Tuesday, May 24, 2011

Kenapa Marah Jika Harga Minyak Naik?

Aku rasa tak lama lagi minyak akan naik banyak sen. Sebab tu 2-3minggu sebelum dia dah siap kempen minyak akan naik. Kemudian siap tanamkan dalam minda kenaikan itu penting. Pehtu, siap ada iklan akan beban subsidi kerajaan. Kemudian dj radio swasta pun dipaksa bercakap seolah-olah membuang subsidi dari minyak itu adalah sangat penting seolah merawat kanser hati.

Aku sebenarnya tak marah kalau harga minyak naik setakat 10-20sen tu. serius aku tak marah. Yang menimbulkan amarah aku apabila orang-orang munafik di atas sana beriya-iya menipu rakyat bagi mencover kenaikan tu. Harga minyak masih murah dirantau Asia.. Ke dua terendah. Ke tiga terendah. Shit, bullshit. Compare ringgit to ringgit of course bunyinya murah sebab nilai ringgit Malaysia bukan tinggi sangat pun. Dari segi ekonomi? Dari segi kemampuan dan pendapatan rakyat, tidak dikira pulak.

Kemudian setiap kali harga minyak dinaikkan, mereka beriya-iya berjanji duit subsidi yang dikurangkan itu akan digunakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam. Macamlah selama ni rakyat naik LRT percuma. Atau bas percuma. Tidak juga peningkatan ketara. Bas Metro masih buruk tahap nak roboh, teksi masih lagi berbau seperti lubang jamban yang lupa di flush. LRT masih sesak diwaktu puncak. 

Pehtu ayat tak boleh blah, nak meeting pulak bagi mengkaji satu mekanisma mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak. Nak gebang apa lagi? Nak naik, bagi naik je. Mekanisma konon. Cakaplah nak masuk meeting makan kuih pree dengan teh suam. Kan senang. Nak kaji2 mekanisma bagai. Kalau dah naik, beban la jugak. Takde mekanisma yang boleh meringankan beban rakyat apabila gaji sama pay more to same item. As simple as that. Psst: karipap lebih time meeting mekanisma harga tu, saya chop ya.

Like I state earlier, I have no problem with harga minyak naik sedikit. Kita nampak harga minyak dunia naik meningkat. Yang aku tak boleh terima ialah kerajaan rasa rakyat Malaysia bodoh piang, nak kelentong sana sini.

Oh lagi satu yang best ialah setiap kali harga minyak naik, kerajaan berjanji harga barang tidak akan dinaikkan. Tapi kita kena faham Malaysia bukan negara komunis, Malaysia negara kapitalis. Harga makanan bukan dalam bidang kuasa kerajaan untuk menentukan. Bahan makanan tertentu sahaja yng mereka dapat kawal. Itupun bergantung kepada musim.


Satu lagi benda yang aku emosi ialah inflasi. Kamu mahu tipu siapa? Inflasi malaysia terkawal. 3%. Hahahaha. Data? Kita guna data pengangkutan awam. Berapa ramai orang kita yang menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan sendiri? Kenapa takut nak umum kadar inflasi sebenar? 


3 comments:

Anonymous said...

orang kampung leh ler gomen nak tiPo....pas tuh orang2 ortodok UMNO yang bangang...mmg sah sah ler kena tipu

gerbera said...

Aku dah pikir2, nak pindah duduk depan opis je kalo minyak naik. Tak pun sewa bilik kosong kat opis ni ha.
Aku benci iklan pasal subsidi tu.hate!hate!

JayNoah said...

belilaa basikal..jimat apa..jom kita beli ramai2 basikal n helmet pastu mintak diskaun kat tauke kedai...raincoat kita mintak pree
sapa nk??