Tuesday, November 30, 2010

DBKL, Apa Cer?

Malam tadi ada berita menyayat hati sampai apabila aku tengok isteri mangsa, aku turut mengalirkan air mata. Berita apa lagi kalau bukan pasal seorang penunggang motor maut di timpa tunggul pokok mati di Jalan Sultan Ismail berhampiran hutan simpan bukit Nenas (KUALA LUMPUR). 



Selepas menghantar isteri beliau ke tempat kerja di Menara Maybank, beliau menunggang motor ke tempat kerjanya. Cuma instead of sampai ke tempat kerja dengan selamat, beliau meninggal dunia akibat di timpa tunggul pokok kayu yang jatuh dari tepi jalan yang berbukit. Ye, pokok kayu tu dah berada disitu tunggu masa je nak jatuh. Dan beliau berada di tempat yang salah, pada masa yang salah. Al fatihah kepada mangsa dan kepada isterinya semoga tabah. :(

DBKL, apa cerita neh? Tunggul tu punya lama kat situ, lepas orang mati baru sibuk nak bersihkan? Dulu dahan kayu jatuh atas kereta bergerak (ironi, kereta tersebut dipandu oleh orang DBKL), baru sibuk buat operasi potong-potong pokok. Last week, operasi monorel terpaksa diberhentikan 4-5jam sebab nak mengalihkan pokok tumbang di atas landasan. Nasib baik tiada kecederaan jiwa. 

Sekarang musim hujan (bukan sekarang je, Malaysia neh negara tropika, hujan khatulistiwa nya memang tak menentu), sila la jenguk-jenguk pokok kayu yang sesuai untuk di potong tu. Jangan sibuk ronda kawasan sibuk dan tak disediakan petak letak kereta untuk menyaman je.


Link the star here

1 comments:

gerbera said...

Kakak tu boleh saman DBKL. Harap2 dia tahu.Kalau menang kes boleh la kurangkan beban belanja 8 anak dia tu.
Simpati aku kat dia n keluarga
Al- fatihah.