Wednesday, April 20, 2011

Saya Tidak Memerlukan Email Address @1Malaysia

Kepada Pihak Berkenaan,

Saya tidak memerlukan alamat email @1Malaysia.com.my. Saya sudah cukup bahagia dengan email percuma yang saya daftarkan di gmail.com. Saya harap pihak kerajaan Malaysia tidak spam saya punya inbox untuk ucap Selamat Hari Raya. Saya ada banyak email akaun lain, yang saya boleh beri jaminan yang saya cuma buka 4-5bulan sekali. 

Saya tidak memerlukan surat buletin dari kerajaan malaysia. Malah saya secara jujur mengaku, saya tidak ambil kisah pasal apa yang kerajaan Malaysia akan tulis dalam surat itu. Saya rasa perhubungan email dua hala adalah agak nipis peluangnya. Kalau kerajaan Malaysia nak berkomunikasi dengan rakyat, medium percuma itu banyak. Twitter, fb, friendster pun ada. Itu belum termasuk siaran tv dan suratkhabar(yang rata-rata memihak pihak kerajaan pada masa pilihanraya). And why do I need more of that? Tidak perlu RM50juta untuk bagi saya email 'Hi, Selamat Pagi Ezza,' Dari kerajaan Malaysia. 

Apalah gunanya ada email akaun di laman web 1Malaysia kalau internet penetration adalah 60%?* berdasarkan 2010 survey. Apalah gunanya ada email akaun di 1Malaysia kalau servis 3g pun lembab-lembab siput di kampung-kampung? Apalah gunanya email akaun 1Malaysia kalau komputer pun tak ada? apalah gunanya email akaun 1malaysia kalau berukband cost adalah RM50.00 per month (minimum). 

Apalah guna ada email 1Malaysia kalau ipad harga darab 3kali dari US punya dollar? 

Akhir kata, why 1Malaysia???? Selepas Najib tidak jadi perdana menteri nanti, 1Malaysia hanya akan tinggal nama, sepertimana Mimaland, atau Lapangan Terbang Subang fasa 1. Masih ingat cemerlang gemilang terbilang? Masih ingat Islam Hadhari? Masih ingat wawasan 2020? It will be gone and no one will remember this. Not even as a joke. 

Sekian,
erisar(bukanalamatemailsebenar)@gmail.com



1 comments:

Kehelan said...

bilakah masanya Najib akan turun takhta? tak sabo