Monday, October 25, 2010

Semua Stesen TV Milik UMNO kah?

Hari Sabtu lepas merupakan hari gulung tikar. Eh hari penutup perhimpunan geng penimbang di PWTC. Ada aku kisah? Penutup ke pembukaan ke? Bukan aku minat pun dengan politik dan politikus neh. Tikus lagi la aku benci. Aku pun dengan nada indah, turn on tv, usha rancangan menarik la kot kot ada. (Sebenarnya aku nak bagi ada bunyi je).

Tekan tv1, rancangan khas, tekan tv3 rancangan khas, tekan tv7 rancangan khas, tv8 pun rancangan khas? What the heck are these man???? Aku tak tau pula tv kat Malaysia wajib menyiarkan ucapan penggulungan perhimpunan UMNO secara extreme. Adakah perlu 4 stesen tv broadcast rancangan ini secara langsung?? Perlu? Kalau orang nak tengok, letak kat satu channel pun orang pergi hadap jugak. Aku tak tau significant 4 stesen tv dengan ucapan penggulungan UMNO. Sesiapa tahu, tolong briefkan kiah ya. Huhuh.

PS: Maafkan screen captured aku tuh. In case you wondering, kenapa 'info' kat tv aku tu warnanya merah, itu sebab aku memang terer settingkan dan tukar dari warna biru default Astro tu. Korang percaya kan? Hehehe. 

TV1 - rancangan khas (L)
TV3 - rancangan khas (L)
NTV7 - rancangan khas (L)
8TV - rancangan khas (L)


Wednesday, October 20, 2010

Mari Mari Kita Kejar Lampu Hijau

Aku selalu encountered pemandu kereta yang cikgu memandu dia tak ajar tentang larangan berhenti di petak kuning. Kalau time sesak jalan, bukan main la... walaupun depan tu sesak, takde tanda nak bergerak.. ada dollah dan jenab kisah. Yang penting boleh berada di petak kuning. Kot kot kereta depan jalan nanti, tak perlu tunggu turn nak gerak, boleh terus gerak. 

Gambar neh aku snap kat Jalan Tun Razak Jalan Jalan Semarak. Eeeee. Hari-hari macam neh. Tak boleh ke kalau dah nampak kereta depan tak gerak, berhenti la dulu. Tunggu dulu. Kalau clear, baru la jalan. Laju-laju pun setakat duk tengah jalan sampai kereta dari arah lain tak boleh gerak....apa la faedahnya. Or mungkin depa rasa, alang-alang aku takleh gerak, biar semua orang rasa apa yang aku rasa. Ke? :) 

Misteriiiiii berterusan. 

Okey, lampu kita merah. Lampu dia hijau. Jalan jelah korang yang belah lampu hijau tuh
Lampu kami dah hijau, lampu kau dah merah. Kenapa korang masih kat tengah jalan neh. 

Sampai kuning lampu belah kami, satu kereta pun tak dapat lalu. 

Monday, October 18, 2010

Jahanam Jepun!

Aku menonton History: Asia - Behind Forgotten Eyes malam tadi. Kisah nenek-nenek Korea yang dijadikan comfort women (pelacur) oleh askar Jepun pada zaman perang dulu. Sepanjang sejam aku rasa sedih, nak menangis, tapi diakhir rancangan, aku merasakan amarah yang sangat besar.

Pihak di interview ada 3 pihak. 
1. Nenek-nenek yang jadi comfort women
2. Pengkaji sejarah Korea
3. Bekas askar Jepun
3. Pengkaji sejarah Jepun

Nenek-nenek ini dulunya muda remaja la lagi. Ada yang diculik, ada juga yang dijanjikan peluang belajar sebelum dihantar ke rumah-rumah pelacuran untuk melayan askar Jepun. Ada antara nenek ini yang mengaku terpaksa melayani 50 askar sehari suntuk. Gila kentang. Dasyat sungguh cerita mereka. 1batalion askar untuk 13 pelacur. Gile!

Bekas askar Jepun turut mengakui mereka ada pergi ke rumah pelacuran atau di panggil 'comfort house' ini. Tapi disebabkan harganya yang mahal (1yen 5sen - kalau pergi dua kali je dah habis la duit, duit ne pulak bukan dapat kat comfort women pun), ada yang lebih senang memilih untuk merogol perempuan di kampung-kampung taklukan.

Dengan muka takde perasaan sedih atau kesal, sang askar bercerita pernah satu hari, mereka masuk ke sebuah rumah dan melihat seorang wanita sedang memeluk anaknya dengan erat. Dia mengambil anak perempuan itu untuk memberi peluang rakannya merogol wanita berkenaan. Tetapi wanita berkenaan melawan dan menjerit kuat, beliau di seret ke halaman. Dia yang sedang memegang anak wanita berkenaan turut melepaskan anak itu, seterusnya membantu menyeretnya ke halaman rumah. Wanita berkenaan seterusnya di campak ke dalam perigi. Sang anak kecil yang menurut askar berkenaan berusia tidak lebih dari 4 tahun menjerit-jerit memanggil ibunya dan mengambil kerusi yang digunakan untuk terjun ke dalam perigi. Askar berkenaan dan rakannya dengan penuh perangai kebinatangan, mencampak granite ke dalam perigi tersebut dan meletupkannya. :( :( :( :(. Babun punya askar jepun!!!!!!!!

 Cerita sedih ini diakhiri dengan penafian pihak sejarahwan Jepun yang mendakwa tidak pernah berlaku kes comfort women dan comfort house semasa zaman perang Jepun di Korea. (Walaupun ada doktor askar Jepun yang mengaku tugas beliau setiap minggu adalah memeriksa samada perempuan-perempuan itu ada STD ke tak). Dengan penuh angkuh sejarahwan Jepun berkata, wanita-wanita Korea itu menipu semata-mata. Dan Jepun tidak perlu memohon maaf dan memberi apa-apa pampasaran kepada wanita-wanita yang telah dijadikan mangsa pelacuran itu.

Mereka mengaku membunuh sesiapa sahaja. Lelaki, wanita dan kanak-kanak. Sang wanita dibunuh kerana boleh mengandungkan orang yang bakal menentang mereka. Kanak-kanak dibunuh kerana takut apabila dewasa akan memerangi mereka. Jepun jahat!

Di Malaysia pun banyak kekejaman yang sampai sekarang Jepun buat bodoh je. Kalau ada pun permohonan maaf, ianya bersifat peribadi datang dari Perdana Menteri Jepun, bukan secara kolektif dan keseluruhan negara.

Tuesday, October 12, 2010

Kemalangan Ngeri Salah Siapa?

Orang sibuk cari salah siapa kan? Asal eksiden ngeri je sibuk cari salah siapa? Kalau kenderaan tu pengangkutan awam (bukan awan) habislah semua dengan CEO syarikat bas pun disalahkan. Bagi aku it plain simple. Yang salah tu ialah PEMANDU itu sendiri. Siapa yang tekan minyak? Siapa yang bawak laju sampai mencecah kelajuan tak sempat brek? CEO? Polis? JPJ? 

Dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada tarikh orang sibuk nak pergi angkasa tu, takyah la nak gebang lelebih. Yang salah tu pemandu. Horrible driver! Pemandu bas di lebuhraya berlagak macam tuhan. Kebal. Naik minyak cam gajah tengah marah. Siapa pengguna lebuhraya tahu la camne corak depa bawak bas depa tu. Kalau aku bawak 100kmj, dapat dipotong dengan cemerlang oleh bas, do the math la. Berapa speed depa bawak. Padahal kat belakang bas tertulis 'Had laju 80/90' Mean jalan biasa 80kmj. Lebuhraya 90kmj. 

Itu belum kat Genting Sempah lagi tu. Jalan corner baring, dia pun sibuk nak korner baring. Kita pula yang ngeri tengok dia corner baring. Huh.

Mungkin penguatkuasaan JPJ patut diketatkan, ubah priority dari mengejar plat nombor kereta tak ikut spesifikasi dan juga kereta tinted lebih kepada buat pemantauan kepada kenderaan perdagangan. Kerana sekali eksiden, jumlah kematian bukan 1-2orang. Ramai. Ngeri pulak tuh. Putus-putus kepala bagai. 

PS: Tak boleh je install speed cut kat bas neh?