Sunday, March 13, 2011

Khurafat, "Best" Nyaaaaaa

Sekarang aku sudah ada list dua movie yang boleh aku tonton kalau aku nak melelapkan mata. Dulu filem mistik. arahan prof paling terer di alam semesta. Asal komen je cerita dia tak best, mesti dia cakap penonton bodoh, penonton tak educated, bla bla bla. Filem mistik neh memang "terbaiklah", masuk CD (dulu cd je la mampu pinjam), ke dua, terus aku padam. Sampai sekarang, aku tak tengok ending dia. (Pasal trauma dengan tahap mengantuk yang dibawakan oleh CD pertama dulu).

Filem kedua yang mempunyai effect sama ialah Khurafat. Ramai orang bagitahu aku cerita Khurafat neh sangat best. Best gile. Takut gile. Sampai terpaksa sembunyi belakang kusyen . Dan itu dan ini dan ini dan itu.

Meh aku nak cakap, aku tengok movie neh 30mins, mata aku diserang hormon melatonin (science fact: melatonin adalah hormon semulajadi yang mengawal biological clock kita, dia yang bagitahu dah tiba masa untuk tidur dan dah tiba masa untuk bangun).  Nak tunggu satu jam 15rmins tu, berkali-kali aku menguap. Paksa cam kena tongkat dengan mancis wooo mata aku. Tang mana tah takut. Aku tengok kak limah nyanyi lagu enjit-enjit semut kat atas bumbung lagi seram kot dari 1jam 15mins menonton khurafat.

Kenapa saya takkan repeat tengok citer khurafat dan saya rekemen kepada yang belum tengok takyah tengoklah kot. 

1. Tok imam ceramah macam hareemm. Aku tau ko baca skrip, pakai ton suara yang cam ceramah boleh??

2. Tok imam pergi umah orang pakai pendamping yang dah nak mati tapi tokleh mati sebab setan takmo kuar dari badan, wah wah wah.. yang ini memang aku menyirap. Fine, ko nak guna ayat quran. Tajwid bagi betul boleh? Ini baca quran macam baca buku cerita. Orang baca sajak pun ada nahu, apatah lagi bersyair. Inikan pula baca quran. Baik baca majalah Ujang je kalu nak main-main tak betul tajwid. Main-main pakai ayat quran lak. Hoh... Emo!!!!! 
Dahla macam belakon drama silat / kungfu tahun 90-an pun ada. Pakai aura tangan je tolak body terapung etc. Eh sapa ingat citer silat hati waja dulu? I likee rusdi ramli dengan raja azura time tuh... :) :) :) 

3. Liyana Jasmey (ke camne eja tah, tak kose aku nak google tengok ejaan nama), tak silap aku penah jadi pelakon wanita terbaik ke, pelakon apa yg terbaik tah, tapi dalam citer neh tak lebih jadi penempel watak. Kalau penerbit nak jimat budget, takde pun takpe... Kaku beku, lesu... macam tak cukup makan nasi. Time shooting, penerbit tak bagi makan nasi eh??

4. Citer bapak cliche. Makcik jenab mana tah, suka bagi kuih kat watak utama (syamsull laa dah citer dia, harus la dia jadi hero.. nak harap filem orang lain panggil dia berlakon...memang takkk laaa), dia syak jenab tu la yang bomohkan dia. Bila pergi cari, makcik jenab tu mengaku suka tengok watak utama sebab muka watak utama "SALING TAK TUMPAH" macam muka anak dia yang dah padam dalam kemalangan jalan raya. Cari la plot lain kot nak tamatkan keraguan pada makcik jenab tu pun. 

5. Bekas awek watak utama langsung tak menyelerakan. Make up lak, belum mati lagi dah macam hantu dah. Dah mati? Tak seram dah pasal time hidup pun make up azab. Aku tau la kroni. Mo artis-artis yang biasa dengan ko je. Tapi cari awek yang sesuai dengan usia watak utama boleh? Ini bekas awek dah macam mak kepada watak utama. Apa kes? Mo jimat? 

6. Memang kalu citer hantu, harus gelap gulita eh?Siang pun mesti suram macam matahari segan nak menyinar? 

7. Nak menimbulkan lagi perasaan seram, banyak-banyak pekerjaan lain, watak utama HARUS KE?? jadi penjaga bilik mayat?? HARUS? WAJIB? 

Alamak emo lak aku. Kembalikan 1jam 15mins aku weh. 

So kesimpulannya, kalau anda rasa citer neh best, takpe lah. Kalau anda rasa citer neh paling hareeeemmm tahun 2011... kita serupe...

4 comments:

Kehelan said...

macam wajib tgk lak bila ko komen camnih

ezza erisa said...

rugi masa je weh. baik ko repeat tengok kak limah..... usennnnn usennnn usennnn..

Anonymous said...

tgk yg cetak rompak ni la gayenye.. ke bute cerite/ jiwa xde seni.. kesian lak komen yg leh membawa rebah utk diri sendiri.. hehe.. jgn mare, aku pun komen diatas komen ko gake

ezza erisa said...

kalau mengatakan citer neh tak best membuatkan aku dikatakan 'buta cerita / takde seni' aku terima dengan perasaan bangga. i'm flattered ye.