Berita TV3 Tak Cukup Mengaburi Mata


Berita di saluran-saluran tv barangkali boleh membohong dan menemberang dengan secukup rasa. 1000ribu orang sahaja turun. Orang Melayu sahaja turun. Tidak ada effect langsung pada kerajaan. Demo bersih tidak berjaya dan sebagainya dan warga-warga yang tiada akses internet akan percaya bahawa polis sudah berjaya mengawal golongan paling gila dan bodoh dalam sejarah pentadbiran Malaysia ini. 

Padahal hakikat sebenar, satu dunia sedang mengecam Malaysia akan beratus-ratus tindakan yang tidak selaras dengan dasar hak asasi manusia yang ditandatangani oleh Malaysia di Geneva dan New York.  Dan NGO-NGO kini begitu bersungguh-sungguh mengumpulkan bukti kekejaman pihak berkuasa untuk di hantar ke United Nations. Lihat sahaja email dari pelbagai listserv yang aku terima ini, nah... segala jenis macam yahoogroups (bukan domestic) sedang mengikuti dan berbincang mengenai isu ini.

PS: Pada hari yang sama Kerajaan Barisan Nasional menutup Kuala Lumpur, Israel menutup Semenanjung Gaza tanpa segan silu. Ironi bukan? 


PS2: Oh by the way kepada awek yang otak letak kat siku mengutuk dan memperbodohkan orang beli stok makanan takut kalau-kalau darurat tu, wa mo cakap satu hal. Lu lahir tahun 1984++ lu jangan tunjuk lu bijak pasal darurat. Lu kalau tak tahu environment dan sibuk pergi angkat dumbbell je tolong jangan menulis benda bodoh. Kalau betul-betul darurat wa rasa lu lagi awal padam dari orang lain sebab lu tak faham apa maksud 'sediakan payung sebelum hujan' Terima kaseh.

1 comments:

Kehelan said...

tgk berita kat kt tv buat gelak jadi laa...

Ezza... apa pendapat ko ttg Lynas? cuba huraikan dlm entri esok...