Tuesday, June 21, 2011

Aman Ke Bersih?

Salam 800Malaysia sekalian warga negara.

Yang mana tengah bersiap nak membersihkan jalan raya kolumpo, wa ucap selamat pada korang. Yang mana malas nak layan "demonstrasi aman" wa ucapkan, jangan sebok nak pergi shopping kat SOGO pada hari kejadian. Jangan sebok nak pergi masuk kolumpo jugak. Kalau nak masuk KL jugak, jangan gatal-gatal nak pakai baju kaler kuning yang dah 15tahun terperuk dalam gobok korang tuh.

Wa tak nak tulis panjang, wa cuma gelihati apabila term "demonstrasi aman" digunakan. Apo bondo yang kalu ramai-ramai umat manusia berkumpul ramai-ramai pehtu akan diprovoke oleh satu pihak lain akan berlangsung secara aman, You knew there will be polis, FRU and yet confident sungguh dengan ayat demonstrasi aman. 

Orang pergi tengok bola dengan happy pun balik boleh bertumbuk-tumbuk sampai berdarah. 

Aman ya? Kalau ajak ramai-ramai pergi dengar ceramah agama, yakinla skit akan jadi aman. Itu pun belum tentu kalau dah 10000 orang dengan pelbagai fahaman apa-apa pun boleh jadi. 

Oh btw, kalau you all memang baca blog neh dari siri himpunan demonstrasi perasan aman sebelum-sebelum neh, you all memang tau wa memang benci gile dengan demonstrasi. Lu datang KL sekali sekala buat kecoh memang syok, lu imagine warga kolumpo di hari weekend terperuk di rumah tak boleh nak pergi beli barang makanan stok untuk seminggu sebab lu datang demo, itu adalah suck okey. Super suck.


Hari kerja wa berdepan dengan jem pergi dan balik kerja, hari minggu waktu untuk leisure-leisure pun berdepan dengan jem lebih teruk daripada hari biasa? Memang bertuahla jadi warga Kolumpo. 

I hate word demonstrasi kecuali demonstrasi kat parti tupperware. Terima kasih

PS1: Motif pakai ganti nama "wa"???
PS2: Nama perhimpunannya ialah BERSIH, we will see the irony of bersih bila perhimpunan bersurai. BERSIH ke tidak jalannya nanti.
PSP: Kita main kat rumah, apa latest game meh sini wa nak install. 

Wednesday, June 15, 2011

Internet Campaign: Jom Pakai Dial Up!

Jom jom jom, kita pakat ramai-ramai balik ke zaman dial up. With the G under Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia banned almost every major file sharing site dari di akses oleh rakyat jelata, the speed and the bandwidth sudah tidak berguna satu sen pun. Sudah-sudahla berniat nak pasang unifi, dengan promo download size up to 60GB permonth, for what?? Main facebook? Tengok drama korea online? Baca berita harian online? 

Di mana janji-janji kerajaan kata the will be no internet censorship? Flush straight into the jamban? Kalau siaran tv malaysia sama cam kat US tu lain la. Ini tv series tayang kat US bulan 1, bulan 5 belum tentu masuk astro. So? 

my useless 8.55mbps