Friday, February 25, 2011

Saman Oo Saman, Dah Last Minit Baru Sebok Nak Beratur...

Tahukan kerajaan dari bulan 11 tahun lepas bagitahu selepas bulan 2 tahun 2011, senarai yang di blacklist akan dikuatkuasakan semula jika masih tegar tak bayar saman. Then... dari 1 Dec hingga 15 Dec, kerajaan dengan murah hati bagi discount 50% untuk semua saman tertunggak. Kemudian dilanjutkan lagi sampai 31December. Sebab masih ramai yang tak bayar. Apabila 30hb Dec menjelma, maka mereka umumkan sekali lagi, discount saman 50% sampai 28hb Februari 2011. Sila bayar, sila bayar. 1 Mac dah nak kuatkuasakan senarai hitam. Tiap-tiap hari dalam radio duk gebang suruh bayar saman sebelum 1 Mac. 

Berapa lama rakyat Malaysia ada masa? 3 bulan. 3 freaking month. (eh speaking london lak). 

Tapi macam biasaaaaaaa, orang Malaysia lagikan kalau berjanji sesama rakan pun sila expect ketibaan satu jam selepas waktu yang dijanjikan. Nak harapkan tepat masa bayar saman? Jauh sekali.

Dan malam ini dalam berita, maka berduyun-duyunlah manusia beratur di kaunter polis, (time neh la pula sistem nak down kan?), al maklumlah, selalu serve 30orang sehari, sekali hari ujung-ujung neh sekali rak datang beratus-ratus, mahu tak weng server tu/ 

Ada yang sibuk bagi pendapat apabila wartawan tanya, 'kena lanjutkan lagi tempoh, tak sempat nak bayar', ada yang mengeluh datang ambil nombor 2jam tunggu baru dapat turn. Pehtu complaint system no giliran tak berfungsi. What the hell???? Dah last minit baru nak beratur bayar, lagi nak komen macam-macam. Sapa suruh tunggu 25hb Februari baru nak bayar saman? Aku bayar bulan 12 hari tu, okey jerrr.. Lepak 30minit kat Bukit Aman tu dah siap bayar 13 saman. Eh bukan saman den tau. Kang ado yang buat fitnah, den pakai kereta ferari pulak banyak benor saman nya. :P

Dah pergi last minit, terima ajelah masalah yang di hadapi. Tips bagi yang nak bayar saman, kat pejabat pos terpilih boleh semak dan bayar saman. Sewaktu aku pi ambik pos laju kat PP Taman Melawati tu, tu salah satu pejabat pos terpilih. Buka setiap hari kecuali hari sabtu pertama dan ahad. Dan cuti umum. Sampai 9 malam. Pi lah serbu. Aku pergi hari Rabu ari tu, clear je. 

By the way server myeg pun sangap hari neh. Hehehe. Harap-harap korang sempat bayar saman sebelum 1 Mac. Aku harap juga kerajaan tak lanjutkan tempoh bayaran, lagi lanjut, lagi bertangguh. We loveeee last minute effort. We just did. 

4 comments:

Kujie said...

hehe..kak jie pun p bayar 18 saman..erk bukan kak jie sorang ye.... 31 Disember kat PPD KKB beratur tak sampai 10 minit....selesai


YES ! Year End Sale kat balai polis trafik

Anonymous said...

Hahahahaha.. maka kayo lah pokcik tuu.... aku kayo.. ku kayo...

Anonymous said...

Hahahahahaaha....
Padan dengan muka...Itulah sikap orang Malaysia last minit baru sibuk nak bayar saman sedangkan dah berbulan diskaun 2 diberikan....hahahahaha....padan muka penat beratur sistem down...jgn salahkan sistem laaaa salahkan diri sendiri....sikap...sikap...sikap...nak tunggu mati baru berubah....

Ghumaisha said...

ASKUM BLOGGER...ALREADY FOLLOW UR BLOG..JOM JD BLOG FOLLOWER DAN KLIK LIKE FB FANPAGE GHUMAISHA UNTUK MENDAPATKAN UPDATE TUDUNG2 YG TERKINI DIPARASAN..TQ