Monday, December 06, 2010

Wa Duk KL ke Bangkok??

Asyik nak demo je. God, I hate demo. Tak kisah la perjuangan apa pun, asal menyesakkan jalan raya.. menyusahkan aku, aku memang benci tahap suria perkasa hitam. Semalam demo lagi. Kali neh nak tiru 'bangkok style pulak'. Ada baju tema. Pehtu claim menteri perlancongan tak terer bawak pelancong datang, sapa nak pergi melancong kat negara yang sibuk nak demo? Tak kisahla berakhir dengan keganasan atau tidak.

Gigih berdemo pasal kenaikan air. Aku bukan bantah korang nak tunjukkan kuasa rakyat membantah. Bantahlah. Takde aku kisah der. Cuma aku terfikir, pesal bersungguh-sungguh demo cam tak cukup beras neh?

Contoh nyata, restoren fast food paling banyak di disini. Penuh pulak tu sentiasa. Seketul burger dengan air dan fries boleh menjangkau berbelas ringgit. Makan pula satu keluarga 2-3 orang. Banyak pula sen pergi makan fastfood tetapi air naik sikit pun bersungguh-sungguh bantah. Kalau betul rakyat miskin papa kedana, mesti ramai yang dah beratur kat pusat zakat minta bantuan. 

How did I sound? Bunyi macam orang UMNO menyokong kenaikan harga tak? Apa-apa jelah. 

2 comments:

Encik Aery said...

salam..air adalah keperluan.fast food adalah kehendak.xsemua org mkn fast food.tapi semua orang perlukan air

ezza erisa said...

maksud saya encik aery,
bukan lah fast food tu keperluan. saya bukan nak cerita mari makan fastfood, jangan cerita pasal air.

tapi nak tunjuk yang pergi demo tu bukan tak berduit, saje nak jem kan jalan. bukan saya menentang depa nak berjuang untuk air. TETAPI, takde jalan lainkah selain demo? mestikah semua benda diselesaikan dengan berarak dijalan raya tunjuk protes?

nnt orang cakap saya tak patriotik, orang cuba selesaikan masalah, saya pergi jadi orang bodoh menentang. heck, i dun. i benci demo, tidak bermakna saya tidak setuju dengan apa yang diperjuangkan.

actually, kalau nak cerita pasal penentangan kenaikan air, (BUKAN DENGAN BERDEMO), kita kena fight the first thing that many people miss.

penswastaan air merupakan satu penafian hak rakyat ke atas sumber yang sepatutnye dibekalkan oleh kerajaan. apabila penswastaan air berlaku, hala tuju syarikat adalah berdasarkan keuntungan. bukan lagi kepentingan rakyat.