Monday, October 18, 2010

Jahanam Jepun!

Aku menonton History: Asia - Behind Forgotten Eyes malam tadi. Kisah nenek-nenek Korea yang dijadikan comfort women (pelacur) oleh askar Jepun pada zaman perang dulu. Sepanjang sejam aku rasa sedih, nak menangis, tapi diakhir rancangan, aku merasakan amarah yang sangat besar.

Pihak di interview ada 3 pihak. 
1. Nenek-nenek yang jadi comfort women
2. Pengkaji sejarah Korea
3. Bekas askar Jepun
3. Pengkaji sejarah Jepun

Nenek-nenek ini dulunya muda remaja la lagi. Ada yang diculik, ada juga yang dijanjikan peluang belajar sebelum dihantar ke rumah-rumah pelacuran untuk melayan askar Jepun. Ada antara nenek ini yang mengaku terpaksa melayani 50 askar sehari suntuk. Gila kentang. Dasyat sungguh cerita mereka. 1batalion askar untuk 13 pelacur. Gile!

Bekas askar Jepun turut mengakui mereka ada pergi ke rumah pelacuran atau di panggil 'comfort house' ini. Tapi disebabkan harganya yang mahal (1yen 5sen - kalau pergi dua kali je dah habis la duit, duit ne pulak bukan dapat kat comfort women pun), ada yang lebih senang memilih untuk merogol perempuan di kampung-kampung taklukan.

Dengan muka takde perasaan sedih atau kesal, sang askar bercerita pernah satu hari, mereka masuk ke sebuah rumah dan melihat seorang wanita sedang memeluk anaknya dengan erat. Dia mengambil anak perempuan itu untuk memberi peluang rakannya merogol wanita berkenaan. Tetapi wanita berkenaan melawan dan menjerit kuat, beliau di seret ke halaman. Dia yang sedang memegang anak wanita berkenaan turut melepaskan anak itu, seterusnya membantu menyeretnya ke halaman rumah. Wanita berkenaan seterusnya di campak ke dalam perigi. Sang anak kecil yang menurut askar berkenaan berusia tidak lebih dari 4 tahun menjerit-jerit memanggil ibunya dan mengambil kerusi yang digunakan untuk terjun ke dalam perigi. Askar berkenaan dan rakannya dengan penuh perangai kebinatangan, mencampak granite ke dalam perigi tersebut dan meletupkannya. :( :( :( :(. Babun punya askar jepun!!!!!!!!

 Cerita sedih ini diakhiri dengan penafian pihak sejarahwan Jepun yang mendakwa tidak pernah berlaku kes comfort women dan comfort house semasa zaman perang Jepun di Korea. (Walaupun ada doktor askar Jepun yang mengaku tugas beliau setiap minggu adalah memeriksa samada perempuan-perempuan itu ada STD ke tak). Dengan penuh angkuh sejarahwan Jepun berkata, wanita-wanita Korea itu menipu semata-mata. Dan Jepun tidak perlu memohon maaf dan memberi apa-apa pampasaran kepada wanita-wanita yang telah dijadikan mangsa pelacuran itu.

Mereka mengaku membunuh sesiapa sahaja. Lelaki, wanita dan kanak-kanak. Sang wanita dibunuh kerana boleh mengandungkan orang yang bakal menentang mereka. Kanak-kanak dibunuh kerana takut apabila dewasa akan memerangi mereka. Jepun jahat!

Di Malaysia pun banyak kekejaman yang sampai sekarang Jepun buat bodoh je. Kalau ada pun permohonan maaf, ianya bersifat peribadi datang dari Perdana Menteri Jepun, bukan secara kolektif dan keseluruhan negara.

0 comments: