Tuesday, October 12, 2010

Kemalangan Ngeri Salah Siapa?

Orang sibuk cari salah siapa kan? Asal eksiden ngeri je sibuk cari salah siapa? Kalau kenderaan tu pengangkutan awam (bukan awan) habislah semua dengan CEO syarikat bas pun disalahkan. Bagi aku it plain simple. Yang salah tu ialah PEMANDU itu sendiri. Siapa yang tekan minyak? Siapa yang bawak laju sampai mencecah kelajuan tak sempat brek? CEO? Polis? JPJ? 

Dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada tarikh orang sibuk nak pergi angkasa tu, takyah la nak gebang lelebih. Yang salah tu pemandu. Horrible driver! Pemandu bas di lebuhraya berlagak macam tuhan. Kebal. Naik minyak cam gajah tengah marah. Siapa pengguna lebuhraya tahu la camne corak depa bawak bas depa tu. Kalau aku bawak 100kmj, dapat dipotong dengan cemerlang oleh bas, do the math la. Berapa speed depa bawak. Padahal kat belakang bas tertulis 'Had laju 80/90' Mean jalan biasa 80kmj. Lebuhraya 90kmj. 

Itu belum kat Genting Sempah lagi tu. Jalan corner baring, dia pun sibuk nak korner baring. Kita pula yang ngeri tengok dia corner baring. Huh.

Mungkin penguatkuasaan JPJ patut diketatkan, ubah priority dari mengejar plat nombor kereta tak ikut spesifikasi dan juga kereta tinted lebih kepada buat pemantauan kepada kenderaan perdagangan. Kerana sekali eksiden, jumlah kematian bukan 1-2orang. Ramai. Ngeri pulak tuh. Putus-putus kepala bagai. 

PS: Tak boleh je install speed cut kat bas neh? 

0 comments: