Monday, May 02, 2011

Idea Untuk Email 1Malaysia Mendapat Sambutan Hangat

Disini aku ada satu proposal percuma dan tidak berbayar dan tidak difunding oleh kerajaan Malaysia sebanyak 50juta. Idea ini adalah solely percuma. Betul, takde hidden agenda suruh pergi beli device ke apa ke. Serious percuma. Okey, project menyakinkan pembaca yang idea ini percuma sudah berlangsung sebanyak 1 perenggan. Kita harus kembali ke tajuk utama.

Email 1Malaysia is a joke. Really. Jadi bagaimana nak membuatkan orang beralih dari guna perkhidmatan email seperti gmail, yahoo, hotmail dan email company masing-masing kepada 1Malaysia. Nah ini dia idea bernas (bukan beras padi nasional).

Tahukah anda kini video klip seks seri Carcosa disebarkan melalui pos pula? Hanya orang terpilih pulak tu yang dapat menerimanya. Mana adil dan saksama. Satu Malaysia harus demand untuk menerima video tersebut. Mana boleh kita nak adili siapa di dalam video kalau kita cuma dihidangkan oleh video selama 1.47minit di youtube. Ini adalah menyebabkan kami rakyat Malaysia confius. Sementelah ada yang cerita pasal size 4.3, 16.9 dan lain lain. Pening tauuu..

Jadi, aku cadangkan, kalau pihak Tricubes boleh menawarkan salinan video satu part demi satu part dihantar ke inbox(mungkin 10parts in total, 2 minit per part), untuk setiap pengguna email 1Malaysia, maka haruslah boost up pendaftaran email akaun 1Malaysia. Untuk menjamin pengguna email kekal menggunakan perkhidmatan email ini, part 1 di berikan sebaik email didaftarkan. Part-part seterusnya akan dihantar apabila penggunaan email berkenaan melebihi 10mb each time. Maksudnya, setiap 10mb storage inbox tercapai, video clip part seterusnya dihantar ke inbox.

Barulah adil, semua rakyat berpeluang menonton clip video (bukan hanya kepada orang-orang terpilih dan VIP, wartawan dan sebagainya), dan email 1Malaysia akan mendapat sambutan hangat. Oh perlu juga ada coding yang menghalang email clip video itu boleh dimajukan (ekk forward) ke email address lain selain 1Malaysia). Nanti orang guna sekejab je untuk tengok video itu sahaja pulak. Selepas sukses, pihak pengendali email juga boleh menawarkan video-video lain dengan mengenakan bayaran minimal. 

How that sound for starting? :)

PS: This is sarcastic entry. 

0 comments: