Saturday, April 30, 2011

Klip Lucah? Takde Masalah

Kerajaan Malaysia melalui kementerian penerangan dan badan penapisan membuat polisi adegan menjolok mata tidak harus dibenarkan disiarkan di kaca televisyen. Bukan sahaja tv percuma malah siaran televisyen berbayar pun harus patuh pada garis panduan ini. 

Tetapi lama kelamaan garis panduan ini semakin diringankan. Kalau dulu masa time aku kecik-kecik dulu, adegan peluk pun takde. Sudah disaring. Kemudian bila aku remaja, sudah boleh masuk adegan peluk-peluk neh. Memula peluk kat tasik-tasik, kemudian dua manusia berlainan jantina boleh peluk-peluk atas katil pulak. Dan tak disaring. Ini adalah menentang kretiviti pengarah dan pengusaha drama dan filem katanya. Baiklah, dunia moden, apa salahnya peluk-peluk. 

Kemudian apabila aku berinjak dari remaja ke usia post remaja, banyak tv series dan movie dari luar negara disiarkan di televisyen. Nah, orang putih ini dia punya gambaran kasih sayang adalah dengan ciuman dan seks. Kahwin adalah ultimate moment selepas ciuman dan test drive skill seks pasangan mereka.  Yes, kali ini kita boleh belajar cara ciuman mulut dengan tv series dan movie orang putih yang ditayangkan di tv dan pawagam. No problem. Mula-mula kecoh juga tapi kemudian adegan cium-cium mulut tu dah macam takde kesan dah. Dah diluluskan tanpa masalah. Cium mulut je pun kan? Ada apa hal. 

Pada tahun 2011 pulak, kemudian dikejutkan kita dengan pita seks kononnya pemimpin parti pembangkang. (Yes you know who). Kali ini, memang best, kita siar je kat tv. Apa sudah. Media cetak dan electronik bertempik bersorak, inilah masanya kita boleh siarkan adegan yang menjurus ke arah seks. Memang la dah diblurkan tapi perlu ke disiarkan video tu. Kalau betul nak tunjuk proof, guna still photo pun boleh. Capture 1-2 keping gambar muka pelaku, tepek. Kan sama je maksud dia sampai? Tapi takleh, kita kena siar jam 7 petang, 8 malam, 12 malam. Kemudian kita tepek pulak dalam surat khabar muka surat depan lelaki perempuan sedang peluk-peluk dalam mukadimah seks. Terbaik! 


Kenapa perlukan laman web lucah apabila tv dan suratkhabar dah boleh siarkan bahan-bahan tertapis atas dasar berita kaedahnya? Now ibu bapa harus bersedia dengan jawapan padu apabila berita disiarkan. Anak-anak kecil dengan innocentnye bertanya, mak... air mani tu apa mak? Mak, liwat tu apa? Mak, kenapa lelaki tak pakai baju tu peluk perempuan tak pakai baju mak? Siapa perlukan seks education disekolah apabila berita waktu perdana dah boleh dijadikan rujukan? Erm...

Filem-filem melayu pulak sekarang sudah lebih advance dari dulu. Sebagai contoh filem mantra yang kutipannya entah wa tak ambil kisah tapi wa lebih banyak terbaca pasal pelakon lelakinya berbogel tepi sungai dek kerana committed dengan lakonannya untuk movie ini. Diluluskan pulak scenenya. So much for tapis adegan dalam filem! 

Gambar asal diambil dari
http://kopipanas2u.blogspot.com/2010/07/zul-handyblack-bogel-dalam-filem-mantra.html

0 comments: