Wednesday, November 24, 2010

Sibuk Sungguh Sekarang Dengan Epilog 'Bertunang Tanpa Sedar'

Adik aku (selepas ni digelarkan Cik Z), bagitahu dia baca dalam facebook pasal 'Pertunangan Tanpa Sedar' dimana seorang wanita boleh bergelar tunangan orang tanpa sedar. I didnot read the artikel, so aku reserved my comment for later. Today, aku dah baca, rasa nak tergelak pun ada.

Link is here and here. Dengan tajuk 
BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!

Pernah dengar apabila banyak berita tak berapa benar disebarkan maka lama-lama ia akan diterima sebagai berita benar? This is one of them. Rosak sungguh. Hukum Islam konon. 

Orang putih ya la, propose 'will u be my wife' sambil melutut, bila perempuan kata yes, sarung cincin.. bawak balik jumpa mak ayah, 'mum, this is my fiancĂ©e'. 

Kena fahamlah, khitbah tu apa, kemudian baru cerita pasal tunangan munangan neh. Ini asal sedap selit ayat quran surah Al baqarah sikit dah 'alamak, aku dah jadi tunang si polan binti si polan ke', sambil baca artikel dalam link. Orang Yahudi pun boleh quote ayat dari Quran, takde masalah. Kalau pemahaman kita dangkal, carilah orang lebih alim, pi tanya. Jangan cari orang nama Halim, beliau mungkin terkedu dengan soalan korang. Ngeee. 

Memanglah khitbah tu 'pihak lelaki menyatakan hasrat untuk memperistierikan sang perawan atau janda atau balu', tapi tengoklah susur galurnya ya. Kepada siapa harus dinyatakan hasrat itu. Kepada keluarga si gadis, bukannya bila bagitahu kat awek terus boleh panggil 'ini tunang saya' dah ya. Bertunang bukan cam bercerai, dengan niat pun boleh jadi. Bertunang adalah proses dimana seorang lelaki menghantar utusan untuk menyatakan hasratnya. Eh sesedapnye, lepas ngorat sepatah dua dengan jenab, pi cakap dengan jenab, aku nak kawen dengan kau. Mulai sekarang, kita dah jadi tunang!. 

Weeeei, hak perkahwinan seorang perempuan bukan kat perempuan semata-matanya. Mak ayah takde? Nak kat anak orang tapi nak bertunang secara tak sedar bagai.  Wali sang perempuan tu apa citer? Its okay daddy, it cool... mamat told me the other day, he want to marry me... so let be cool..chill daddy chill. We engaged now!

Benda macam neh sibuk la nak ikut "syariat Islam sebenar", time dating, peluk-peluk, pegang-pegang, takde lak nak ingat syariat Islam eh? 

PS: Kita neh manusia beradab, agama dah unjurkan yang terbaik. Pekehei apabila orang keluarkan artikel 'bertunang tanpa sedar' habis satu dunia nak gegak gempita? Ada yang gembira, eh dah bertunang la, takyah hantar cincin tanda kat umah milah tu ha. Senang tau ikut ajaran "Islam sebenar". Ada yang sedih, aisey..aku dah bertunang dengan berapa ramai awek la rupanya eh?' Huh 

5 comments:

Kujie said...

baca isu ni lama dah kat facebook...kadang2 banyak isu 'gempak' muncul kat sana

pakat riuh rendah sebar itu ini - tanpa diketahui asas kukuhnya.

kata kuncinya - berguru

ezza erisa said...

kalau ada button like, saya nak like ayat last kak kujie neh..

hehe

gerbera said...

Website tu dah takde la

ezza erisa said...

dia dah delete dah. :)

http://faina989.blogspot.com/2010/11/bila-isu-bertunang-tanpa-sedar-itu.html

dia dah betulkan kot.
boleh baca kat sini:

http://www.facebook.com/note.php?note_id=144578185590288&id=107775115929439

norinaomar said...

salam,saya baru je baca paper metro hari apa saya tak pasti,kat bahagian soaljawab ustaz.Sebab saya pun konfuse juga pasal perkara ni.Ustaz tu jawab jangan bimbang,belum jadi tunang orang lagi sebab langkah seterusnya ialah berjumpa ibubapa atau pihak keluarga perempuan.jika tak ada langkah tersebut diambil,maka statusnya bukan tunangan org lagi,sesiapa pun berhak meminang..ok tq

bahaya isu ni pastu kepoh kat fb,yang perasan dah bertunang pun ramai,ntah pape