Tuesday, September 21, 2010

Jatuh Escalator, Pasaraya Pulak Yang Disalahkan

Terbaca berita hari ini dimana seorang kanak-kanak berusia 2 tahun terjatuh dari tangga escalator lalu koma dan kenyataan ayah kepada kanak-kanak berkenaan yang menyalahkan pihak pasaraya. Mula-mula sekali aku nak cakap, aku simpati dengan nasib keluarga ini. Tetapi menyalahkan pihak pasaraya tu aku rasa agak exaggerate sedikit lah. Aku tau la si bapa try to blame on something tapi mula-mula sekali kita kena kaji diri sendiri.

Ini petikan berita yang sempat aku baca:
"Ibu mangsa, Nurul Izatee Nawi, 25, berkata dia dan suami, Mohd Suhaimi Majid, 29, membawa anak tunggal mereka itu membeli barangan keperluan dapur dan kelengkapan anaknya di pasar raya besar berkenaan sebelum Muhammad Irsyad Syahmie yang diletakkan dalam troli meronta-ronta mahu keluar dari troli." 


"Selepas diturunkan, kami menaiki tangga bergerak itu untuk ke bahagian bawah pasar raya. Ketika itu, Muhammad Irsyad Syahmie cuba memaut pemegang tangga bergerak yang naik ke tingkat atas menyebabkan dia turut ditarik dan terjatuh ke tangga bergerak bersebelahan. 



"Tangga itu bergerak laju menyebabkan suami saya tidak sempat menggapai anak kami lalu. Kejadian itu menyebabkan anak saya menggelupur kesakitan dan mukanya pucat. 



Dia mengakui anaknya itu memang lasak, namun menegaskan pasar raya berkenaan perlu menitikberatkan ciri keselamatan terutama di bahagian tangga bergerak bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan. 



"Sepatutnya sediakan besi penghadang supaya kejadian seperti ini tidak berlaku. Saya juga kecewa kerana ketika kejadian, pengurusan pasar raya berjanji menghulur bantuan, namun selepas lebih lima kali saya menghubungi mereka, panggilan tidak berjawab dan SMS tidak dibalas," katanya. 

Link berite here


1. Semua escalator mostly sama je. Aku rasa dia neh merujuk kepada travelator yang boleh tolak troli naik dan turun tuh. Kot kalau dia tolak troli naik escalator (bukan travelator), situ pun parenting failed 101 dah tuh. Dan memang siap tulis kat bawah tu, amaran-amaran tentang escalator. Pekehal nak suruh pasang besi bagai. 

2. Dah tau anak lasak, time nak naik mende tu pegang kemas-kemas. Jangan bagi gerak sendiri. Banyak kes membabitkan escalator neh. Tersepit kain lah, kasut tersangkut lah. Macam-macam. It parenting issues. Bukan salah pasaraya atau  pembuat escalator. Berapa ramai aku tengok kanak-kanak dibiarkan berlari-lari naik turun escalator tanpa supervise dari orang dewasa. Nanti kalu jatuh, salahkan tangga escalator pula.

3. Jangan salahkan pasaraya, pembuat tangga bergerak, pembuat troli. 


4. Standard memana escalator ada tulis kat tepi tu 'Please supervise your children'. 

Tuesday, September 07, 2010

Pos Malaysia: Di Jamin Sampai Esok (TIPOOO)

27/8/2010 sent. received 7/9/2010. 10 hari selepas!

Aku beli barang online, dah lama dah. 8/8/2010. First time orang tu hantar pakai Pos Express, langsung tak nampak bayang. Hilang di telan Dayabumi kot? Kemudian she sent again. Satu pakej sampai. Kemudian satu lagi tak sampai-sampai. Lama sungguh tunggu.

Kemudian hari neh sampailah. Pakej ke tiga, selepas pakej pertama hilang di tengah jalan. 10 hari selepas di pos oleh penjual online berkenan. So much for jaminan ESOK SAMPAI. Ini KL - KL je neh. Kalau kat kawasan kampung, mahu sepuluh tahun baru sampai. 

POS MALAYSIA takyahlah reprint sampul Pos Express neh. Baik ko print sampul Pos Lambat. Kalau hantar by normal post 3 hari. Kalau hantar by Pos Express 10 hari. (Tu pun belum tentu sampai). First parcel aku sampai hari neh tak sampai-sampai. 

Sunday, September 05, 2010

Selepas Puasa 30hari,Mohla Kita Beraya Krismas?


Nasib baik dah tarik balik iklan neh. We want adibah noor nye iklan. Boleh camtu? :))

Itik beriya-iya suruh aku post this video on this blog sambil komen isu ini. Jadi sebagai hadiah hari raya untuk itik, maka here... ini lah video yang itik nak aku tampal tuh. :) Sebab itik sangat marah dan terkilan dengan isu ini, dia turut email tv3. Heheh. Dek kerana server emosional, email itik bounce back. Pekehal bounce back lak neh? Dah ramai orang komen isu nih, sampai rasanya the is nothing left to be said. Tapi takpe, sementelah dah tampal, ini lah peluang aku nak letak komen jugak kan?. ;). Walaupun iklan ini dah ditarik balik, TV3 pun dah minta maaf. Tapi remember, damage has been done. Microsoft Word je boleh main undo-undo neh. 

Ikhlas cakap, aku tak pernah tertonton iklan neh kat tv. Mungkin sebab aku jarang tengok tv3 kecuali citer Smallville kot? Ke sebab apa? Entah lah. Agaknya advertisement company semua kering idea. Perginya Yasmin Ahmad selaku orang yang banyak idea best untuk iklan-iklan yang menyentuh perasaan sebenarnya memberi ruang untuk orang baru menyinar. Tapi ada ramai yang kononnya kretif tak bertempat, maka salah satu hasilnya, jadilah seperti video di atas. 

Kita neh nak sambut Raya Aidilfitri, sementelah tahun neh, tak berkembar dan bertembung dengan mana-mana raya lain pun. Tahun Baru Cina? Tidak. Deepavali? Pun tidak. Krismas? Jauh sama sekali. Jadi apa perlunya iklan ala-ala muhibah dengan ciri-ciri krismas, buddha semua neh? Kreatif my kambing gurun la. 

Asal raya je, kena ada iklan unsur-unsur perpaduan eh? Fine. There are plenty other ways. You go figure it out! 

Pengajaran pada advertisement company, nak tonjolkan 1Malaysia, tunjuklah. Ampulah. Takde sapa nak bising. Tapi bear in mind, 1Malaysia, 1 Malaysia juga. Tapi itu tidak menghalalkan 1Agama ya. Respect Islam, Buddha,  Kristian, Hindu. dan lain-lain. Do not combine it in one advert untuk perayaan agama kemudian menghalalkannya atas dasar 1Malaysia. 

PS: Dalam melodi tadi pengacara beriya-iya cakap, 'Banyak rancangan menarik akan disiarkan di tv3 dan tv9. Raya neh tak perlu ke mana-mana. Kita tengok tv je' Selamat tinggal ziarah menziarah di hari raya. Kita tunggu depan tv sahaja. :)