Wednesday, December 08, 2010

Bahaya Social Network

Bunyi dia cliche kan? Cikgu sekolah pun sibuk cerita, apatah lagi budak sekolah. Berapa ramai gadis-gadis ditipu oleh lelaki berhidung belang (berbelang ke hidung mereka), dek kerana laman social network? Penuh cerita dalam surat khabar pasal neh. Alhamdulillah, sepanjang aku hidup dalam dunia internet neh, aku diketemukan dengan orang yang baik-baik sahaja. Ramai kawan-kawan yang rapat dengan aku, aku first met them through this medium. Apa aku melalut neh? 

Sebenarnya aku nak cerita menda yang aku tonton dalam Oprah semalam. Tapi sebelum tu, aku nak cerita pasal siri tv yang aku tonton.

1. Criminal Minds - Internet is Forever
Episod ini mengisarkan tentang seorang pembunuh yang membunuh perempuan-perempuan yang obses dengan social network. Semua benda kejadian dalam hidup di update statusnya. Makan kat mana, up dengan foursquare. Tak cukup dengan itu, hidangan apa yang sedang dinikmati juga di up ke laman social untuk bagi kekawan tengok. 

Tanpa sedar, pembunuh yang dalam friendlist nya (of course this kind of girls akan approve sesapa sahaja jadi kawan mereka, the more the merrier, lagi popular kan), boleh stalk berdasarkan real time status update mereka. Dan akhirnye mereka menjadi mangsa bunuh. 

Quote from one actor dalam episod tersebut 'Whose life is so important that we'd interested in this kind of detail?'. Bila fikir balik, betul la, ada aku kisah kalau orang duk up gambar dia makan nasi lauk sayur untuk lunch? Or ada aku kisah kalu orang tulis status dia baru lepas breakfast kat tempat biasa? 

2. The Closer - Tajuk episod aku tak ingat tapi detail dia bunyi camneh:
Seorang perempuan mati selepas bergelut dengan perogol dalam rumahnya. Selepas di siasat, ada satu advert di satu laman web dewasa yang dipos kekonon oleh dia (tapi sebenarnya oleh ex bf dia) siap dengan gambar yang dia berfantasi untuk dirogol dengan tidak berperi kemanusian di dalam rumahnya. Kunci rumah di letakkan di bawah lap kaki depan pintu rumah bagi memberi peluang kepada sang perogol untuk masuk dengan senang. Disebabkan si perempuan terkejut dan melawan, akhirnya beliau mati akibat dihentak dengan objek keras oleh perogol. 

Selepas menonton episod itu, aku rasa.. takkanla ada orang nak letak iklan macam tu untuk membalas dendam selepas dikecewakan cinta, left alone ada orang sanggup respond to that kind of advert. Tetapi, aku silap...

3. Oprah - Petang semalam kat Diva Universal
Kisah benar - Seorang perempuan Sarah Kostovny yang telah dirogol selepas ex boyfriendnya mengeluarkan iklan di Craiglist yang berbunyi "Need an aggressive man with no concern or regard for women. If interested, contact Sarah". Iklan ini turut disertakan dengan gambar Sarah yang diambil dari laman social network Myspace. Boleh baca detail ceritanya disini: http://www.oprah.com/oprahshow/Craigslist-Rape-Victim/1

Summarynya, beliau di attack dan di rogol di dalam rumah selepas iklan itu disiarkan. Beliau juga diugut dengan pisau supaya tidak melawan. Ex boyfriendnya juga telah setup beberapa appointment lain bagi tujuan sama. 

Sarah Kostovny
Sebiji bunyi macam cerita The Closer.


After coming under fire for sexual ads, Craigslist removed the "adult services" section from its U.S. website. But authorities say crimes like this one can happen on any social network. The FBI recommends that people don't post photos or any personal information online.


Ya ya, once it out there, it is beyonddddddd our control. 

Tetiba aku rindukan zaman dulu, dimana aku berjaya stay under the radar dan jadi anonymous. And not even one of my photo is available on internet. I guess it hard to be anonymous now a days. Apapun social network bukan jahat, dengan social network aku jumpa kawan-kawan lama, termasuk kawan sekolah tadika aku. Tapi orang jahat pun will always try to keep up with technology too. 

0 comments: