Wednesday, February 23, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah - Renungkan Yang Tersirat



Berapa orang dah tengok hantu kak limah balik rumah? (lepas neh aku sebut "Kak Limah" je), panjang sangat nak taip penuh. Sebenarnya dari tajuk, semua orang sedia maklum ini adalah cerita satira bodoh tak serius, tak der fakta tak ada apa. Jadi apa yang membuatkan filem ini berjaya ek?

Ada la aku terbaca review agak extreme mengutuk Kak Limah, tapi aku rasa si pengkritik tak berapa faham apa menda yang movie neh bawak. Bagi orang biasa yang berfikir secara langsung, ini adalah hiburan sampingan sambil makan popcorn dalam wayang, atau sambil golek-golek depan tv bagi yang melanggan astro first, atau sambil main fb bagi pengigit bandwidth aka pendownload hareem.

Bagi orang yang read between the line, akan tahu cerita neh banyak sindiran dalam jenaka.

Sebagai contoh:
1.Apabila someone (lupa dah sapa time mesyuarat kat balai raya), kata, anak kak limah pi daki gunung kinabalu. kalu jatuh KANG mati. 
Masuk dialog si usop berkata, dua-dua dah mati, kita bakor je rumah kak limah tu.

Ini nak cakap, dalam masyarakat neh, suka salah salah intepret maksud. Orang cakap lain, pehtu faham mende lain. Pehtu duk sebar, dah jadi lain terus.

2. Bomoh dari kelantan tu taim dia menyeru tu, korang faham tak dia cakap apa? Dia cakap 'pelawok, pelawok, pelawok'. Maksudnya tipu, tipu, tipu'.

3. Contoh lain, usop tu.. walaupun dia dah boleh berlari tapi masih menggunakan kerusi roda HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA. Macam nak simbolik la, orang kita suka mende subsidi. ada faham?

4. Satu lagi, bomoh dari Indonesia tu. Asal tangkap muat je, asal barang import walaupun cerita tak logik tapi sebab import kan, percaya aje. Walaupun setakat jumpa kat bas stand. 

5. Driver ambulan tu satu lagi, dia asyik complaint dia sibuk. Padahal memang tugas dia bawak ambulan. Dia sibuk apa sampai tak dapat nak jalankan kerja betul dia? (Itu sindiran tu, kekadang orang kita sibuk sangat dengan MLM sampai pi pejabat pun tak sempat. alamak. terkutuk MLM lak..peace MLM)

Banyak lagi kot. Cuma tak ingat dah. Memang cerita neh bangang, ada ke cerita komedi yang logik dari a sampai z? Tapi aku suka sindirin dia. 

PS: Ini first time neh aku puji citer melayu secara beriya - iya neh. Almaklumla, i lahir kat Germany. Kekekeke.  

3 comments:

Kehelan said...

masa naik bukit tabur tuh, si Uteh asyik dom ulang dialog kak limah je... lawak seh!

tp bg aku, kalu kita tgk secaral angsung, gelaknya skit je, tak lawak mana pun... tp kalu tgk betul betul, dan memahami setiap apa yg disampaikan, mmg byk gelak!

Mohd Khairul Mohd said...

Sis.. Citer tu nk sindir JKKK.. klu perasan ada word 'JKKKKKKK...' dlm citer tu dan sindiran kpd ketua JKKK yg x nk serah jawatan kpd org lain.

My blog said...

aku suka kamu punyer Ulasan..hehe...mmg banyak sindiran yg aku paling perasan drebar ambulans tue..huhu..terbaik pnyer sindiran.. :)