Tuesday, September 07, 2010

Pos Malaysia: Di Jamin Sampai Esok (TIPOOO)

27/8/2010 sent. received 7/9/2010. 10 hari selepas!

Aku beli barang online, dah lama dah. 8/8/2010. First time orang tu hantar pakai Pos Express, langsung tak nampak bayang. Hilang di telan Dayabumi kot? Kemudian she sent again. Satu pakej sampai. Kemudian satu lagi tak sampai-sampai. Lama sungguh tunggu.

Kemudian hari neh sampailah. Pakej ke tiga, selepas pakej pertama hilang di tengah jalan. 10 hari selepas di pos oleh penjual online berkenan. So much for jaminan ESOK SAMPAI. Ini KL - KL je neh. Kalau kat kawasan kampung, mahu sepuluh tahun baru sampai. 

POS MALAYSIA takyahlah reprint sampul Pos Express neh. Baik ko print sampul Pos Lambat. Kalau hantar by normal post 3 hari. Kalau hantar by Pos Express 10 hari. (Tu pun belum tentu sampai). First parcel aku sampai hari neh tak sampai-sampai. 

2 comments:

whooz said...

ish biar betul. barang apa yg ko beli sampai x sampai2 tu? aku selalu guna express ni. selalu aku dapat DIJAMIN SAMPAI LUSA lah, x de mcm ko :P

My blog said...

Saya menerima nasib yg sama..dijamin sampai esok..tp lepas 2 minggu baru sampai..tp hampeh barang xdapat pon..siap buat aduan kt center n pegi pusat pengedaran barang kt Sri kembangan diorang nafikan yg dah hantar pada tarikh yg dapat tue..pastu siap ngaku barang yg sy pnyer tue sudah dihantar..demm..rugi duit aku..