Wednesday, July 27, 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2011

Macam biasa, nah untuk warga Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengannya. Ini adalah jadiah waktu berbuka puasa pada tahun ini yakni tahun 2011

Download link:

Do let me know if the link is not working. Thank you

Selamat berpose. Jangan bangun pagi buat-buat lupa minum air teh tarik pulak yo...

Thursday, July 21, 2011

Google Suggestion


Google suggestion memang best. Hahaha. Aku baru taip 'video' dan spacebar. Dia dah siap-siap suggest dengan video kat youtube lagi haaaa.. 

Monday, July 11, 2011

Berita TV3 Tak Cukup Mengaburi Mata


Berita di saluran-saluran tv barangkali boleh membohong dan menemberang dengan secukup rasa. 1000ribu orang sahaja turun. Orang Melayu sahaja turun. Tidak ada effect langsung pada kerajaan. Demo bersih tidak berjaya dan sebagainya dan warga-warga yang tiada akses internet akan percaya bahawa polis sudah berjaya mengawal golongan paling gila dan bodoh dalam sejarah pentadbiran Malaysia ini. 

Padahal hakikat sebenar, satu dunia sedang mengecam Malaysia akan beratus-ratus tindakan yang tidak selaras dengan dasar hak asasi manusia yang ditandatangani oleh Malaysia di Geneva dan New York.  Dan NGO-NGO kini begitu bersungguh-sungguh mengumpulkan bukti kekejaman pihak berkuasa untuk di hantar ke United Nations. Lihat sahaja email dari pelbagai listserv yang aku terima ini, nah... segala jenis macam yahoogroups (bukan domestic) sedang mengikuti dan berbincang mengenai isu ini.

PS: Pada hari yang sama Kerajaan Barisan Nasional menutup Kuala Lumpur, Israel menutup Semenanjung Gaza tanpa segan silu. Ironi bukan? 


PS2: Oh by the way kepada awek yang otak letak kat siku mengutuk dan memperbodohkan orang beli stok makanan takut kalau-kalau darurat tu, wa mo cakap satu hal. Lu lahir tahun 1984++ lu jangan tunjuk lu bijak pasal darurat. Lu kalau tak tahu environment dan sibuk pergi angkat dumbbell je tolong jangan menulis benda bodoh. Kalau betul-betul darurat wa rasa lu lagi awal padam dari orang lain sebab lu tak faham apa maksud 'sediakan payung sebelum hujan' Terima kaseh.

Wednesday, July 06, 2011

Sekatan Jalan Raya, Wattehell

Ini adalah entry emosi. Aku aneh dengan roadblock on Wednesday when the rally cuma akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Freaking Saturday man!

Aku juga rasa marah, emosi, sentap dan segala rasa benci sebab pihak polis pergi tutup dua lorong dan bagi orang lalu satu jalan sahaja. Jalan lain aku tatau, tapi BESRAYA menghala ke KL itu yang berlaku.

Budak tadika pun tahu, 7pagi hingga 10pagi adalah masa crucial untuk masuk kerja. Yang punch card, punch card, yang thumb print, thumb print. Yang cuma direkod melalui pandangan mata pun sama, Pekejadah pergi buat roadblock time orang semua bersusun nak pergi kerja woi?

Tak roadblock pun jem gile, bila dah roadblock? Massive traffic jam. Macam neh rakyat didahulukan? Didahulukan untuk jem ke. Concern bukan main takut perhimpunan bersih sabtu ini boleh menyebabkan huru hara satu kolompo. Ko ingat sekatan jalan raya seminggu lebih awal tu tak boleh menimbulkan huru hara? Ni kerajaan neh sensitif ke tidak dengan pekerja rakyat marhain yang makan gaji dan ada masa in and out masuk kerja neh? Wa tau la lu kat atas-atas sana, takyah punch card, pukul 10pagi masih boleh belek surat khabar sambil minum kopi dan makan bihun goreng yang disediakan oleh pembantu rumah di meja makan rumah lu. Wa doesn't have that kind of luxury and most typical Malaysian too. So please stop taking stupid action. 

Tak BERSIH kalu, orang demo sebab menyampah polis buat roadblock lak takutnya.