Saturday, March 19, 2011

Syarat Baru Miliki Kad Kredit, I Like!

Bank Negara umum syarat baharu miliki kad kredit

KUALA LUMPUR 18 Mac – Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat kelayakan baru untuk mendapatkan kad kredit berkuatkuasa serta merta, pada hari ini.

Antara syarat-syarat baru adalah, setiap pemegang kad perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM36,000 setahun. Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar dua kad sahaja. 

Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia

Aku suka syarat baru ni. Peningkatan ketara syarat. Terutama pendapatan. Sebelum neh, syarat kelayakan ialah RM18,000 setahun yakni gaji RM1500 sebulan. Ramai orang apply. Ramai juga yang gagal menjelaskan hutang dan seterusnya menjadi beban hutang tidak terbayar sekaligus di istiharkan muflis. 

Aku juga suka syarat no 2 yakni boleh miliki kad kredit dari dua pengeluar sahaja. Takdelah nanti jadi macam dalam citer The Confession of Shopaholic, sampai berbelas kad kredit. Semua spend cecah ke limit.

Aku juga suka syarat no 3 yakni kredit limit hanya 2 kali ganda pendapatan bulanan. Ek. People like to spend money that they dun even earn yet. Kredit kad adalah cabang utama yang membawa kepada kadar muflis tinggi untuk golongan muda. 

RM36,000 per annum punya pendapatan agak realistik. Dah lama patut macam neh. Tidaklah ramai yang muflis pada usia sebelum 30. AKPK pun boleh la tumpukan pada masalah lain selain dari ngadap pengurusan wang akibat overspent kredit kad. 

Akhir kata, kredit kad adalah kawan kepada orang senang. Ia adalah temptation yang patut dihindari bagi golongan yang duit nan berapo ado. Kalau rasa nak cashless, apply sahaja kad debit. :) 

Terima kasih bank negara. 

0 comments: