Tuesday, August 24, 2010

Bahasa Perosak Bangsa

Click untuk besarkan gambar.

Orang kata bahasa SMS neh menjimatkan char counting dalam handphone. Almaklum la setiap 160char di caj sebagai satu sms. Kalau lebih, maka kena caj lebih. Jadi ramai orang sibuk meringkaskan bahasa. Supaya tidak exceed jumlah ditetapkan. Tidak perlu bayar lebih. Fenomena ini selalunya berlaku dikalangan remaja sekolah dan kolej serta golongan awal 20-an. Jarang jumpa golongan lewat 20-an dah ke ke atas yang meringkaskan bahasa kepada bahasa yang tak difahami dalam sms. 

Ini mungkin kerana golongan lewat 20-an sudah berkerjaya, sudah ada duit nak bayar bil dan tidak berkira setakat lebih jadi 2-3 sms, atau kerana mereka sudah terbiasa untuk menulis bahasa penuh. 

Tapi aku cukup tak boleh terima apabila bahasa SMS diadaptasikan ke dalam internet. Contoh seperti di atas. Remember, 'on internet, you don't have to pay 1cent for every 160char'. So why the short form? Serious and honestly, aku tidak suka orang yang meng shortformkan perkataan di internet, you surely have enough time to go to the internet in the first place, so why the hurry? Dan satu lagi, aku memang tak baca shortform di internet, aku skip je. Banyak lagi mende otak aku boleh buat selain dari nak baca dan tafsirkan apa maksud tersurat yang orang cuba nak tulis.

Akhir kata, bahasa SMS perosak bangsa. 

0 comments: