Thursday, December 16, 2010

Apabila Sports Di Jadikan Sukan

Hanya kerana kamus BI - BM menterjemahkan 'Sports' kepada 'Sukan' tidak bermaksud semua sports adalah bermaksud sukan. 

Aku perasan orang sebut rim sukan, (fine just for funny sake kan?), kemudian aku baca dalam surat khabar, SUV diterjemahkan kepada Kenderaan Utiliti Sukan. Apo ko bondo tu jenab oi.

SUV - Sport Utility Vehicle (explanation - a high-performance four-wheel drive car built on a truck chassis). Adakah salah satu dari explanation tersebut menggambarkan 'sukan'?. Adakah high performance = sukan? Kenapa tidak diterjemahkan kepada Pacuan Empat Roda Berprestasi Tinggi. Kan lebih bagus bunyinya dari Kenderaan Utiliti Sukan?

Yang pelik, takde pula terjemahkan Sports Car kepada "kereta sukan". Boleh juga jadi modal gelak time berkumpul di kedai kopi (bukan kopitiam). 

Monday, December 13, 2010

Great! Now Wikileaks adalah Sumber Berita Nasional

Malam tadi dalam berita, TV3 dengan bangga menyiarkan Wikileaks dengan orang tertinggi Singapura dan pasukan perisik Australia mengiakan pertuduhan sodomy Anwar Ibrahim. (Err, kes terdahulu ya). 

Bangga sungguh pembaca berita tu. 


Soalan aku, 

1. er, orang tertinggi Singapura tu ada ke dalam bilik time projek berlangsung?
2. Sejak bila berita dari internet dari sumber berita rasmi sampai masuk tv?? I thought kerajaan selalu cakap, internet tempat rubbish dimana pembangkang menggunakan medium ini untuk menghasut rakyat. Pengkhianat bangsa dipanggilnya.

'Bye' Pun Masalah...

Perkataan "BYE" merupakan jarum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yang lain. Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah... forwardkan mesej ini..""

Msg ini di tulis di dalam facebook. Ramai pula yang sibuk sharing-sharingkan. Almaklumlah, dia tulis forwardkan mesej ini. Sebagai umat Islam yang rasa mereka sangat prihatin dengan kebajikan bangsa melayu Islam yang lain, pakat ramai-ramai forward. Sembahyang tak cukup tak mengapa, puasa tak berganti tak mengapa, yang penting kalau ada mesej yang mendakwa agenda orang Christian dan Yahudi maka perlu sampaikan pada semua orang. 

Kekadang aku pelik dengan bagaimana otak kita berfungsi. Just because it been posted on net, so ia nya adalah benar. Tiada lain yang lebih benar melainkan benar belaka. Kalau tulis, Upin dan Ipin agenda yahudi pun agaknya ada yang percaya. 

Berbalik kepada 'Bye' tadi, whole universal tahu bye bermaksud selamat tinggal. Bye dalam language apa yang menyatakan ianya bermaksud dibawah naungan paderi? Tak cukup dengan itu, word 3 huruf sama maksud panjang lebar? 

Kita kena buat judgement sendiri la. should we go hard and long way just to prove that it christian agenda or something? Ada beratus bahasa di dunia neh, should we check each and every languages for every single word yang kita tuturkan setiap hari bagi menjamin kita tak berkata apa-apa yang maksud dalam BM nye bagus tapi buruk dan teruk maksudnya dalam bahasa native amazon, semata-mata kerana nak comply dengan bahasa seanterio dunia. 


Btw: susu = breast in philippines. should we stop saying,saya nak susu lebih selepas order teh tarik kat kedai after this? 



Wednesday, December 08, 2010

Bahaya Social Network

Bunyi dia cliche kan? Cikgu sekolah pun sibuk cerita, apatah lagi budak sekolah. Berapa ramai gadis-gadis ditipu oleh lelaki berhidung belang (berbelang ke hidung mereka), dek kerana laman social network? Penuh cerita dalam surat khabar pasal neh. Alhamdulillah, sepanjang aku hidup dalam dunia internet neh, aku diketemukan dengan orang yang baik-baik sahaja. Ramai kawan-kawan yang rapat dengan aku, aku first met them through this medium. Apa aku melalut neh? 

Sebenarnya aku nak cerita menda yang aku tonton dalam Oprah semalam. Tapi sebelum tu, aku nak cerita pasal siri tv yang aku tonton.

1. Criminal Minds - Internet is Forever
Episod ini mengisarkan tentang seorang pembunuh yang membunuh perempuan-perempuan yang obses dengan social network. Semua benda kejadian dalam hidup di update statusnya. Makan kat mana, up dengan foursquare. Tak cukup dengan itu, hidangan apa yang sedang dinikmati juga di up ke laman social untuk bagi kekawan tengok. 

Tanpa sedar, pembunuh yang dalam friendlist nya (of course this kind of girls akan approve sesapa sahaja jadi kawan mereka, the more the merrier, lagi popular kan), boleh stalk berdasarkan real time status update mereka. Dan akhirnye mereka menjadi mangsa bunuh. 

Quote from one actor dalam episod tersebut 'Whose life is so important that we'd interested in this kind of detail?'. Bila fikir balik, betul la, ada aku kisah kalau orang duk up gambar dia makan nasi lauk sayur untuk lunch? Or ada aku kisah kalu orang tulis status dia baru lepas breakfast kat tempat biasa? 

2. The Closer - Tajuk episod aku tak ingat tapi detail dia bunyi camneh:
Seorang perempuan mati selepas bergelut dengan perogol dalam rumahnya. Selepas di siasat, ada satu advert di satu laman web dewasa yang dipos kekonon oleh dia (tapi sebenarnya oleh ex bf dia) siap dengan gambar yang dia berfantasi untuk dirogol dengan tidak berperi kemanusian di dalam rumahnya. Kunci rumah di letakkan di bawah lap kaki depan pintu rumah bagi memberi peluang kepada sang perogol untuk masuk dengan senang. Disebabkan si perempuan terkejut dan melawan, akhirnya beliau mati akibat dihentak dengan objek keras oleh perogol. 

Selepas menonton episod itu, aku rasa.. takkanla ada orang nak letak iklan macam tu untuk membalas dendam selepas dikecewakan cinta, left alone ada orang sanggup respond to that kind of advert. Tetapi, aku silap...

3. Oprah - Petang semalam kat Diva Universal
Kisah benar - Seorang perempuan Sarah Kostovny yang telah dirogol selepas ex boyfriendnya mengeluarkan iklan di Craiglist yang berbunyi "Need an aggressive man with no concern or regard for women. If interested, contact Sarah". Iklan ini turut disertakan dengan gambar Sarah yang diambil dari laman social network Myspace. Boleh baca detail ceritanya disini: http://www.oprah.com/oprahshow/Craigslist-Rape-Victim/1

Summarynya, beliau di attack dan di rogol di dalam rumah selepas iklan itu disiarkan. Beliau juga diugut dengan pisau supaya tidak melawan. Ex boyfriendnya juga telah setup beberapa appointment lain bagi tujuan sama. 

Sarah Kostovny
Sebiji bunyi macam cerita The Closer.


After coming under fire for sexual ads, Craigslist removed the "adult services" section from its U.S. website. But authorities say crimes like this one can happen on any social network. The FBI recommends that people don't post photos or any personal information online.


Ya ya, once it out there, it is beyonddddddd our control. 

Tetiba aku rindukan zaman dulu, dimana aku berjaya stay under the radar dan jadi anonymous. And not even one of my photo is available on internet. I guess it hard to be anonymous now a days. Apapun social network bukan jahat, dengan social network aku jumpa kawan-kawan lama, termasuk kawan sekolah tadika aku. Tapi orang jahat pun will always try to keep up with technology too. 

Monday, December 06, 2010

Wa Duk KL ke Bangkok??

Asyik nak demo je. God, I hate demo. Tak kisah la perjuangan apa pun, asal menyesakkan jalan raya.. menyusahkan aku, aku memang benci tahap suria perkasa hitam. Semalam demo lagi. Kali neh nak tiru 'bangkok style pulak'. Ada baju tema. Pehtu claim menteri perlancongan tak terer bawak pelancong datang, sapa nak pergi melancong kat negara yang sibuk nak demo? Tak kisahla berakhir dengan keganasan atau tidak.

Gigih berdemo pasal kenaikan air. Aku bukan bantah korang nak tunjukkan kuasa rakyat membantah. Bantahlah. Takde aku kisah der. Cuma aku terfikir, pesal bersungguh-sungguh demo cam tak cukup beras neh?

Contoh nyata, restoren fast food paling banyak di disini. Penuh pulak tu sentiasa. Seketul burger dengan air dan fries boleh menjangkau berbelas ringgit. Makan pula satu keluarga 2-3 orang. Banyak pula sen pergi makan fastfood tetapi air naik sikit pun bersungguh-sungguh bantah. Kalau betul rakyat miskin papa kedana, mesti ramai yang dah beratur kat pusat zakat minta bantuan. 

How did I sound? Bunyi macam orang UMNO menyokong kenaikan harga tak? Apa-apa jelah. 

Friday, December 03, 2010

Ya, Tebang Pokok

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak segera dalam tempoh 24 jam bagi mencantas dan menebang pokok yang membahayakan pengguna di sekitar bandar raya ini supaya kejadian meragut nyawa orang awam tidak berlaku pada masa depan.


Timbalan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Amin Nordin Abd Aziz, berkata pihaknya memerlukan kerjasama orang awam bagi memaklumkan pokok atau tunggul kayu yang membahayakan di tepi jalan mahupun di kawasan perumahan.
Katanya, orang awam menjadi mata dan telinga DBKL dalam memberi maklumat selain pemantauan yang dilakukan pasukan khas DBKL.
“Mereka boleh membuat aduan terus kepada DBKL sebelum pasukan kami mengambil tindakan sama ada mencantas atau menebang pokok besar serta membuang tunggul mati,” katanya.
Petikan Metro


Sebelum beralih ke sungutan utama 

Pagi tadi wa tengok berita pagi. Aisey, wa sudah jadi macam bos wa pula. Pagi-pagi tengok berita. Orang DBKL menyerahkan cek bernilai RM2000 kepada adik arwah yang meninggal setelah dihempap pokok mati bagi meringankan beban kata mereka. 


RM2000 tu aku harap tidak menyebabkan keluarga arwah lupa yang mereka boleh menyaman DBKL. Yang takde memanglah takde, satu juta euro pun tidak boleh mengembalikan yang telah dipanggil mengadap Ilahi, tetapi beban tanggungan dan kerosakan emosi harus diambil kira.

Sungutan utama berdasarkan berita diatas tu:

Orang awam jadi mata dan telinga DBKL eh??? Orang DBKL jadilah mata dan telinga sendiri. Unit menyaman kenderaan bukan main ramai kan? Sesambil ronda menyaman orang tu, ronda sekali la tengok pokok berbahaya. Amacam, boleh?  Satu kali saman tak letak dalam petak caj sampai RM100. (kalah saman Polis DIraja Malaysia), lagi nak harapkan orang awam pergi check pokok mati kat tepi jalan Kuala Lumpur.  (Ya, aku memang bengkek sikit dengan unit menyaman DBKL neh, manjang saman, bukan nak sediakan kawasan parking yang banyak pun. Punishment without solution. Dahla mesin terima duit siling je. Dr Sheikh Muzaffar Shah dah sampai ke ISS dah, mesin DBKL masih takleh terima duit kertas, canggih tau. Tak caya meh Bangsar meh. )

Sudah ada orang mati, baru nak bertindak. Meh tebang pokok besar depan China Press, Bangsar neh. Asal musim berbunga je penuh bunga kale kuning jatuh atas bumbung kereta yang diletakkan DI DALAM PARKING DBKL tepi jalan tuh. Menyusahkan rakyat jugak tuh.