Tuesday, January 18, 2011

Actually, We Not That Stupid...


Okay, dua tiga hari ini kecoh pasal seorang peguam yang menulis kepada Jabatan Perdana Menteri untuk memberitahu yang laungan azan disubuh hari menganggu ketenteraman hidupnya. Almaklumlah, subuh kan jam 6 pagi. Masa yang sesuai untuk menarik berselimutkan kulit babi (dalam Islam, kalau dengar azan subuh tetapi kembali tidur dan melengah-lengahkan dengan alasan mahu tidur, dipercayai syaitan tengah menyelimutkan dia dengan selimut berkulit babi, so sila jangan maki aku cakap aku hina orang pakai selimut kulit babi pula) lantas kembali berdengkur. 

Dikhabarkan juga oleh sebab itu, masjib berkenaan dikehendaki memperlahankan laungan azan (bagi membolehkan peguam tersebut tidur lena barangkali??). 

Setelah ianya menjadi isu besar, masyarakat Islam di negara yang diklaim sebagai negara Islam dan dalam perlembagaan Malaysia tertulis Islam merupakan agama rasmi (which mean we could have azan 5kali sehari tanpa sebarang bantahan) dengan agama lain bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing whether Hindu, Buddha, Christian dan agama-agama lain. 

Jadi apabila seorang peguam membuat sidang akhbar memohon maaf dengan alasan TIDAK TAHU YANG ITU ADALAH AZAN SEBALIKNYA BERANGGAPAN YANG ITU ADALAH CERAMAH, maka kami umat Islam negara Malaysia menerima dengan perasaan terbuka permohonan maaf itu. Bukan sebab kami bodoh terima bulat-bulat alasan super gampang itu, tetapi kami umat Islam Malaysia memang pemaaf, apabila orang bukan Islam bodoh sombong menghantar surat kepada jabatan Perdana Menteri maka kami malas nak memanjangkan isu. 

Tetapi sang peguam tersebut, masih lagi unreasonable dimata kami. Ceramah hah? I listen to your every words dalam press conference tersebut. I know you were reading from a piece of paper. And I know you could read Bahasa Melayu quite well. Below are my point when I said, we not stupid. CUma malas nak memanjangkan cerita sementelah kami telah menang.

1. Azan dalam bahasa arab. Ceramah takde pernah dibuat dalam bahasa arab. Kalau buat dalam bahasa arab, siapa yang faham? You are from Malaysia, takkan takleh tangkap butir kalau ianya dalam Bahasa Melayu. 

2. You are from Malaysia. And you are surely not 4 years old kid or just recover daripada pekak semenjak kecil. This is surely not the first time you heard azan. Then why now? Publisiti? 

3. Ceramah po bondo berlangsung 2-3minit je setiap kali?

4. You are a lawyer. freaking lawyer! Not somekind of buruh paksa yang takde access kepada ilmu dan general knowledge. Takkan sebelum hantar surat complaint bising bunyi azan takde selidik dulu, bunyi menatang apo pepagi dalam bahasa arab? 

Tapi takpelah, kau pun dah minta maaf. Kalau umat Islam boleh tolerate dengan bunyi anjing (yang semestinya jarang dibela oleh orang Islam), memalam buta menyalak-nyalak setiap kali orang lalu tepi pagar rumah jiran bukan Islam, isn't that a compromise when you just need to bear with azan 5 times / day.
PS: Is there is anyway, that we could get the letter public so that we could read what actually that lawyer has wrote? Teringin nak baca. :)

0 comments: