Thursday, March 17, 2011

Apa Itu Radiasi / What is Radiation?


I tau ada yang tertanya-tanya apo ko bondo radiasi tu kan? Walaupun namanya ada bunyi-bunyi macam inflasi dan buruk je kesan dia, tapi dia bukan sedara inflasi. Tapi tahap radiasi yang tinggi di sesebuah negara boleh menyebabkan negara tersebut mengalami inflasi. Itu hampir pasti! Hehehe. Meh jenab explain sikit apo ke bende radiasi.

Apa itu radiasi?
Radiasi adalah satu bentuk tenaga yang boleh dihantar dalam bentuk gelombang dan zarah. 

Kenapa kita perlu takut pada kadar radiasi tinggi?
Boleh menyebabkan kanser. Kenapa? Apa yang menyebabkan kadar radiasi tinggi boleh menyebabkan kanser? Pasal, dia boleh masuk dalam tubuh badan manusia dengan mudah, merosakkan sel-sel biologi tubuh.  Kerosakan ini boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut berkembang biak , atau jika terjadi pada sel-sel pembiakan, boleh menyebabkan kecacatan genetik pada generasi keturunan akan datang


Apakah itu kecacatan genetik? Pernah dengan effect of agent orange di Vietnam? (Amareka jahat!!!!!) Haaa, itu adalah salah satu contoh kecacatan genetik.  


Contoh kecacatan genetik dilakukan oleh Ejen Oren di Vietnam. 
(alamak, back to topic. this is suppose to be about radiation). 

Sekian, penerangan orang awam pasal radiasi. Kalau mo yang super complex, sila pergi google dan lihat hasilnya. :)

1 comments:

Kehelan said...

Amerika mmg jahat...

dan knp Malaysia pun turut nak jadi jahat pada rakyatnya?

selamatkan Gebeng!