Monday, August 02, 2010

Ponzi Scheme, Awas Jangan Terjerat


Patutla bengap, melabur tak tentu hala. Promo pun salah. 'M' dalam (A)utomatic (T)eller (M)achine mewakili machine dah. And BTW lain, Facebook bukan ATM. Bengap punya flyer. 

Sebagai frequent surfer Facebook, aku memang menyampah dengan satu benda yang orang tamak selalu rugi promosikan dekat Facebook. Yakni 'Login Facebook dapat RM100'. Promosi sana sini. Apa produk 'Login Facebook dapat RM100' neh? Siap keluarkan fatwa tak haram la apa lah. 

Aku tak faham sapa yang fall into this kind of scam. (Mesti ada dalam friendlist aku jugak pasal aku ditagkan kan?). Kalau betul login fb dalam RM100, pekehal nak kena promo-promo, tag nama orang? Ko login logout jelah facebook ko sampai tak cukup bank negara nak bayar income ko. Kalau promo-promo, jadi downline tu bukan dah jadi MLM? Lepas tu MLM tu ada produk tak? Apa, takde? Kalau takde orang panggil apa ya? Ya let me tell you, its called ponzi scheme. 

Meh aku cerita apa itu ponzi scheme, seperti kebanyakkan program yang berselindung dengan menjual produk hampeh tapi mengaku ada produk. Ponzi scheme neh, adalah skim dimana duit yang digunakan untuk bayar pelabur adalah datang dari pelabur sendiri. Duit yang sama berulang-ulang. Sebab tu lagi ramai masuk, lagi kencang income. Sebab duit orang yang kau cari tu jadi duit pendapatan kau. Tak ada produk, mana nak dapat hasil? 

Kenapa nama dia Ponzi Scheme? Orang pertama yang bijak manipulasi orang dulu nama dia Charles Ponzi. Yes, jadi kita namakan ponzi scheme supaya seme orang tahu mende alah ini sama je. Dari zaman batu ke zaman hutan batu, otak orang tamak selalu rugi tak pernah berubah.

Ni siap pakai nama facebook bagai. Agak-agak Mark Zuckerberg (creator facebook) takujat tak orang guna website yang dia create untuk buat MLM???  kalu kena cekup group neh, bukan dengan polis mesia je kena kot? Sesiapa suka ponzi scheme mesti teringat, 12% daily, stormpay bla bla ? Siap promo masuk tv bagai. Last last kena serbu dek FBI. 

Sesapa tag aku lagi lepas neh, aku nak report kat FBI, U.S. Securities and Exchange Commission, KPDNKK, PDRM, semua sekali. Best gak kalu dapat tengok ketua ponzi scheme alaf baru. Kekeke. 
Plan ponzi si login fb dapat RM100. No product involved. Just cari downline, makan duit downline secukup rasa. Still nak berlagak cakap halal? Disisi agama atau rules kerajaan. Dua dua salah. 

3 comments:

adieha said...

hahaha.. geram jgk. sape la yg percaye sgt bende ni. dahla siap tag2 name kiteorg. konon nak promote la tu. yg tak kenal, senang boleh delete jek. tp yg kenal, pk seribu kali jgk la sblm delete.. untagged jela jwpn nye. T_T

Kujie said...

nampak gak benda ni..... aduihhh..semak perut

Nan_travolta said...

ulasan yg sangat mantap...Nak duit cepat dgn goyang kaki xkan dapat