Tuesday, November 30, 2010

DBKL, Apa Cer?

Malam tadi ada berita menyayat hati sampai apabila aku tengok isteri mangsa, aku turut mengalirkan air mata. Berita apa lagi kalau bukan pasal seorang penunggang motor maut di timpa tunggul pokok mati di Jalan Sultan Ismail berhampiran hutan simpan bukit Nenas (KUALA LUMPUR). 



Selepas menghantar isteri beliau ke tempat kerja di Menara Maybank, beliau menunggang motor ke tempat kerjanya. Cuma instead of sampai ke tempat kerja dengan selamat, beliau meninggal dunia akibat di timpa tunggul pokok kayu yang jatuh dari tepi jalan yang berbukit. Ye, pokok kayu tu dah berada disitu tunggu masa je nak jatuh. Dan beliau berada di tempat yang salah, pada masa yang salah. Al fatihah kepada mangsa dan kepada isterinya semoga tabah. :(

DBKL, apa cerita neh? Tunggul tu punya lama kat situ, lepas orang mati baru sibuk nak bersihkan? Dulu dahan kayu jatuh atas kereta bergerak (ironi, kereta tersebut dipandu oleh orang DBKL), baru sibuk buat operasi potong-potong pokok. Last week, operasi monorel terpaksa diberhentikan 4-5jam sebab nak mengalihkan pokok tumbang di atas landasan. Nasib baik tiada kecederaan jiwa. 

Sekarang musim hujan (bukan sekarang je, Malaysia neh negara tropika, hujan khatulistiwa nya memang tak menentu), sila la jenguk-jenguk pokok kayu yang sesuai untuk di potong tu. Jangan sibuk ronda kawasan sibuk dan tak disediakan petak letak kereta untuk menyaman je.


Link the star here

Wednesday, November 24, 2010

Sibuk Sungguh Sekarang Dengan Epilog 'Bertunang Tanpa Sedar'

Adik aku (selepas ni digelarkan Cik Z), bagitahu dia baca dalam facebook pasal 'Pertunangan Tanpa Sedar' dimana seorang wanita boleh bergelar tunangan orang tanpa sedar. I didnot read the artikel, so aku reserved my comment for later. Today, aku dah baca, rasa nak tergelak pun ada.

Link is here and here. Dengan tajuk 
BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!

Pernah dengar apabila banyak berita tak berapa benar disebarkan maka lama-lama ia akan diterima sebagai berita benar? This is one of them. Rosak sungguh. Hukum Islam konon. 

Orang putih ya la, propose 'will u be my wife' sambil melutut, bila perempuan kata yes, sarung cincin.. bawak balik jumpa mak ayah, 'mum, this is my fiancĂ©e'. 

Kena fahamlah, khitbah tu apa, kemudian baru cerita pasal tunangan munangan neh. Ini asal sedap selit ayat quran surah Al baqarah sikit dah 'alamak, aku dah jadi tunang si polan binti si polan ke', sambil baca artikel dalam link. Orang Yahudi pun boleh quote ayat dari Quran, takde masalah. Kalau pemahaman kita dangkal, carilah orang lebih alim, pi tanya. Jangan cari orang nama Halim, beliau mungkin terkedu dengan soalan korang. Ngeee. 

Memanglah khitbah tu 'pihak lelaki menyatakan hasrat untuk memperistierikan sang perawan atau janda atau balu', tapi tengoklah susur galurnya ya. Kepada siapa harus dinyatakan hasrat itu. Kepada keluarga si gadis, bukannya bila bagitahu kat awek terus boleh panggil 'ini tunang saya' dah ya. Bertunang bukan cam bercerai, dengan niat pun boleh jadi. Bertunang adalah proses dimana seorang lelaki menghantar utusan untuk menyatakan hasratnya. Eh sesedapnye, lepas ngorat sepatah dua dengan jenab, pi cakap dengan jenab, aku nak kawen dengan kau. Mulai sekarang, kita dah jadi tunang!. 

Weeeei, hak perkahwinan seorang perempuan bukan kat perempuan semata-matanya. Mak ayah takde? Nak kat anak orang tapi nak bertunang secara tak sedar bagai.  Wali sang perempuan tu apa citer? Its okay daddy, it cool... mamat told me the other day, he want to marry me... so let be cool..chill daddy chill. We engaged now!

Benda macam neh sibuk la nak ikut "syariat Islam sebenar", time dating, peluk-peluk, pegang-pegang, takde lak nak ingat syariat Islam eh? 

PS: Kita neh manusia beradab, agama dah unjurkan yang terbaik. Pekehei apabila orang keluarkan artikel 'bertunang tanpa sedar' habis satu dunia nak gegak gempita? Ada yang gembira, eh dah bertunang la, takyah hantar cincin tanda kat umah milah tu ha. Senang tau ikut ajaran "Islam sebenar". Ada yang sedih, aisey..aku dah bertunang dengan berapa ramai awek la rupanya eh?' Huh 

Monday, November 01, 2010

Artis Tolong Jangan Posing Sampah


Pagi ahad aku agak girang apabila belek suratkhabar dihidangkan dengan gambar begini. Macam neh rupa artis posing ya? Yang perempuan nya macam tengah keluarkan kentut, yang lain macam tak cukup zat. Macam neh gaya nak jadi international, mimpi tinggi ke bulan nak sampai amareka jual suara? Aku rasa gambar orang biasa pergi air terjun buat lambang 'peace' adalah 15kali lebih bagus daripada gambar 'saya sedang sakit perut, maka inilah hasilnya' ini.

Apa kata sesekali, turn to channel 711 tengok Next Top Model (tak kira la negara memana), nanti depa bagi guide how to pose. Kat youtube pun banyak kot. Bukan sebab kau nak jual product dan jadi model je kena bersedia pandai posing. Jadi artis pun sedikit sebanyak belajarlah, (Dahla sekolah pun malas, belajar posing pun malas, apa kes?)