Thursday, April 21, 2011

Nasi Lemak Musuh Negara?

Dua tiga hari ni nampaknya nasi lemak sudah menjadi isu besar di dada-dada akhbar. Beriya-riya kementerian pelajaran (ke pendidikan?) menyalahkan nasi lemak (dan makanan goreng lain tetapi nasi lemak paling dapat limelight) akan penyebab obesiti dikalangan kanak-kanak dan remaja sekolah.

Ya, obesiti dikalangan kanak-kanak harus dipandang serious, kanak-kanak obes menyumbang kepada dewasa gemok, dewasa gemok menyumbang kepada kadar produktiviti negara yang rendah sebab masing-masing tak larat nak bergerak dan pelbagai penyakit lain yang menyebabkan Kementerian Kesihatan terpaksa subsidikan ubat-ubatan dalam kadar yang tinggi. I know the intention. Suci murni.

Tapi kenapa harus diblame nasi lemak di kantin sekolah? Seolahnya 5kali sehari kanak-kanak makan nasi lemak disana. Bagaimana dengan makanan diluar sekolah. Restoren makanan segera yang berada tidak dalam saujana mata memandang. Sana sini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. At least cendawan lepas hujan mati balik. Tapi fast food growth seem unstoppable (eh unstoppable yang neh bukan aku promote MLM. Yang tu unstopandbebal). 

Daripada menyalahkan nasi lemak, ada baiknya Kementerian turut buat kempen latihan sukan selepas waktu sekolah. Bagi pelajar dan murid-murid cergas badan. Badan cergas otak cerdas (slogan zaman sekolah aku dulu neh). Pelajar sekarang balik sekolah tengok tv, kemudian main computer games, kemudian layan facebook. Kemudian makan. Kemudian sambung tengok tv, kemudian main psp. Aktiviti fizikal yang mereka dapat hanyalah senaman jari akibat menekan butang joystick / keyboard etc etc. 

Kalau masing-masing menjalani hidup sedentary (tidak aktif), apa lagi resultnya selain kanak-kanak obesiti? Lagi satu, kanak-kanak neh ikut mak ayah punya rentak. Kalau mak ayah jenis pelahap fastfood, takkanla anak makan salad berdressingkan olive oil? Educate the parents. Kementerian kesihatan boleh campur tangan. Parents yang sedar obesiti adalah buruk akan menyebabkan anak-anaknya tidak gemok. 

Aku setuju nasi lemak tidak sepatutnya menjadi menu utama kantin sekolah. Sepertimana kanak-kanak sekolah di US dihidangkan dengan french fries, meatball, burger di kafeteria, minuman bikarbonat di vending mechine mendapat perhatian dari Presiden dan isterinya, dan Jamie Oliver yang jelajah sekolah demi sekolah untuk menukar plan pemakanan, yes, we need to change. But to blame nasi lemak alone causing obesity is unfair. Having nasi lemak (yes fat rice sangat keji bunyi dia okey) once in while wont hurt anyone. 

Jangan burukkan nasi lemak sangat. sian dia. Dia dahla takde hak bersuara, tuduh dia macam-macam pulak. 

2 comments:

Kehelan said...

sepanjang aku sekolah dulu, nasi lemak kantin sekolah yg aku makan tak pernah pun rasa lemaknya... aku kurus menten je sampai tamat spm, hari2 makan nasi lemak, hari2 makan nasi lauk kari, hari2 makan mee goreng... huhuhuh

aku rasa anak2 menteri kita ni yg obes kot, tu yg diorg risau sgt... huhuhuh

gerbera said...

Dalam report card letak BMI cikgu kelas & mak ayah.
Baru boleh pantau punca.