Friday, December 03, 2010

Ya, Tebang Pokok

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak segera dalam tempoh 24 jam bagi mencantas dan menebang pokok yang membahayakan pengguna di sekitar bandar raya ini supaya kejadian meragut nyawa orang awam tidak berlaku pada masa depan.


Timbalan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Amin Nordin Abd Aziz, berkata pihaknya memerlukan kerjasama orang awam bagi memaklumkan pokok atau tunggul kayu yang membahayakan di tepi jalan mahupun di kawasan perumahan.
Katanya, orang awam menjadi mata dan telinga DBKL dalam memberi maklumat selain pemantauan yang dilakukan pasukan khas DBKL.
“Mereka boleh membuat aduan terus kepada DBKL sebelum pasukan kami mengambil tindakan sama ada mencantas atau menebang pokok besar serta membuang tunggul mati,” katanya.
Petikan Metro


Sebelum beralih ke sungutan utama 

Pagi tadi wa tengok berita pagi. Aisey, wa sudah jadi macam bos wa pula. Pagi-pagi tengok berita. Orang DBKL menyerahkan cek bernilai RM2000 kepada adik arwah yang meninggal setelah dihempap pokok mati bagi meringankan beban kata mereka. 


RM2000 tu aku harap tidak menyebabkan keluarga arwah lupa yang mereka boleh menyaman DBKL. Yang takde memanglah takde, satu juta euro pun tidak boleh mengembalikan yang telah dipanggil mengadap Ilahi, tetapi beban tanggungan dan kerosakan emosi harus diambil kira.

Sungutan utama berdasarkan berita diatas tu:

Orang awam jadi mata dan telinga DBKL eh??? Orang DBKL jadilah mata dan telinga sendiri. Unit menyaman kenderaan bukan main ramai kan? Sesambil ronda menyaman orang tu, ronda sekali la tengok pokok berbahaya. Amacam, boleh?  Satu kali saman tak letak dalam petak caj sampai RM100. (kalah saman Polis DIraja Malaysia), lagi nak harapkan orang awam pergi check pokok mati kat tepi jalan Kuala Lumpur.  (Ya, aku memang bengkek sikit dengan unit menyaman DBKL neh, manjang saman, bukan nak sediakan kawasan parking yang banyak pun. Punishment without solution. Dahla mesin terima duit siling je. Dr Sheikh Muzaffar Shah dah sampai ke ISS dah, mesin DBKL masih takleh terima duit kertas, canggih tau. Tak caya meh Bangsar meh. )

Sudah ada orang mati, baru nak bertindak. Meh tebang pokok besar depan China Press, Bangsar neh. Asal musim berbunga je penuh bunga kale kuning jatuh atas bumbung kereta yang diletakkan DI DALAM PARKING DBKL tepi jalan tuh. Menyusahkan rakyat jugak tuh.


1 comments:

gerbera said...

Last week aku pegi Public Mutual dekat area flat Sri Pahang tu. 1 kawasan kecik tu ada 3 orang penguatkuasa DBKL. Dah tu bawak motor tak pakai helmet lak tu.Helmet letak dalam bakul.Tau la nak pegi menyaman, undang2 jalan raya kena patuhi.