Monday, October 25, 2010

Semua Stesen TV Milik UMNO kah?

Hari Sabtu lepas merupakan hari gulung tikar. Eh hari penutup perhimpunan geng penimbang di PWTC. Ada aku kisah? Penutup ke pembukaan ke? Bukan aku minat pun dengan politik dan politikus neh. Tikus lagi la aku benci. Aku pun dengan nada indah, turn on tv, usha rancangan menarik la kot kot ada. (Sebenarnya aku nak bagi ada bunyi je).

Tekan tv1, rancangan khas, tekan tv3 rancangan khas, tekan tv7 rancangan khas, tv8 pun rancangan khas? What the heck are these man???? Aku tak tau pula tv kat Malaysia wajib menyiarkan ucapan penggulungan perhimpunan UMNO secara extreme. Adakah perlu 4 stesen tv broadcast rancangan ini secara langsung?? Perlu? Kalau orang nak tengok, letak kat satu channel pun orang pergi hadap jugak. Aku tak tau significant 4 stesen tv dengan ucapan penggulungan UMNO. Sesiapa tahu, tolong briefkan kiah ya. Huhuh.

PS: Maafkan screen captured aku tuh. In case you wondering, kenapa 'info' kat tv aku tu warnanya merah, itu sebab aku memang terer settingkan dan tukar dari warna biru default Astro tu. Korang percaya kan? Hehehe. 

TV1 - rancangan khas (L)
TV3 - rancangan khas (L)
NTV7 - rancangan khas (L)
8TV - rancangan khas (L)


3 comments:

Kazaztan Team said...

iye..nama pun TV arus perdana...

ezza erisa said...

tv arus tak perdana kat mana? i think they should apply for the license too la.. too much perdana sudah. :)

Anonymous said...

Ini lah yang kita panggil SYOK SENDIRI...tersua sua paksa orang tengok, cakap sorang-sorang, yang pantang bagi puak-puak ni ada nya suara-suara membangkang, membahas atau bertentangan dengan apa demo kata, kalau "pembangkang" tu macam "underground movement", dah bagi pukulan TKO pada Mac 2008 pun masih tak serik-serik, sombong bodoh.