Tuesday, September 21, 2010

Jatuh Escalator, Pasaraya Pulak Yang Disalahkan

Terbaca berita hari ini dimana seorang kanak-kanak berusia 2 tahun terjatuh dari tangga escalator lalu koma dan kenyataan ayah kepada kanak-kanak berkenaan yang menyalahkan pihak pasaraya. Mula-mula sekali aku nak cakap, aku simpati dengan nasib keluarga ini. Tetapi menyalahkan pihak pasaraya tu aku rasa agak exaggerate sedikit lah. Aku tau la si bapa try to blame on something tapi mula-mula sekali kita kena kaji diri sendiri.

Ini petikan berita yang sempat aku baca:
"Ibu mangsa, Nurul Izatee Nawi, 25, berkata dia dan suami, Mohd Suhaimi Majid, 29, membawa anak tunggal mereka itu membeli barangan keperluan dapur dan kelengkapan anaknya di pasar raya besar berkenaan sebelum Muhammad Irsyad Syahmie yang diletakkan dalam troli meronta-ronta mahu keluar dari troli." 


"Selepas diturunkan, kami menaiki tangga bergerak itu untuk ke bahagian bawah pasar raya. Ketika itu, Muhammad Irsyad Syahmie cuba memaut pemegang tangga bergerak yang naik ke tingkat atas menyebabkan dia turut ditarik dan terjatuh ke tangga bergerak bersebelahan. 



"Tangga itu bergerak laju menyebabkan suami saya tidak sempat menggapai anak kami lalu. Kejadian itu menyebabkan anak saya menggelupur kesakitan dan mukanya pucat. 



Dia mengakui anaknya itu memang lasak, namun menegaskan pasar raya berkenaan perlu menitikberatkan ciri keselamatan terutama di bahagian tangga bergerak bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan. 



"Sepatutnya sediakan besi penghadang supaya kejadian seperti ini tidak berlaku. Saya juga kecewa kerana ketika kejadian, pengurusan pasar raya berjanji menghulur bantuan, namun selepas lebih lima kali saya menghubungi mereka, panggilan tidak berjawab dan SMS tidak dibalas," katanya. 

Link berite here


1. Semua escalator mostly sama je. Aku rasa dia neh merujuk kepada travelator yang boleh tolak troli naik dan turun tuh. Kot kalau dia tolak troli naik escalator (bukan travelator), situ pun parenting failed 101 dah tuh. Dan memang siap tulis kat bawah tu, amaran-amaran tentang escalator. Pekehal nak suruh pasang besi bagai. 

2. Dah tau anak lasak, time nak naik mende tu pegang kemas-kemas. Jangan bagi gerak sendiri. Banyak kes membabitkan escalator neh. Tersepit kain lah, kasut tersangkut lah. Macam-macam. It parenting issues. Bukan salah pasaraya atau  pembuat escalator. Berapa ramai aku tengok kanak-kanak dibiarkan berlari-lari naik turun escalator tanpa supervise dari orang dewasa. Nanti kalu jatuh, salahkan tangga escalator pula.

3. Jangan salahkan pasaraya, pembuat tangga bergerak, pembuat troli. 


4. Standard memana escalator ada tulis kat tepi tu 'Please supervise your children'. 

3 comments:

Kazaztan Team said...

setuju...kkdg sbagai ibu dah naik malas menegah anak2...ttp meyalahkan org lain adalah tdk patut..tanggung jawab ibu bapa sebenarye...hrp2 saya tidak lalai ttg itu...

Anonymous said...

SETUJU!!! Kes ini dia yg cuai..nak salahkan pihak lain apalhal lak... Orang lain pun boleh kendung anak ramai naik escalator ok pun...

Anonymous said...

fine klu parenting failed. looks like they hv to learn the hard way.
tp menyalahkn pihak pasaraya & escalator adalah nmpk bengap. klu memang bengap, i dont know how they're going to learn.