Sunday, March 20, 2011

Libya Sudah Menjadi Medan Perang Antarabangsa?

Just saw the news@tv3@1.30pm. Sayu hati aku apabila menonton berita tengahari. Disiarkan berita mengenai pengeboman oleh Tentera Bersekutu (diketuai oleh Perancis dan di follow oleh Amareka dan Britain, Itali dan Canada)  ke atas Libya dan mengakibatkan kematian tidak kurang dari 48orang rakyatnya.

Sedang kita di Malaysia sibuk memandang langit menonton fenomena bulan besar, mereka di sana berpesta membedil Libya dari Kapal Laut. Langit kita cerah diterangi cahaya bulan besar, langit Libya terang dek cahaya bom. :(

Bodoh laaa. Itukan masalah dalaman negara berkenaan, memang Gaddafi harem jadah tapi apa kaitan sampai Amareka dan Britain sibuk nak pergi share saham membedil negara orang? Ke saje nak test senjata baru? Nak naikkan harga minyak kan? Nak naikkan harga emas kan? Bukankah Libya mempunyai simpanan minyak yang banyak?

Saturday, March 19, 2011

Syarat Baru Miliki Kad Kredit, I Like!

Bank Negara umum syarat baharu miliki kad kredit

KUALA LUMPUR 18 Mac – Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat kelayakan baru untuk mendapatkan kad kredit berkuatkuasa serta merta, pada hari ini.

Antara syarat-syarat baru adalah, setiap pemegang kad perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM36,000 setahun. Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar dua kad sahaja. 

Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia

Aku suka syarat baru ni. Peningkatan ketara syarat. Terutama pendapatan. Sebelum neh, syarat kelayakan ialah RM18,000 setahun yakni gaji RM1500 sebulan. Ramai orang apply. Ramai juga yang gagal menjelaskan hutang dan seterusnya menjadi beban hutang tidak terbayar sekaligus di istiharkan muflis. 

Aku juga suka syarat no 2 yakni boleh miliki kad kredit dari dua pengeluar sahaja. Takdelah nanti jadi macam dalam citer The Confession of Shopaholic, sampai berbelas kad kredit. Semua spend cecah ke limit.

Aku juga suka syarat no 3 yakni kredit limit hanya 2 kali ganda pendapatan bulanan. Ek. People like to spend money that they dun even earn yet. Kredit kad adalah cabang utama yang membawa kepada kadar muflis tinggi untuk golongan muda. 

RM36,000 per annum punya pendapatan agak realistik. Dah lama patut macam neh. Tidaklah ramai yang muflis pada usia sebelum 30. AKPK pun boleh la tumpukan pada masalah lain selain dari ngadap pengurusan wang akibat overspent kredit kad. 

Akhir kata, kredit kad adalah kawan kepada orang senang. Ia adalah temptation yang patut dihindari bagi golongan yang duit nan berapo ado. Kalau rasa nak cashless, apply sahaja kad debit. :) 

Terima kasih bank negara. 

Thursday, March 17, 2011

Apa Itu Radiasi / What is Radiation?


I tau ada yang tertanya-tanya apo ko bondo radiasi tu kan? Walaupun namanya ada bunyi-bunyi macam inflasi dan buruk je kesan dia, tapi dia bukan sedara inflasi. Tapi tahap radiasi yang tinggi di sesebuah negara boleh menyebabkan negara tersebut mengalami inflasi. Itu hampir pasti! Hehehe. Meh jenab explain sikit apo ke bende radiasi.

Apa itu radiasi?
Radiasi adalah satu bentuk tenaga yang boleh dihantar dalam bentuk gelombang dan zarah. 

Kenapa kita perlu takut pada kadar radiasi tinggi?
Boleh menyebabkan kanser. Kenapa? Apa yang menyebabkan kadar radiasi tinggi boleh menyebabkan kanser? Pasal, dia boleh masuk dalam tubuh badan manusia dengan mudah, merosakkan sel-sel biologi tubuh.  Kerosakan ini boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut berkembang biak , atau jika terjadi pada sel-sel pembiakan, boleh menyebabkan kecacatan genetik pada generasi keturunan akan datang


Apakah itu kecacatan genetik? Pernah dengan effect of agent orange di Vietnam? (Amareka jahat!!!!!) Haaa, itu adalah salah satu contoh kecacatan genetik.  


Contoh kecacatan genetik dilakukan oleh Ejen Oren di Vietnam. 
(alamak, back to topic. this is suppose to be about radiation). 

Sekian, penerangan orang awam pasal radiasi. Kalau mo yang super complex, sila pergi google dan lihat hasilnya. :)

Sunday, March 13, 2011

Khurafat, "Best" Nyaaaaaa

Sekarang aku sudah ada list dua movie yang boleh aku tonton kalau aku nak melelapkan mata. Dulu filem mistik. arahan prof paling terer di alam semesta. Asal komen je cerita dia tak best, mesti dia cakap penonton bodoh, penonton tak educated, bla bla bla. Filem mistik neh memang "terbaiklah", masuk CD (dulu cd je la mampu pinjam), ke dua, terus aku padam. Sampai sekarang, aku tak tengok ending dia. (Pasal trauma dengan tahap mengantuk yang dibawakan oleh CD pertama dulu).

Filem kedua yang mempunyai effect sama ialah Khurafat. Ramai orang bagitahu aku cerita Khurafat neh sangat best. Best gile. Takut gile. Sampai terpaksa sembunyi belakang kusyen . Dan itu dan ini dan ini dan itu.

Meh aku nak cakap, aku tengok movie neh 30mins, mata aku diserang hormon melatonin (science fact: melatonin adalah hormon semulajadi yang mengawal biological clock kita, dia yang bagitahu dah tiba masa untuk tidur dan dah tiba masa untuk bangun).  Nak tunggu satu jam 15rmins tu, berkali-kali aku menguap. Paksa cam kena tongkat dengan mancis wooo mata aku. Tang mana tah takut. Aku tengok kak limah nyanyi lagu enjit-enjit semut kat atas bumbung lagi seram kot dari 1jam 15mins menonton khurafat.

Kenapa saya takkan repeat tengok citer khurafat dan saya rekemen kepada yang belum tengok takyah tengoklah kot. 

1. Tok imam ceramah macam hareemm. Aku tau ko baca skrip, pakai ton suara yang cam ceramah boleh??

2. Tok imam pergi umah orang pakai pendamping yang dah nak mati tapi tokleh mati sebab setan takmo kuar dari badan, wah wah wah.. yang ini memang aku menyirap. Fine, ko nak guna ayat quran. Tajwid bagi betul boleh? Ini baca quran macam baca buku cerita. Orang baca sajak pun ada nahu, apatah lagi bersyair. Inikan pula baca quran. Baik baca majalah Ujang je kalu nak main-main tak betul tajwid. Main-main pakai ayat quran lak. Hoh... Emo!!!!! 
Dahla macam belakon drama silat / kungfu tahun 90-an pun ada. Pakai aura tangan je tolak body terapung etc. Eh sapa ingat citer silat hati waja dulu? I likee rusdi ramli dengan raja azura time tuh... :) :) :) 

3. Liyana Jasmey (ke camne eja tah, tak kose aku nak google tengok ejaan nama), tak silap aku penah jadi pelakon wanita terbaik ke, pelakon apa yg terbaik tah, tapi dalam citer neh tak lebih jadi penempel watak. Kalau penerbit nak jimat budget, takde pun takpe... Kaku beku, lesu... macam tak cukup makan nasi. Time shooting, penerbit tak bagi makan nasi eh??

4. Citer bapak cliche. Makcik jenab mana tah, suka bagi kuih kat watak utama (syamsull laa dah citer dia, harus la dia jadi hero.. nak harap filem orang lain panggil dia berlakon...memang takkk laaa), dia syak jenab tu la yang bomohkan dia. Bila pergi cari, makcik jenab tu mengaku suka tengok watak utama sebab muka watak utama "SALING TAK TUMPAH" macam muka anak dia yang dah padam dalam kemalangan jalan raya. Cari la plot lain kot nak tamatkan keraguan pada makcik jenab tu pun. 

5. Bekas awek watak utama langsung tak menyelerakan. Make up lak, belum mati lagi dah macam hantu dah. Dah mati? Tak seram dah pasal time hidup pun make up azab. Aku tau la kroni. Mo artis-artis yang biasa dengan ko je. Tapi cari awek yang sesuai dengan usia watak utama boleh? Ini bekas awek dah macam mak kepada watak utama. Apa kes? Mo jimat? 

6. Memang kalu citer hantu, harus gelap gulita eh?Siang pun mesti suram macam matahari segan nak menyinar? 

7. Nak menimbulkan lagi perasaan seram, banyak-banyak pekerjaan lain, watak utama HARUS KE?? jadi penjaga bilik mayat?? HARUS? WAJIB? 

Alamak emo lak aku. Kembalikan 1jam 15mins aku weh. 

So kesimpulannya, kalau anda rasa citer neh best, takpe lah. Kalau anda rasa citer neh paling hareeeemmm tahun 2011... kita serupe...